Ireland Pilihan Bamford Selepas Disisihkan Southgate?

Adakah Ireland bakal menjadi destinasi masa depan pemain penyerang Leeds United, Patrick Bamford selepas sekali lagi disisihkan oleh Gareth Southgate untuk menyertai skuad Tiga Singa, England?

Bulan Mac lalu pengurus England, Gareth Southgate mengakui bahawa beliau sangat hampir untuk menyenaraikan Patrick Bamford untuk skuad kelayakan Piala Dunia.

Tetapi malangnya, Gareth Southgate telah memilih dan memberi peluang kepada pemain Aston Villa, Ollie Watkins yang mungkin lebih dekat dihati Southgate.

Bos pasukan Tiga Singa itu telah melabel Bamford sebagai ‘Sangat malang’ dan menambah bahawa mereka dah lama memantau Bamford.

“Patrick Bamford merupakan pemain yang telah lama kami perhati secara ketat.” Ujar Southgate bagi menyedapkan hati ramai.

Bamford sekali lagi disisihkan dari skuad England apabila namanya tidak tersenarai dalam 33 pemain England bagi menghadapi saingan kejohanan paling agung di Eropah iaitu kejohanan European Championship (EURO) 2020 yang akan berlangsung jun ini.

Ekoran situasi ini, spekulasi mula bertebaran bahawa Patrick Bamford akan menukar masa depan untuk karier antarbangsa dan Republik Ireland bakal menjadi destinasi.

Dengan usia yang telah mencecah 27 tahun, Bamford tidak perlu lagi komited menunggu peluang untuk beraksi bersama England.

Bamford layang untuk beraksi bersama Ireland melalui darah warisan daripada datuknya.

Untuk rekod, Bamford pernah beraksi untuk pasukan bawah 18 Ireland dan pada 2010 Bamford mula mewakili England untuk pasukan bawah 18, 19 dan 21.

Beberapa tahun kebelakangan ini Martin O’Neill dan Mick McCarthy telah cuba meyakinkan Bamford untuk bermain bersama Ireland.

Pengurus terkini Ireland, Stephen Kenny pula telah diberitahu bahawa Bamford masih mengimpikan untuk beraksi bersama England yang merupakan tanah kelahiran beliau.

“Bamford cakap dia tak nak jadi batu penghalang untuk pemain Ireland yang lain.” Ujar Kenny yang sudah pasti terpalit sedikit kecewa.

“Dia cakap dia tidak mahu berbuat demikian, dan keinginannya adalah untuk bermain bersama England.”

“Sebenarnya aku aku tidak pernah dapat bercakap dengan Bamford kerana cita-citanya adalah untuk England.”

Stephen Kenny sangat menghormati pendirian dan cita-cita Bamford buat masa ini.

Southgate pernah memangggil Bamford ketika beliau menjadi pengurus bawah 21 England untuk kejohanan European Championships bawah 21 namun terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Patrick Bamford telah menjaringkan 17 gol dan 7 assist musim ini dalam 38 perlawanan dan berada dibelakang Harry Kane, dalam senarai penjaring terbanyak dari England.

Bermain bersama pasukan Leeds United yang merupakan pendatang baru Premier League, boleh dikatakan Bamford sangat berbisa dan berbahaya.

Selepas tidak dipilih, Bamford masih berharap untuk dipilih sebagai oleh Gareth Southgate suatu hari nanti.

“Setiap pemain yang dipilih kerana mereka layak. Aku rasa beberapa orang yang fikir mereka akan dipanggil tetapi tidak akan rasa kecewa.” Ujar Bamford kepada Sky Sports.

“Aku perlu terus berusaha dan lihat jika nama aku akan ada dalam senarai pendek untuk EURO. Jika aku terus berusaha aku akan berjaya.”

“Jika kau bagitau aku masa awal musim aku akan dikaitkan dengan England, aku akan cakap kau gila.”

Keinginan Bamford bermain untuk England sangat tinggi dan menjadi pemangkin semangat untuk beliau di padang.

“Kalau ada rezeki, ada la. Jika tiada aku tahu aku dah buat yang terbaik.”

“Perkara ini ada bermain dalam fikiran aku walaupun sedikit dan ini memberi aku semangat yang lebih.”

Patrick Bamford memulakan karier bersama remajanya bersama Nottingham Forest dan membuat penampilan bersama skuad senior pada Disember 2011 pada usia 18 tahun.

Sebulan kemudian Bamford menyertai Chelsea dengan yuran perpindahan £1.5 juta dan tidak pernah diberi peluang untuk bermain bersama Chelsea.

Bamford telah dipinjamkan ke Milton Keynes Dons, Derby County, Middlesbrough, Crystal Palace, Norwich City dan Burnley selama 5 musim di Chelsea.

Melihat tiada masa depan bersama Chelsea, Bamford menyertai Middlesbrough sebelum bersama Leeds united pada tahun 2018.

Berikut merupakan senarai 33 skuad sementara England sebelum menjadi 26 orang:

Penjaga Gol (4 Pemain):

Dean Henderson (Manchester United)*, Sam Johnstone (West Bromwich Albion), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Sheffield United)

Pemain Pertahanan (12 Pemain):

Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Chelsea)**, Conor Coady (Wolverhampton Wanderers), Ben Godfrey (Everton), Reece James (Chelsea)**, Harry Maguire (Manchester United)*, Tyrone Mings (Aston Villa), Luke Shaw (Manchester United)*, John Stones (Manchester City)**, Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City)**, Ben White (Brighton & Hove Albion)

Pemain Tengah (7 Pemain):

Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United), Mason Mount (Chelsea)**, Kalvin Phillips (Leeds United), Declan Rice (West Ham United), James Ward-Prowse (Southampton)

Pemain Penyerang (10 Pemain):

Dominic Calvert-Lewin (Everton), Phil Foden (Manchester City)**, Jack Grealish (Aston Villa), Mason Greenwood (Manchester United)*, Harry Kane (Tottenham Hotspur), Marcus Rashford (Manchester United)*, Bukayo Saka (Arsenal), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City)**, Ollie Watkins (Aston Villa)

* Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Europa UEFA
** Tidak tersedia sehingga selepas final Liga Juara-Juara UEFA

BACA:  Ireland Bakal Menjadi Destinasi Bamford Selepas Disisihkan Southgate?