Inilah Sebabnya Kenapa Gavi Beri Reaksi Menyampah Ketika Diumum Pemenang Ballon d’Or

gavi benzema

Inilah sebab dan punca kenapa Gavi telah memberi reaksi menyampah dan melemparkan renungan tidak puas hati kepada Karim Benzema ketika diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or.

Reaksi wajah Gavi memberi renungan maut kepada Karim Benzema ketika pemain Real Madrid itu bangun untuk menerima trofi berprestij itu jelas dapat dilihat.

Tanpa menggunakan mata helang netizen pun ramai akan perasan akan riak wajah yang dilemparkan oleh Gavi itu yang memberi isyarat ada benda tidak selesai dengan Benzema.

Yang pastinya, reaksi Gavi itu bukanlah kerana kemenangan yang selayaknya menjadi milik Karim Benzema yang umum sedia maklum dan bukan juga kerana Benzema merupakan pemain Real Madrid.

Semua ini kerana apa yang terjadi dalam perlawanan El Clasico ahad lalu yang menyaksikan Real Madrid telah membenam musuh ketatnya Barcelona dengan jaringan 3-1.

Pemain berusia 34 tahun itu telah menampar kepala pemain muda berpotensi besar berusia 18 tahun itu dan itulah dikatakan punca sebenar Gavi memberikan renungan maut itu.

Karim Benzema nyata bengang dengan tindakan Gavi yang telah melakukan terjahan keras dan berisiko ke atas pemian baharu Real Madrid, Aurélien Tchouaméni.

Lalu satu tamparan dilakukan Karim Benzema kepada Gavi dari belakang dan kelihatannya tamparan itu tidak tepat untuk terkena kepala atau belakang Gavi.

Gavi langsung tidak melawan dan pasrah dengan tindakan Karim Benzema itu dan berlalu pergi namun rupanya masih menyimpan dendam di hati.

Pemain berusia 18 tahun itu adalah pemain tengah Barca kedua berturut-turut yang memenangi Piala Kepa, selepas Pedri memenanginya pada 2021, dan ia benar-benar malam yang hebat untuk dua kelab terbesar Sepanyol.

Kemenangan Gavi itu tidak disambut baik menimbulkan pertikaian dikalangan peminat dan juga wartawan dan Gavi telah dituduh ‘rompak’ Kopa Trophy dari tiga orang pemain muda lain yang dilihat lebih layak dan berkaliber untuk memenangi anugerah itu.

Gavi yang berusia 18 tahun telah meninggalkan Eduardo Camavinga ditangga kedua, sensasi Jerman, Jamal Musiala ditangga ketiga dan permata England, Jude Bellingham ditempat keempat.

Jika dilihat kepada pencapaian pemain muda bersama skuad senior, Eduardo Camavinga adalah terpaling sensasi apabila merangkul kejuaraan Champions League dan juga La Liga bersama Real Madrid.

Eduardo Camavinga semakin mengukuhkan kedudukan bersama Real Madrid dan menjadi pemain masa depan skuad Perancis.

Jamal Musiala juga pemain muda paling menonjol bersama Bayern Munich dan kehebatan juga sangat terserlah bersama Jerman dan menjadi rebutan kelab besar.

Jude Bellingham tidak perlu diperkatakan lagi dan pemain muda yang telah lama stabil menjadi tonggak kelab dan England.

Selain anugerah pemain muda dan wanita, penyerang Barcelona Robert Lewandowski didatangi dengan trofi Gerd Muller, untuk penjaring terbanyak.

Penyerang Poland itu sememangnya menjaringkan semua gol itu dengan Bayern Munich, dan negaranya, tetapi ia masih menjadi alasan untuk diraikan di Nou Camp.

Real turut meraikan Anugerah Yashin bersama Thibaut Courtois, yang prestasinya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara vs Liverpool sahaja sudah memadai untuk dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di dunia.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak berjaya memenangi anugerah untuk Kelab Terbaik Tahun ini, di mana anugerah itu diberikan kepada Manchester City, walaupun pasukan Pep Guardiola hanya memenangi Liga Perdana musim lalu.

Los Blancos hanya berada di tempat ketiga, dengan Liverpool, pasukan yang mereka kalahkan di Paris, menduduki tempat kedua selepas kejayaan Piala FA dan Piala Carabao.

Kemenangan Manchester City menimbulkan tanda tanya dan ramai terus bingung apabila melihat Real Madrid sekadar di tempat ketiga sebagai kelab terbaik tahunan.

BACA:  Zidane Puji Tindakan Ronaldo Lepaskan Penalti Kepada Benzema