Inter Mahu Dapatkan Maguire Ketika Jendela Hampir Ditutup

Gergasi Itali, Inter Milan berminat dan mahu mendapatkan pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire ketika jendela perpindahan januari 2023 hampir saja ditutup.

Inter Milan dilaporkan telah bertanya kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain pertahanan itu secara pinjaman pada malam sebelum tarikha akhir perpindahan dibenarkan.

Gergasi Itali itu berada dalam pasaran untuk mendapatkan pertahanan tengah baharu dengan pemain antarabangsa Slovakia, Milan Skriniar menyertai PSG dan reputasi Maguire kekal tinggi di luar negara berikutan penampilannya untuk England pada Piala Dunia.

Juara Serie A dua musim lalu itu berada dalam pasaran bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah baharu apabila pemain antarabangsa Slovakia, Milan Skriniar menyertai PSG.

Jika berjaya mendapatkan Harry Maguire sebagai pemain pinjaman menjadi satu rahmat buat Inter Milan, reputasi Maguire di Premier League mungkin calar-balar atau hancur teruk lantaran prestasinya yang selalu membuat kelakar.

Namun di luar negara dan di mata liga negara lain, reputasinya masih utuh dan tinggi berikutan penampilannya yang cemerlang gemilang terbilang untuk England di Piala Dunia 2022.

Namun Ketua Pasukan Manchester United itu telah membuatkan keputusan tegas untuk terus kekal dan menghabiskan tanggungjawabnya bersama Manchester United hingga tamat musim. Jawapan yang pasti menggembirakan peminat Setan Merah.

Harry Maguire nyata tidak selesa dengan peranannya yang terhad dan hanya diperlukan dari bangku simpanan sahaja namun dia akan menunggu hingga musim panas untuk menyelesaikan masa depannya di Old Trafford.

Pemain pertahanan tengah yang mempunyai pelbagai gelaran yang jelek itu hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana untuk Manchester United pada 2023 dengan Erik ten Hag telah menggandingkan Lisandro Martinez dan Raphael Varane yang terbukti padu.

Pemain berusia 29 tahun itu bersedia untuk bersabar sekiranya kecederaan atau penggantungan memberi peluang kepadanya ketika dia memburu trofi utama pertama dalam kariernya dan ketika ini Manchester United masih lagi bermain di semua kejohanan.

Tetapi jika keadaan tidak berubah menjelang musim panas, Maguire akan menilai pilihannya dengan beberapa kelab di Liga Perdana dan luar negara yang berkemungkinan akan mengukuhkan pertahanan mereka.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Manchester United mahu mengekalkan Maguire dalam skuad mereka untuk mengekalkan kekuatan mereka sepanjang separuh kedua musim ini.

Ketika peminat yang agak tidak berakal dan beremosi mahu Maguire dijual tetapi kehadirannya penting untuk menguatkan squad depth selagi mana dia tidak merungut dan sanggup berada di bangku simpanan.

Maguire mengakui dia tidak mahu menjadi pemain yang memainkan peranan kecil di Manchester United selepas dibawa masuk daripada kemenangan 3-1 Piala FA Sabtu lalu menentang Reading.

“Ia adalah dua setengah minggu sejak permulaan terakhir saya tetapi saya rasa saya perlu menjaga diri saya sendiri. Saya telah bekerja keras dalam latihan.”

“Pemain yang bermain telah bermain dengan baik. Saya perlu bersedia apabila peluang saya tiba. Kami semua akan diperlukan untuk separuh kedua musim ini.”

Dengan perjalanan musim yang masih separuh berbaki, Maguire mahu terus berjuang untuk mendapatkan tempat dan bersabar menanti peluangnya tiba serta tidak akan ke mana-mana sehingga musim panas ini.

Walaupun pengurangan masa permainannya yang ketara pada kempen ini, Erik Ten Hag menegaskan bahawa dia masih mempunyai ‘jangkaan besar’ terhadap pemain pertahanan itu.

Dia memberitahu ITV sebelum perlawanan dengan Reading: “Kami perlu bersedia sebab itu kami mempunyai pilihan yang kuat. Harry [Maguire] kembali.”

“Dia berlatih dengan sangat baik, berlatih sangat dominan. Dan itulah yang saya mahu lihat daripada dia. Dia seorang ketua dan kapten dan saya mempunyai jangkaan besar terhadapnya.”

“[Tetapi] ia bukan hanya mengenai Harry. Sebagai sebuah pasukan, kami mahu mencapai, kami mahu mencapai keputusan musim ini. Kami memerlukan skuad. Jadi setiap pemain perlu membuat persembahan, perlu memberikan yang terbaik yang dia ada.”

Selain Harry Maguire, Inter Milan juga mencuba nasib dengan bertanya kesudiaan Victor Lindelof juga namun sukar untuk dilepaskan.

BACA:  Harry Maguire Tuduh Luke Shaw Buat Cerita