Ronaldo mengejutkan dunia bola sepak apabila meminta Real Madrid untuk melepaskan beliau untuk menyertai Juventus. Presiden Real Madrid, Florentino Perez dengan berat hati memperkenankan permintaan Ronaldo mengenangkan jasa dan trofi yang dibawa Ronaldo ke kelab tersebut sebelum ini.
Juventus membayar €120 juta kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Ronaldo yang kini sudah memasuki usia 33 tahun. Tujuan utama Juventus membawa masuk Ronaldo sebenarnya cukup mudah, iaitu menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Kali terakhir Juventus muncul juara Eropah adalah pada musim 1995/1996 dimana mereka menewaskan Ajax menerusi sepakan penalti.
Juventus berjaya melangkah ke perlawanan akhir sebanyak dua kali dari 4 musim sebelum ini, tetapi mereka dikecewakan oleh Barcelona pada tahun 2015 dan Real Madrid pada tahun 2017.
Pemergian Ronaldo ke Juventus membuatkan ramai yang meramalkan Real Madrid akan bergelut dalam musim baru ini dan ada juga yang mula merindukan Ronaldo ketika musim belum pun bermula.
Gareth Bale mula disebut-sebut menjadi pengganti Ronaldo dan telah menunjukkan prestasi yang agak bagus selepas tiga perlawanan di La Liga dengan menjaringkan gol di setiap perlawanan.
Bale is on another level after Ronaldo left Real Madrid, he’s showing great potential atm, though I still miss Ronaldoooo ??
— Al-Bacha (@mobacha_) September 6, 2018
Namun keraguan ke atas Bale tetap ada kerana rekod kecederaan beliau sepanjang kerjayanya.
Gareth Bale scores a few goals against farmers & people think he can replace Cristiano Ronaldo.
Ronaldo scored 40+ goals for Real Madrid last season, Bale would be happy to score 25.
— Cristiano Ronaldo (@CRonaldoV2) September 1, 2018
Bekas rakan pasukan Ronaldo di Real Madrid, Isco menyangkal tanggapan bahawa Real Madrid pemergian Ronaldo ke Juventus akan menyebabkan Los Blancos akan mengalami kemerosotan prestasi dan taring.
Isco juga mendedahkan bahawa Real Madrid kini bermain lebih baik berbanding ketika Ronaldo masih wujud walaupun jaringan yang dihasilkan tidaklah begitu melampau seperti dahulu tetapi mereka masih menang.
“Adol (Cristiano Ronaldo) ni pemain yang luar biasa.” Ujar Isco.
“Adol boleh menjamin 40-50 gol. Tetapi jika kamu menang merekan akan kata kami tidak merindui beliau dan jika kami tewas mereka kata kami rindu pulak.”
Isco juga menjelas bahawa pemain lain yang kurang menjaringkan gol musim lalu kini mula menjadi penjaring.
“Kami bermain dengan baik sekarang. Pemain yang tidak mampu menjaringkan gol dengan banyak musim lalu telah mula kembali menjaring. Kami tidak merindui Adol. AKu harap Adol membuat yang terbaik di Juve.”
Setakat ini Real Madrid telah bermain dengan baik di La Liga dan memenangi semua perlawanan tatkala Cristiano Ronaldo masih lagi bergelut mencari gol pertama di Serie A selepas beberapa perlawanan. Ronaldo Noob!
Bale is on another level after Ronaldo left Real Madrid, he’s showing great potential atm, though I still miss Ronaldoooo ??
— Al-Bacha (@mobacha_) September 6, 2018
Ronaldo berpindah ke Santiago Bernabeu dari Manchester United pada tahun 2009 dalam perpindahan rekod dunia ketika itu yang dianggarkan berjumlah £80 juta. Beliau telah bermain selama 9 musim untuk Real Madrid dan berjaya membantu kelab tersebut memenangi pelbagai kejuaraan disamping memecahkan pelbagai rekod individu.
Sepanjang menyarung jersi Real Madrid, beliau berjaya memenangi 2 kejuaraan La Liga, 2 kali juara Copa Del Rey, dan 4 kali juara Liga Juara-Juara Eropah. Ronaldo juga memegang rekod penjaring tertinggi sepanjang zaman untuk Real Madrid dengan 450 gol.