Ini Penjelasan Saintifik Kenapa Man United Di Tangga Ketujuh Ketika Ini

Pada ketika artikel ini ditulis, berlaku satu kejadian di mana Manchester United berada di tangga ketujuh di belakang Newcastle United.

Keputusan seri ke atas Bournemouth membolehkan United ‘naik’ dari tangga keenam kepada ketujuh. Dan malam ini mereka berpeluang naik lagi tanpa perlu menyepak bola sekalipun.

Namun kenapa United tidak kekal di tangga keenam walaupun kedua dua pasukan mengutip mata yang sama?

Kenapa mesti tangga ketujuh? Adakah ia kerana 7 nombor kegemaran peminat United kerana ramai legenda mereka no.7? Termasuk legenda dalam pembikinan, Mason Mount?

Atau sempena peristiwa 7-0. Bukan 7-0 yang kena bantai tu ye, tu buat apa dia nak suka, yang kita cerita peristiwa 2023, di mana pasukan wanita United membelasah pasukan dari bandar Liverpool iaitu Everton dengan 7-0.

Bukan sahaja mata yang sama, namun jumlah kemenangan, seri dan kekalahan juga sama. Di mana kedua dua ‘United’ ini mencipta 13 kemenangan, 5 seri (termasuk seri meriangkan ke atas Liverpool), serta 12 kali terciduk.

Jadi, ini penjelasan saintifik di sebalik keadaan ini. Jika kawan kawan anda memerlukan penjelasan, anda boleh kongsikan informasi kami ini kepada mereka.

Apabila dambil kalkulator saintifik, ternyata isu perbezaan jaringan yang membuatkan United berada di bawah Newcastle.

United dengan cemerlang berjaya mengekalkan perbezaan jaringan negatif satu (-1). Sudah banyak kali musim ini mereka negatif perbezaan jaringan terutama sekali negatif 1.

Dalam EPL, peraturan perbezaan jaringan akan menjadi tie breaker pertama jika dua pasukan terikat mata. Kemudian barulah jumlah jaringan diikuti dengan rekod pertemuan kedua dua pasukan dan diikuti peraturan fairplay.

Jadi United memerlukan 19 gol lagi untuk menjamin kedudukan mereka di atas Newcastle.

Dalam aksi pertama sebelum ini Newcastle menewaskan United dengan gol nasib Gordon.

Secara matematiknya, Man United kini melanjutkan kemarau EPL mereka kepada 11 tahun. Dan mereka kini sedang berusaha untuk layak ke UCL musim hadapan dengan sasaran berada di 5 teratas.

Kerana peraturan terbaru UCL memungkinkan tempat kelima di EPL akan dibenarkan bermain di UCL. Mungkin ini peluang United menjadi bot sekali lagi di lobi pertandingan eropah seperti musim ini.

Baca Juga

Baca Juga