Inilah Sebab Kenapa Ballon d’Or 2020 Dibatalkan

Tiada anugerah Ballon d’Or bagi tahun 2020! Anugerah bola emas bagi pemain bola sepak terbaik dunia anjuran majalah bola sepak popular France Football dibatalkan buat pertama kali dalam sejarah penganjuran.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Perkahwinan ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Pemenang pertama anugerah ini adalah Sir Stanley Matthews yang pada ketika itu beraksi bersama pasukan Blackpool menewaskan dua pemain Real Madrid Alfredo Di Stefano dan Raymond Kopa.

Sebagaiman semua tahu, Lionel Messi merupakan pemenanga terbanyak Ballon d’Or dengan 6 kali meragut anugerah ini dan kali terakhir dimenangi pada tahun lalu.

Cristiano Ronaldo yang menjadi pencabar terdekat Messi memenangi Balon d’Or sebanyak 5 kali.

Kenapa Ballon d’Or 2020 Dibatalkan?

France Football melalui sesawangnya telah memberi penjelasan kenapa anugerah Ballon d’Or tahun ini dibatalkan, ini berikutan kerana kekurangan perlawanan dan akan mengakibatkan penilaian dilakukan menjadi tidak adil.

Pemenang tahun lalu seperti Lionel Messi, Rapinoe, De Ligt dan Allison Becker terpaksa bersabar dan menunggu setahun untuk mempertahankan gelaran diraih.

Kekurangan perlawanan bola sepak tahun ini kerana Pandemik akibat wabak COVID-19 yang menyerang satu dunia menyaksikan semua aktiviti sukan dan kehidupan seharian manusia terbatas.

Selepas 3 bulan bertarung, kebanyakkan negara mula memasuki fasa pemulihan dan segala aktiviti mula berjalan dengan normal baharu.

Dalam penjelasan yang diberikan, France Football telah menggariskan beberapa sebab utama yang membawa kepada pembatalan anugerah ini.

1. Kerana 2020 merupakan tahun yang unik dan tidak boleh dianggap sebagai tahun yang biasa. Sekiranya ragu lebih baik menjauhkan diri daripada bertahan.

2. Trofi Ballon d’Or itu memberi nilai seperti teladan, solidariti dan tanggungjawab dan tidak bergantung kepada kecemerlangan di padang sahaja.

3. Kerana faktor yang diambil kira oleh anugerah ini tidak dapat dinilai terutamanya berdasarkan statistik. Calon anugerah ini tidak akan mendapat keadilan keran ada liga di mana musim mereka sudah tamat dan ada yang masih bersambung. Jadi bagaimana mahu dinilai?

4. Kerana tidak mahu anugerah tahun ini dilabel sebagai ‘Trophy won in exceptional circumstances due to the Covid-19 health crisis(Trofi dimenangkan dalam keadaan luar biasa kerana krisis kesihatan Covid-19)’. Ini bagi melindungi kredibiliti dan kesahihan anugerah supaya prestij akan terus terpelihara.

5. Kerana tempoh dua bulan iaitu Januari dan Februari bagi mencari 11 pemain terbaik dan memilih yang terbaik antara mereka tidak cukup. Tempoh dua bulan terlalu pendek untuk mengukur dan menilai mereka yang terbaik.

Selepas bola sepak kembali bersambung terdapat pelbagai format dan syarat berbeza diperkenalkan di liga masing-masing. Ada yang bermain di gelanggang tertutup. lima pertukaran dan peringkat suku akhir kejohanan Eropah pula dilangsungkan dengan perlawanan tunggal.

Terlalu jauh daripada kebiasaan.

6. Kerana 220 orang juri terdiri daripada lelaki dan wanita berada di seluruh pelusuk dunia mungkin ada yang terkesan dengan situasi ini dan mungkin fokus mereka untuk menilai pemain telah terganggu dan terjejas.

7. Kerana sejarah anugerah Ballon d’Or ini terlalu berharga maka tidak berbaloi untuk mengambil risiko meneruskan anugerah bagi tahun ini tanpa penilaian yang adil.

France Football Dream Team

Sebagai pengubat kerinduan peminat kepada anugerah Ballon d’Or, France Football telah mengumumkan kesebelasan utama France Football Dream Team untuk tatapan peminat.

France Football bertukar arah dengan mencari France Football Dream Team yang pada awalnya menyenaraikan 110 pemain yang dipilih oleh 140 wartawan.

Seramai 140 wartawan dari seluruh dunia diberi tanggungjawab untuk mengundi 11 pemain terbaik daripada senarai 110 pemain yang terdiri dari pelbagai posisi.

11 pemain terakhir dari setiap posisi akan berada dalam France Football Dream Team yang akan membentuk Formasi 3-4-3. Senarai ini terdiri daripada:

Penjaga Gol – 10 Orang

Right-back – 10 Orang

Left-back – 10 Orang

Centre-back – 10 Orang

Defensive midfielders – 20 Orang

Offensive midfielders – 20 Orang

Left-Winger – 10 Orang

Right-Winger – 10 Orang

Centre Forward – 10 Orang

Selepas proses Undian berakhir inilah senarai 11 pemain yang terdiri daripada penjaga gol, 3 pertahanan, 4 pemain tengah dan 3 penyerang.

France Football Dream Team

Penjaga Gol – GLev Yashin

Pertahanan – Cafu, Paolo Maldini, Franz Beckenbauer

Tengah – Pele, Maradona, Lothar Matthaus, Xavi

Penyerang – Ronaldo Original, Ronaldo Spicy, Lionel Messi

Selain itu France Football juga telah mengeluarkan senarai kesebelasan utama skuad kedua dan ketiga daripada 110 orang pemain tersenarai yang masih mengekalkan formasi 3-4-3.

France Football Dream Team – Skuad Kedua

Penjaga Gol – Gianluigi Buffon

Pertahanan – Franco Baresi, Carlos Alberto, Roberto Carlos

Tengah – Frank Rijkaard, Andrea Pirlo, Zinedine Zidane, Alfredo Di Stefano

Penyerang – Ronaldinho, Johan Cryuff, Garrincha

France Football Dream Team – Skuad Ketiga

Penjaga Gol – Manuel Neuer

Pertahanan – Paul Breitner, Sergio Ramos, Philip Lahm

Tengah – Andrea Iniesta, Didi, Johan Neeskens, Michel Platini

Penyerang – Thierry Henry, Marco Van Basten, George Best

BACA:  Ballon d'Or Berikan Anugerah 2013 & 2016 Dimenangi CR7 Kepada Messi