International Friendly: Jepun 1-0 Panama

Pemain sensasi Asia di Liverpool, Takumi Minami telah menjadi wira Jepun apabila menjaringkan gol kemenangan pasukan Matahari Terbit itu dalam satu perlawanan persahabatan di Austria.

Perlawanan separuh masa pertama telah tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan daripada kedua-dua pasukan dan dalam perlawanan ini Minamino bergandingan dengan Takefusa Kubo.

Takumi Minamina telah dijatuhkan oleh penjaga gol Panama, Luis Mejia dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk menghadiahkan penalit.

Minamino menggalas tanggungjawab mengambil sepakan dan tidak berdepan kesukaran untuk meletakkan Jepun dihadapan pada minit ke-61.

Penjaga gol Panama, Luis Mejia telah dilayangkan kad merah selepas mengasari bekas pemain Arsenal, Takuma Asano memaksa Panama bermain 10 orang ketika perlawanan berbaki kurang 15 minit.

Agak malang bagi Luis Mejia yang menghadiahkan sepakan penalti dan kemudian dibuang padang selepas itu. Tragedi kepada bencana.

Tiada apa yang mampu dilakukan Panama dan Jepun juga tidak menambah lagi jaringan hingga tamat perlawanan.

BACA:  De Zerbi Terkejut Jepun Panggil Mitoma Untuk Tugasan Di Piala Asia