Ini Punca Pemain Dortmund Beri Tepukan Hormat Pada Tempat Duduk Kosong

Borussia Dortmund menang besar keatas Schalke dengan keputusan 4-0 dalam aksi Revierderby pada Matchday ke 26 Sabtu lalu.

Selepas tamat perlawanan, para pemain Borussia Dortmund seolah-olah memberi penghormatan kepada 80,000 penyokong yang biasanya akan meriuhkan suasana dalam Stadium tersebut.

Mereka memberi penghormatan kepada tempat duduk kosong yang biasanya menjadi tempat ultras pasukan atau tembok kuning yang mampu menampung 25,000 peminat tegar mereka.

Pelbagai persoalan yang timbuk ekoran dari tindakan para pemain Dortmund yang memberi penghormatan kepada tempat duduk kosong itu.

Menurut para pemain Borussia Dortmund, apabila mereka berjaya menewaskan pesaing sebandar dengan keputusan besar seperti 4-0, jadi tidak ada alasan untuk tidak meraikan dan memberi penghormatan kepada penyokong walau tiada sesiapa yang menonton.

Erling Haaland yang berjaya untuk menjaringkan satu gol dan satu assist dalam perlawanan tersebut turut meluahkan apa yang beliau rasa tentang keraian para pemain kepada penyokong dalam stadium kosong tersebut.

“Kemenangan ini untuk para peminat.”

“Pasukan mereka berhak mendapat puji pujian yang melambung.”

Jelas Sebastian Kehl kepada wartawan.

“Rasanya agak aneh untuk melihat para pemain Dortmund meraikannya dihadapan Yellow Wall yang kosong, bukan saja yang melihat, para pemain sendiri juga kelihatan agak janggal, semua orang pon boleh melihat kejanggalan mereka.”

“Mereka pergi ke Südtribüne selepas perlawanan untuk memberi tepukan hormat kepada semua penyokong yang menonton melalui siaran langsung di television.”

Saingan bola sepak Bundesliga kembali bersambung pada hujung minggu lalu setelah digantung selama dua bulan kerana penularan wabak yang sedang mengancam dunia kini.

Saingan liga dibenarkan untuk kembali bersambung namun harus mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan dan antaranya para peminat tidak dibenarkan untuk memasuki stadium.

Walaupun mereka tiada dan tidak dibenarkan untuk masuk kedalam stadium, namun jiwa dan semangat mereka sentiasa mengiringi para pemain di sana.

Julian Brandt turut mengakui bahawa perbuatan para pemain untuk memberikan tepukan kepada tembok kuning yang kosong itu adalah tindakan yang spontan.

“Ketika Südtribüne ada meraikannya, ia sama sekali berbeza. Tentunya juga sukar untuk tidak meraikan gol kami, tetapi kami berusaha untuk mematuhi peraturan dengan sebaik mungkin.”

Lihat saja bagaimana Erling Haaland meraikan jaringannya ketika dalam perlawanan itu, beliau menjarakkan diri dari pemain lain dan merayakannya bersama-sama.

Jaringan tersebut merupakan jaringan kesepuluh Halaand dari sembilan penampilannya dalam Bundesliga.

Mereka juga beranggapan sekiranya perlawanan itu disaksikan oleh para penonton, sudah pasti mereka akan disajikan dengan sokongan padu dari para penyokong yang tidak pernah penat memberi sokongan kepada pasukan.

Pasukan kendalian Lucien Favre itu kini telah berjaya memenangi lapan daripada sembilan perlawanan terakhir mereka dalam saingan Bundesliga dan pencapaian mereka pada musim ini cukup membanggakan.

Borussia Dortmund masih lagi tidak pernah tewas dihalaman mereka sendiri sepanjang musim 2019/20. Mereka berjaya memenangi 10 perlawanan dan 3 seri dari 13 perlawanan dalam semua pertandingan di Signal Iduna Park.

Borussia Dortmund kini empat mata dibelakang Bayern Munich dalam perebutan Juara Bundesliga musim ini dan persaingan untuk merebut kejuaraan masih terbuka.

BACA:  Dusan Tadic Pertaruhkan Keturunan Beliau Untuk Jaringkan Gol