Inilah Dia Penyokong Sukan SEA Paling Bising

Inilah dia penyokong Malaysia di Sukan SEA 2019 Filipina yang paling bising yang pernah anda saksikan mungkin ini yang paling bising dalam sejarah pembabitan Malaysia di Sukan SEA. Mungkin la kan.

Penyokong yang paling bising itu telah memberi gelaran kepada diri sendiri itu bukan sahaja setakat bising malah membawa gendang pula. Tidak keterlaluan jika menuduh beliau sebagai seorang yang kacak.

“Penyokong paling bising tadi. Bawa gendang pulak tu ?.”

Begitulah ciapan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, siapa lagi? Tidak lain dan tidak bukan beliau adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menteri paling profilik dalam barisan kabinet negara.

Bising yang dibuat oleh Syed Saddiq Abdul Rahman yang Subhanallah kacak ini terjadi ketika beliau turun menyaksikan perlawanan badminton di Sukan SEA 2019.

Pertembungan separuh akhir Badminton perseorangan wanita antara Kisona Selvaduray yang berada di ranking ke-102 dunia menentang pemain Thailand, Nitchaon Jindapol yang berada dikedudukan ke-22 dunia berlangsung sengit.

Pada set pertama nyata Kisona Selvaduray tampak gugup dan gagal untuk menentang pemain Thailand yang mempunyai raking yang jauh lebih baik apabila tewas mudah 21-11.

Namun pada set kedua Kisona Selvaduray mempamerkan aksi kebangkitan yang luar biasa. Kisona ketinggalan 1 atau 2 mata sehinggalah Kisona mengejar untuk mengikat kedudukan kepada 16-16.

Daripada mata mata ke-16, Kisona Selvaduray dan Nitchaon Jindapol saling mengejar sehingga terikat 20-20 dan permainan deuce berlarutan dan akhirnya kemenangan memihak kepada Kisona Selvaduray dengan 27-25.

Kemenangan Kisona Selvaduray ini mengheret permainan ke rubber set dan Kisona Selvaduray menang mudah di set ketiga selepas Nitchaon Jindapol nyata sudah keletihan dengan mata 21-14 dan mara ke final.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi Syed Saddiq Abdul Rahman nyata menjadi pemangkin kepada kebangkitan luar biasa Kisona Selvaduray ada set kedua. Tu belum dengar Syed Saddiq menyanyi.

Selain power bermain bola sepak persis Cristiano Ronaldo dan mempunyai jurus tumbukan yang padu, Syed Saddiq menonjolkan pula sisi lain dalam bakat yang ada pada dirinya.

Lagu Sejahtera Malaysia dinyanyikan dengan penuh merdu bak buluh perindu bisa meruntun jiwa sekaligus menaikkan semangat patriotik didalam jiwa-jiwa kita yang merdeka.

“I dedicate my favourite patriotic song to my Malaysian family?? #Merdeka”

Kalau pemain Thailand dengar nyanyian ini mahu terus tarik diri dan bersara. Kerana rasa gentar dengan semangat patriotik yang terpancar.

Kenali Syed Saddiq

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, lahir pada 6 Disember 1992, merupakan seorang ahli politik antara yang termuda di Malaysia kini memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri termuda yang pernah dilantik.

Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang ini juga merupakan Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau telah menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya menentang pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.

Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.

Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Baca Juga

Baca Juga