Pengurus Inter Milan yang sememangnya dikenali sebagai individu yang energetik dan terlebih gula telah dilaporkan telah menerima satu sampul surat yang terkandung beberapa ugutan dan juga peluru yang mampu mengundang bahaya.
Menurut laporan daripada penerbitan Italy, Corriere della Sera yang ditinggalkan itu telah membuatkan Inter Milan dirundung mendung kelabu.
Pihak keselamatan telah campur tangan dalam isu ini dan kediaman Antonio Conte dan juga pusat latihan kini berada di bawah perlindungan pihak polis.
Kertas siasatan telah pun dibuka dan pihak polis akan memeriksa sampul surat itu untuk mencari cap jari bagi mencari identiti dalang dan motif disebalik ugutan itu.
Antonio Conte's home in Milan is reportedly under increased security from Italian police after the Inter boss received a series of threats and a bullet in the post [Corriere della Sera]. pic.twitter.com/86m3zFTOu9
— Goal (@goal) November 16, 2019
Video dari kamera CCTV berhampiran rumah Conte dan juga pusat latihan Inter Milan akan dianalisis kerana dikhuatiri hantaran kedua akan dilakukan.
Ada setengah pihak percaya bahawa ugutan ini tidak serius dan hanya dibuat oleh mereka yang mahukan perhatian. Tak kena kat mereka dan keluarga mereka boleh la sembang kan?
Selepas isu perkauman antara penyokong dan beberapa pemain, isu ugutan yang merbahaya ini pula muncul.
Namun pihak kelab, Inter Milan telah mengakui bahawa mereka menerima ancaman itu tetapi menafikan bahawa ugutan itu ditujukan kepada Antonio Conte.
Inter Milan have revealed they received a threatening letter containing a bullet in the post, but denied manager Antonio Conte was the target.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 16, 2019
Laporan Corriere della Sera yang menyebut bahawa surat ugutan berserta peluru itu dihantar ke alamar rumah Conte dan perkara ini turut dinafikan Inter Milan.
“Berhubung berita yang dikeluarkan hari ini, Inter Milan menjelaskan bahawa Antonio Conte secara peribadi tidak menerima sebarang surat ugutan.”
“Bahawasanya kelab yang menerima surat itu dan dalam situasi ini pihak berkuasa akan dihubungi.”
Sementara itu isteri kepada pengurus Inter Milan itu, Elisabetta Muscarello telah menulis di laman sosial :
“Untuk rekod, cerita pasal peluru tu palsu setan!!”