Isco Sangat Malu Kerana Digugurkan Dari Skuad Menentang Roma

Kejadian yang memalukan menimpa Isco ketika tiba di Olimpico Stadium untuk perlawanan Champions League peringkat kumpulan menemukan Real Madrid dan AS Roma selepas tidak tersenarai dalam pasukan Santiago Solari.

Menurut laporan Marca, suasana janggal dan memalukan menyelubungi bilik persalinan selepas Isco tiba dan bertanya kepada Garcia Coll merupakan individu bertanggungjawab di bilik persalinan samada beliau perlu masuk ke bilik persalinan atau tidak.

Rakaman video berlatarakan lagu yang pilu ini memaparkan situasi memilukan buat Isco.

Situasi ini merupakan satu tamparan buat Isco yang tidak menyangka beliau tidak akan berada dalam pasukan. Ketiadaan dalm senarai pemain Isco menyebabkan seorang wartawan yang berpengkalan di Sepanyol, Andy West berkicau di Twitter menegur Santiago Solari.

“Look Señor Solari, there’s something very simple you need to learn: No Isco, No Disco,”

“Wahai Senior Solari, lihat diri ini tatap mata ini adakah aku pendusta cinta? Ketahuilah sesuatu yang mudah bahawa : Tiada Isco, Tiada Disco.”

Kemudian Andy West mengemukakan hujahnya.

“Secara serius, satu-satunya tempoh masa Real Madrid bermain bola sepak yang baik secara konsisten untuk satu tempoh tertentu sejak 5 tahun lalu adalah pada penghujung musim 2016/17, ketika Isco menjadi titik midfield diamond.”

Selepas perlawanan, Solari telah memberi penjelasan kenapa Isco digugurkan.

“Keguguran Isco ini merupakan satu keputusan yang spesific buat waktu yang spesific.”

“Jurulatih berada ditempat untuk membuat keputusan dan itulah tugas aku di sini. Untuk buat keputusan.”

“Kadangkala kita membuat keputusan yang tepat dan kadangkala ke laut tetapi agak mudah dikatakan bahawa semua keputusan dibuat sebab kesukanan kecuali dalam kes tertentu.”

“Pemain utama dan simpanan merupakan satu masalah rekaan dan tidak wujud. Pemain yang ada dalam pasukan akan memberi segalanya dan bersedia 100 peratus supaya dapat dipilih.”

“Mereka menunjukkan bahawa mereka mampu menggalas tanggungjawab dan kami gembira meraih kemenangan ini.”

“Kami terpaksa berkerja keras dan menderita tetapi kadangkala itulah yang perlu dilakukan dan kami menang.”

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa Isco digugurkan kerana tidak menghormati Solari yang dikatakan terjadi minggu lalu. Ini bukan perkara baru buat Isco.

Ketika Zinedine Zidane menjadi pengurus Isco juga dilaporkan tidak menghormati Zidane.

Baca Juga

Baca Juga