International Friendly: Portugal 7-0 Andorra

Andorra bukanlah satu pasukan Eropah yang kuat dan gah serta ternyata bukanlah lawan sebenar kepada Portugal apabila telah dibelasah dengan jaringan tujuh gol tanpa balas.

Pedro Neto dan Paulinho telah diberikan peluang untuk membuat penampilan pertama di peringkat antarbangsa bersama Portugal dan tenyata tidak mengecewakan apabila membalas dengan jaringan gol.

Renato Sanchez juga kembali dipanggil dan membuat penampilan pertama bersama Portugal sejak EURO 2016.

Pedro Neto membuka tirai jaringan perlawanan sebelum Paulinho menggandakan kedudukan belum sempat permainan mencecah minit ke-30.

Memasuki separuh masa kedua, Renato Sanchez terus menjarakkan kedudukan dan Paulinho menjaringkan gol kedua peribadi untuk kedudukan 4-0.

Pemain pertahanan Andorra, Emili Garcia menjaringkan gol sendiri pada minit ke-76.

Cristiano Ronaldo menjadi penjaring ke-6 selepas masuk menggantikan Pedro Neto pada babak kedua dan melebarkan rekod jaringan kepada 102 gol antarbangsa.

Joao Felix melengkapkan kemenangan penuh bergaya Portugal dengan gol ketujuh ketika perlawanan hampir tamat.

Portugal telah melakaukan 25 percubaan dan 14 daripadanya adalah percubaan tepat dan Ronaldo sahaja telah melakukan 7 percubaan untuk baki 45 minit separuh masa kedua.

BACA:  Ronaldo Merayu Kepada Penyokong Iran Supaya Tidak Membuat Bising Kerana Ingin Tidur