Isaac Drogba Jaring Gol Pertama Karier Profesional

Isaac Drogba yang merupakan anak kepada pemain legenda Chelsea dan Ivory Coast, Didier Drogba telah menjaringkan gol pertama sebagai pemain bola sepak profesional.

Kini berumur 20 tahun, Isaac Drogba beraksi bersama kelab Caratese di Serie D Itali, liga divisyen keempat dalam liga Itali selepas Serie A, B dan C.

Isaac Drogba menjaringkan gol pertama profesional beliau ketika Caratese menentang Caronnese.

Gol berpunca daripada lambungan sepakan percuma yang kemudian disusuli dengan satu lorongan yang licik dicelahan kaki pemain yang berkerumun.

Bola sampai ke kaki Isaac Drogba yang menyudahkan hantaran itu dengan satu penyudah yang sempurna.

Gol itu itu merupakan satu-satunya gol dalam perlawanan ini yang memberi kemenangan 1-0 Caratasee ke atas Caronnese sekaligus tiga mata penuh.

Sentuhan penyudah itu pasti membuatkan Drogba berasa bangga dengan aksi darah dagingnya itu dan lebih padu keraian gol Isaac Drogba.

Like father like son, Isaac Drogba meraikan gol sama seperti gaya bapanya yang menggegarkan dunia bola sepak satu ketiak dahulu.

Berlari sambil mengepakan tangan sedikit kedepan kemudian melakukan satu tumbukan padu ke udara.

Satu permulaan karier yang baik buat Isaac Drogba bersama Caratesee yang baharu saja disertai beliau pada bulan februari yang lalu dan ini merupakan penampilan ketiga.

Sama seperti bapanya beraksi di posisi penyerang, Isaac Drogba memulakan karier remajanya dengan menyertai sistem pembangunan pemain muda Chelsea.

Namun Isaac Drogba kemudian memilih untuk keluar dari Chelsea dan menyertai pasukan daripada Perancis EA Guingamp pada musim panas 2019.

Isaac Drogba kemudian telah dilepaskan oleh EA Guingamp pada musim panas tahun lalu sebelum menyertai kelab Itali itu tahun ini.

Kalau Isaac bukan anak kepada Didier Drogba tiada siapa akan peduli siapa jaringkan gol di Serie D, Italy.

Diusia 20 tahun banyak usaha perlu dilakukan Isaac Droga untuk ke peringkat tertinggi dari Serie D.

Didier Drogba Bersara Pada Usia 20 tahun

Legenda Chelsea, Didier Drogba telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak selepas bergelar pemain profesional selama 20 tahun pada tahun 2018 dengan karier yang penuh cemerlang, gemilang dan terbilang.

Penyerang berasal dari Ivory Coast itu menyertai Chelsea sebanyak dua kali, dimana beliau berjaya menjaringkan 164 gol dari 381 perlawanan untuk kelab tersebut.

Antara pencapaian terhebat Drogba bersama Chelsea adalah ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012 disamping memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali.

Permulaan karier Drogba agak menarik. Beliau tidak pernah menghadiri sebarang akademi bola sepak ketika usia remajanya dan hanya bergelar pemain profesional pada usia 21 tahun.

Beliau memulakan kariernya bersama Le Mans sebelum menyertai kelab Ligue 1, Guingamp pada tahun 2002.

Persembahan cemerlang Drogba bersama Guingamp telah menarik minat kelab gergasi Perancis, Marseille dan pada tahun 2003, beliau berpinda ke kelab tersebut dengan yuran perpindahan sekitar £3.3 juta.

Drogba berjaya menjaringkan 19 gol dalam musim pertamanya bersama Marseille dan ia telah menarik minat Chelsea untuk membuat bidaan berjumlah £24 juta pada musim berikutnya.

Beliau berpindah ke Stamford Bridge pada Julai 2004 dan memainkan peranan penting dalam era Roman Abramovic yang dipenuhi dengan trofi.

“Selepas 20 tahun bermain bola sepak, saya mengambil keputusan untuk menamatkan karier permainan saya.”

Drogba bersama trofi yang dimenanginya sepanjang bersama Chelsea. Meriah

Kelab terakhir Drogba sebelum bersara adalah Phoenix Rising, kelab yang berpengakalan di Amerika Syarikat yang mana beliau juga adalah pemilik bersama kelab tersebut.

“Ini merupakan cara terbaik untuk saya bercara kerana saya dapat membantu bakat-bakat muda berkembang menjadi pemain yang lebih baik.”

“Cara terbaik untuk saya bersara adalah dengan memberikan sesuatu kepada sukan ini kerana saya telah mempelajar banyak perkara sepanjang karier saya.”

Gandingan Drogba dan Mourinho berjaya hasilkan tiga trofi EPL untuk The Blues

Drogba berjaya memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam 8 tahun pertamanya bersama The Blues selain 4 trofi Piala FA dan 2 Piala Liga.

Beliau juga muncul sebagai pemenang kasut emas sebanyak dua kali iaitu bagi musim 2006/2007 dan 2009/2010.

Beliau meninggalkan Chelsea buat kali pertama selepas membantu kelab tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dengan menewaskan Bayern Munich menerusi penentuan sepakan penalti.

Lagenda dan prodigy dalam satu gambar. Mampukah Mbappe mengecapi Liga Juara-Juara Eropah seperti pernah dilakukan Drogba bersama Chelsea suatu ketika dahulu?

Ia merupakan malam yang cukup bermakna buat Drogba kerana beliau berjaya menjaringkan gol pada saat terakhir perlawanan untuk mengikat perlawanan ke masa tambahan.

Drogba sekali muncul hero buat Chelsea apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir untuk mengesahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut.

Di peringkat antarabangsa pula, Drogba berjaya menjaringkan 65 gol dari 105 penampilan untuk Ivory Coast. Beliau mewakili Ivory Coast dalam tiga edisi Piala Dunia dan dinamakan sebagai Pemain Tahunan Afrika sebanyak dua kali.

Baca Juga

Baca Juga