Penyokong Manchester United mendesak badan bola sepak Inggeris (FA) untuk menggantung Erling Haaland selepas pemain itu dilihat mencarut melalui kaca TV ketika meraikan kejuaraan Premier League.
City menjulang trofi kejuaraan Premier League untuk musim ketiga berturut-turut pada Ahad lalu selepas kemenangan ke atas Chelsea, dan ia disambut dengan keraian besar-besaran di Etihad.
Haaland menjadi perhatian ketika Sky Sports sedang menemubual Jack Grealish apabila Haaland tiba-tiba menyampuk dan berkata: “I f****** love you, you know that?”
Seen United fans trying to get Haaland a ban for swearing on Sky Yesterday.
Thought they were being silly but then seen Rooney actually got banned for the same thing.
Wonder if the @FA and the @premierleague will do the same.? pic.twitter.com/Vrw72WlFB0
— Paul, Manc Bald and Bred (@MufcWonItAll) May 22, 2023
Grealish kemudiannya dilihat ketawa berdekah-dekah namun mereka yang menyaksikan kejadian tersebut dan pihak Sky Sports tidak menganggap ia adalah perkara melucukan apabila memohon maaf kepada penonton kerana bahasa kesat yang digunakan oleh pemain itu.
Sudah pasti ada sebab munasabah mengapa penyokong United kini menuntut pihak FA menggantung Haaland. Ini kerana pada 2011, Wayne Rooney digantung dua perlawanan selepas menyumpah seranah di hadapan kamera selepas menjaringkan hatrik menentang West Ham.
🗣️ “I ******* love you, you know that.”
Erling Haaland LOVES Jack Grealish. ❤️ pic.twitter.com/260DltYIAe
— Football Daily (@footballdaily) May 21, 2023
Perbuatan tersebut kemudiannya membuatkan Rooney tidak dapat diturunkan untuk perlawanan separuh akhir menentang City, menyebabkan skuad kendalian Sir Alex Ferguson pada ketika itu tewas 1-0 – sebelum City menewaskan Stoke di perlawanan akhir pada musim tersebut.
Berdasarkan insiden membabitkan Rooney, kini penyokong Man Utd mulai mendesak agar hukuman yang sama diberikan kepada Haaland. Jika pihak FA mengambil tindakan serupa, maka Haaland berpotensi terlepas aksi final menentang United di Wembley selepas ini.
City masih lagi mempunyai baki dua perlawanan Premier League pada musim ini. Namun City pasti akan terkesan sekiranya hukuman dijatuhkan lambat atau selepas dua perlawanan tersebut berlangsung.