Inter Dakwa Masih Belum Terima Sebarang Tawaran Dari Arsenal Untuk Ivan Perisic

Ketua Pegawai Eksekutif Inter Milan, Giuseppe Marotta mendedahkan beliau masih belum menerima sebarang tawaran terhadap pemain sayap Croatia, Ivan Perisic.

Perisic dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi untuk berpindah keluar dari San Siro dalam jendela perpindahan Januari ini, dengan Arsenal hangat dikaitkan dengan pemain tersebut.

Inter dakwa belum terima sebarang tawaran untuk Perisic. Cepat la Arsenal oi.. Khamis ni dah nak tutup pintu

Marotta juga memberi gambaran Inter bersedia untuk melepaskan Perisic tetapi beliau mendakwa masih belum menerima sebarang tawaran konkrit dari mana-mana kelab untuk pemain tersebut.

Manchester United pernah dikaitkan dengan pemain ini ketika Jose Mourinho masih berada di Old Trafford tetapi Arsenal dilihat bakal menjadi destinasi Perisic yang seterusnya.

Menurut laporan daripada BBC, Unai Emery telah mengenal pasti Perisic sebagai pemain yang mampu memperbaiki bahagian sayap pasukan tersebut dan telah membuat tawaran untuk mendapatkan Perisic secara pinjaman sehingga hujung musim.

Arsenal juga dilaporkan mempunyai pilihan untuk menjadikan ia perpindahan tetap dengan membayar £35 juta kepada Inter pada musim panas nanti.

Perisic dipinggirkan Inter sejak kebelakangan ini

Walaupun beberapa akhbar terkemuka melaporkan minat serius Arsenal terhadap Perisic, Marotta mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang tawaran yang tiba untuk Perisic tetapi mengakui sukar untuk menyimpan pemain tersebut di Inter kerana Perisic sendiri mahu berpindah.

“Amat susah sebenarnya untuk menyimpan pemain yang tidak ingin kekal tetapi buat masa sekarang, kami tidak menerima sebarang tawaran. Jadi syarat utama untuk perpindahan itu berlaku masih lagi tiada.” Ujar Moratta kepada Sky Sports.

“Perkara yang sama juga berlaku kepada pasukan yang lain. Saya adalah penyokong untuk menghadkan jendela perpindahan pemain tetapi dengan jendela hanya akan ditutup pada 31 Disember nanti, masih ramai lagi pemain yang berhajat untuk meninggalkan kelab mereka.”

Dalam perlawanan terakhir Inter, pengurus pasukan Luciano Spalletti bertindak meletakkan Perisic di bangku simpanan sepanjang 90 minit permainan. Tindakan tersebut nyata memakan diri apabila Inter tewas 1-0 di tangan Torino dalam perlawanan Serie A Ahad lalu.

Perisic menyertai Inter Milan pada tahun 2015 dari Wolfsburg dan telah menjaringkan 34 gol dari 143 penampilan bersama kelab Itali tersebut.

Beliau juga memainkan peranan yang  penting dalam membantu Croatia layak sehingga ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dimana mereka tewas 4-2 di tangan Perancis dalam aksi final. Perisic berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Pemusnah harapan rakyat England

Arsenal kini menduduki tangga ke-5 dalam Liga Perdana Inggeris, 3 mata di belakang Chelsea yang menduduki slot terakhir untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

The Gunners bakal menghadapi Cardiff City dalam perlawanan liga pertengahan minggu ini dalam usaha mereka untuk menebus kembali kekecewaan tersingkir di tangan Manchester United dalam saingan Piala FA hujung minggu lalu.

BACA:  Arsene Wenger Kongsi Cerita Bagaimana Arsenal Terlepas Untuk Membeli Lionel Messi dan Gerard Pique