Ini Jawapan Unai Emery Kepada Peminat Yang Memintanya Sebut ‘Good Ebening’

Satu rakaman video telah tersebar yang menunjukkan tindak balas agak keras dari Unai Emery sebagai jawapan kepada permintaan pemaina yang mahu dia menyebut perkataan keramat ‘Good Ebening’.

Natijahnya permintaan peminat itu telah dibalas dengan satu jari tengah besar tepat ke arah kamera yang merakam.

Unai Emery dan Villarreal kini berada di St Mary Stadium, England dalam perlawanan persahabatan jelajah pra musim Yellow Submarine sebagai persediaan musim baharu.

Southampton dibimbing Ralph Hasenhutt merupakan empunya kepada Stadium St Mary akan menjadi pasukan yang seterusnya yang diuji Villarreal.

Jaringan dari Yeremy Pino dan Gerard Moreno memastikan kemenangan pasukan La Liga itu ke atas tuan rumah dengan jaringan 2-1.

Pemain baru diikat Southampton dari Rangers, Joe Aribo memberi impak apabila menjaringkan gol saguhati buat the saint.

Kejadian tidak diingini terjadi selepas tamat perlawanan antara Unai Emery dan peminat malahan kisah ini menjadi bualan ramai tatkala tersebar ke alam maya.

Unai Emery dirakam tekun melayan peminat dan menurunkan tandatangan namun suasana aman damai harmoni tiba-tiba bertukar menjadi suram.

Seorang peminat meminta Emery untuk mengatakan ‘Good ebening’, yang merujuk kepada detiknya yang menyapa media ketika masih mengendalikan Arsenal.

Semasa pemerintahannya sebagai bos Gunners, Emery sering memulakan setiap temu bual atau sidang akhbar dengan frasa ‘Good evening’, tetapi disebabkan loghatnya ia berbunyi dan kedengaran seperti dia berkata ‘Good ebening’.

Akibatnya, dia sering mendapati dirinya sering menjadi subjek trolling di media sosial dan sebutan itu agak unik serta cocok dengan Unai Emery.

Bagaimanapun, walaupun memenangi perlawanan itu, Emery tidak berminat untuk melayan permintaan individu ini.

Dalam video itu, peminat kedengaran bertanya:

“Bolehkah anda mengatakan ‘Good ebening?”

Sementara yang lain berkata:

“Saya rasa anda telah melakukan yang terbaik di Arsenal…”

Emery ternyata kesal dan kecewa mendengar perlian itu lalu bertindak kejam dengan meletakkan jari tengahnya ke arah kamera sebagai jawapan balas yang membawa maksud ‘tidak’.

Sejak rakaman itu menjadi viral, ramai peminat telah menyebelahi Emery dan menyifatkannya peminat yang merakam itu sebagai kurang ajar.

Seorang peminat berkata: “Baiklah dia. Dia bukan monyet anda untuk melakukan helah. Tak hormat langsung. Saya tidak dapat bayangkan berbuat demikian kepada seseorang yang sebaya dengan saya apatah lagi seseorang yang berumur 20 tahun lebih tua daripada saya.”

Seorang lagi tweet: “Nah, saya tidak pernah melihat jari tengah diletakkan bersama kekotoran dalam masa yang lama.”

Yang ketiga menambah: “Dia maksudkan itu dari jujur dari pelusuk hatinya. Tindakan yang baik apabila Unai membalas kepada mereka yang tidak menghormatinya selama ini.”

Pengurus berusia 50 tahun itu ketika di Arsenal dilihat sebagai satu detik kegagalan tetapi dia telah membina semula reputasinya di negara asalnya, Sepanyol.

Pengarah Sukan Arsenal, Edu pernah menyatakan bahawa beliau agak sukar untuk berkerja bersama Unai Emery kerana kurang jelas dengan perancangan Emery di Arsenal.

Selepas meninggalkan Arsenal, Unai Emery terus mengembalikan sentuhan magisnya terutama di Europa League apabila menewaskan Manchester United dalam perlawanan akhir pada 2021 di penentuan sepakan penalti.

Unai Emery secara solo telah memenangi 4 kejuaraan Europa League dalam lima final berbanding tiga sahaja yang dimenangi oleh pasukan Premier League.

Mr Gud Ebening ini telah memenangi tiga secara hatrik dengan Sevilla pada 2014, 2015, 2016 dan satu bersama Villareal.

Unai Emery kini merupakan pengurus paling berjaya dalam sejarah UEFA Cup/ Europa League yang mendapat jolokan Unai Emery League (UEL).

Musim lalu, Unai Emery melakar kejutan bersar ke seluruh dunia bola sepak apabila mereka menyingkirkan gergasi bola sepak Eropah, Bayern Munich dan Juventus dalam perjalanan ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Namun Villarreal akhirnya tewas kepada Liverpool. Satu peningkatan mendadak di Eropah.

BACA:  Unai Emery Berdepan Siasatan FA Kerana Menendang Botol Ke Arah Penyokong Brighton