Inilah Reaksi Neymar Selepas Dinutmeg Freestyler Wanita

Inilah reaksi Neymar selepas dinutmeg oleh freestyler wanita, Lisa Zimouche, Neymar rebah ke padang menahan malu diperlakukan sedemikian namun tidak mengamuk sakan seperti sebelum ini.

Neymar merupakan seorang pemain bola sepak terbaik dunia berkemahiran tinggi yang sering menutmeg lawan namun tidak terlepas dari dinutmeg juga apatah lagi oleh seorang wanita.

Lisa Zimouche merupakan seorang freestyler bola sepak wanita yang terkenal merupakan juara dunia Panna atau nutmeg dan sering menutmeg orang sebagai salah satu content videonya, kali ini Neymar menjadi mangsa.

Neymar dan Lisa Zimouche berkongsi padang di Qatar dan beradu kekuatan di mana Lisa Zimouche akan menutmeg Neymar dan Neymar akan cuba menghalang serta merampas bola.

Lisa Zimouche berjaya mengekalkan penguasaan bola di kaki ketika Neymar memberi tekanan untuk merampas bola, beberapa percubaan awal Lisa cuba menutmeg gagal.

Neymar dilihat sedaya-upaya menutup kakinya dan terkepit-kepit tetapi akhirnya Lisa berjaya memperoleh peluang untuk melalukan bola diantara dua kaki Neymar.

Sedar telah dinutmeg Neymar terus tersembam ke tanah menutup muka menahan kemaluan yang amat besar.

Kepuasan jelas terpancar di wajah Lisa Zimouche yang datang meraikan dengan menyentuh belakang Neymar yang terbaring.

Neymar kemudian bangun dan membaling kasut tanda tidak puas hati sambil ketawa menahan malu sebelum berjabat tangan dengan Lisa Zimouche.

Diinspirasi dan mengidolakan pemain legenda Perancis iaitu Zinedine Zidane, Lisa Zimouche yang berusia 22 tahun membesar dengan keinginan untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Lisa Zimouche sebelum ini pernah menyekolahkan pemain Arsenal.

Dia bermain dalam pasukan remaja PSG Wanita, tetapi kemudian memutuskan untuk mendedikasikan dirinya kepada persembahan jalanan gaya bebas.

Lisa Zimouche mengambil bahagian dalam Red Bull Street Style World Final pada tahun 2012 dan dinobatkan sebagai Juara Dunia Panna Wanita pada tahun 2014.

Dia telah memuat naik video yang mempamerkan bakatnya bersama bintang seperti Hector Bellerin, Paul Pogba, Ronaldinho dan Gianluigi Buffon, serta legenda Olimpik Usain Bolt dan penyanyi rap Drake.

Klipnya telah membolehkannya memperoleh 2.1 juta pengikutnya di Instagram dan berjaya meterai perjanjian dengan jenama terkenal, Puma Football.

Biasanya Neymar pasti mengamuk selepas dinutmeg tetapi kali ini Lisa Zimouche terselamat dari amukan Neymar.

Kisah Neymar Koyak Dinutmeg

Neymar telah menerajang rakan sepasukannya di PSG Ander Herrera selepas beliau mengalami kekoyakan mental yang teruk bertahap rabak kerana dinutmeg begitu saja.

Kejadian yang memalukan itu terjadi ketika sesi latihan dan latihan rondo dijalankan. Neymar yang menjadi ayam ditengah-tengah telah dinutmeg oleh Ander Herrera.

Neymar terus terjatuh ke tanah, Herrera segera datang menerpa lalu menjerit sambil menganjing dengan sepuas hati.

Latihan diteruskan Neymar dengan tidak berpuas hati telah menerpa Herrera dan terus menerajang pemain tengah itu dengan satu tendangan rendah walaupun bola sudah tiada.

Neymar kembali ke sesi latihan dengan muka puas dan gembira. Selepas beberapa ketika Herrera juga kembali. Mungkin hanya sekadar gurauan tapi tindakan Neymar tu nampak serius.

Tu di PSG, pada tahun 2019 Neymar melakukan sesuatu yang memalukan selepas beliau ‘dinutmeg’ rakan sepasukannya yang baru berusia 19 tahun ketika sesi latihan skuad kebangsaan Brazil.

Terlebih dahulu, mari kita mengenali pemain muda terbaru dalam skuad kebangsaan Brazil yang bernama Weverton Guilherme. Pada ketika itu Weverton baru berusia 19 tahun dan bermain untuk Cruzeiro di Liga Brazil.

Beliau beraksi sebagai pemain pertahanan kanan dan telah dipanggil jurulatih Brazil, Tite untuk menyertai latihan skuad kebangsaan bagi persiapan menjelang Copa America 2019 yang akan bermula tidak lama lagi.

Ia merupakan detik yang ditunggu-tunggu buat Weverton kerana beliau dapat berkongsi satu padang dengan pemain terkemuka dunia seperti Neymar, Casemiro, Gabriel Jesus dan banyak lagi.

Dalam satu sesi latihan, Weverton berjaya ‘memalukan’ Neymar dengan melakukan ‘nutmeg’ terhadap pemain termahal dunia tersebut.

Dengan menggunakan kaki kanannya, beliau berjaya memasukkan bola ke celah kaki Neymar. Ia menyebabkan Neymar menjadi tidak puas hati lalu menarik baju yang dipakai Weverton sehingga pemain muda itu terjatuh.

Tanpa meminta maaf, Neymar berlalu pergi dengan angkuhnya tanpa menghiraukan Weverton yang terbaring di atas padang.

Ini bukanlah kali pertama Neymar koyak, malahan dengan budak pun Neymar boleh koyak. Neymar pernah dikecam teruk selepas melakukan kekasaran ke atas seorang peserta pertandingan ‘Neymar Five’ dalam perlawanan 5 sebelah.

Ketika Neymar menunjukkan kehebatan dan aksinya remaja itu berjaya merampas bola dari kaki Neymar dan melakukan larian deras seperti dikejar anjing.

Neymar segera mengejar dan melakukan kekasaran dengan melakukan sentuhan badan ke badan(B2B) lalu tergolek budak itu, namun tiada golekan atau guling susulan untuk beberapa minit.

Selepas jatuh budak itu segera bangun dan pengadil memberikan sepakan percuma.

BACA:  Neymar Cipta Assists Yang Sungguh Menakjubkan Ketika Bantu Brazil Mara Ke Final Copa America