Tindakan seorang penyokong Fenerbahche yang merosakkan peti televisyen ketika menyaksikan perlawanan Istanbul Derby antara Bersiktas menentang Fenerbahche menjadi viral di internet dan beliau dilaporkan bakal mendapat televisyen baru.
Entah apa yang merasuk penonton tersebut dengan tidak semena-mena melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke televisyen ketika menonton. Nasib baik tiada itik berhampiran, jika tidak mau dikokaknya. Eeee kesianlah tv itu.
Walaupun Fenerbahche menang jelas penyokong ini begitu kecewa dengan usaha dan permainan yang ditunjukkan Fenerbahche. Perlawanan itu dicemari insiden kekasaran di mana 11 kad kuning dan 5 kad merah dilayangkan pengadil.
Ozan Tufan'ın kaçırdığı gol sonrası bir Fenerbahçe taraftarı.pic.twitter.com/IcLP1ACAD8
— Süper Lig (@TFFSuperLig) September 23, 2017
Tindakan ganas penyokong itu mendapat perhatian pemain tengah Fenerbahche, Souza apabila membuat pengumuman di Twitternya bahawa beliau berjanji akan menggantikan tv baru kepada penyokong yang menggila itu.
“Pemilik Tv jangan risau dan gundah gulana. Aku akan bagi korang tv baru untuk menonton perlawanan Fenerbahche. Tapi nanti jangan jahanamkan tv tu kkkkkk.”
the TV Owner worries me, I'm going to give you a new TV to watch the Fenerbahce games. but do not break the next kkkkkk
— Souza (@souza5) September 23, 2017
Nyata Souza serius untuk menggantikan tv yang rosak itu apabila cuba berhubung dengan pemilik tv tersebut.
“Mintak jasa baik semua, aku nak contact pemilik tv tu, aku nak bagi tv baru buat tengok game Fenerbahche, sila hantar mesej kat aku.”
please, I want the contact of the TV owner, I want to give him a new TV to watch the Fenerbahçe games. send me a message https://t.co/3i97t7Qumc
— Souza (@souza5) September 23, 2017
Untungla dapat tv baru.