International Friendly: France 0-2 Finland

Juara Dunia bola sepak, Perancis telah tewas mengejut dua gol kosong kepada Finland yang berada di ranking ke-55 dunia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Paris.

Ini merupakan kekalahan pertama Perancis sejak Jun 2019 selepas tewas kepada Turki.

Marcus Forss telah meletakkan Finland dihadapan pada minit ke-28 sebelum Onni Valakari menggandakan kedudukan 3 minit kemudian.

Dua gol dalam tempoh tiga minit sudah cukup untuk Finland menundukkan juara dunia.

Paul Pogba yang turun selaku ketua pasukan gagal memberi inspirasi kepada Perancis untuk mempamerkan aksi kebangkitan.

Antoine Griezmann, Anthony Martial dan N’Golo Kante di masukkan pada separuh masa kedua namun gagal untuk merubah keputusan.

France: Mandanda, Dubois (Aguilar 71), Zouma, Lenglet (Varane 80), Digne, Sissoko, Nzonzi, Pogba (Kante 57), Thuram, Ben Yedder (Griezmann 57), Giroud (Martial 57)

Subs not used: Costil, Tolisso, Kimpembe, Coman, Rabiot, Hernandez, Maignan.

Finland: Joronen, Vaisanen (Ajauuri 75), O’Shaughnessy, Ojala (Tovio 66), Hamalainen, Forss, Kauko, Karjalainen (Kamara 67), Schuller (Pukki 80), Niskanen (Alho 67), Valakari (Taylor 75)

Subs not used: Hradecky, Uronen, Pohjanpalo, Lod, Jaakola, Soiri

BACA:  Griezmann Mahu 'Tidur' Bersama Trofi Piala Dunia Selepas Bantu Tumbangkan Croatia