Isco Sudah Kembali Yakin dan Melakukan 100% Kadar Hantaran

Dua jaringan Cristiano Ronaldo menentang Juventus di Champions League menjadi bualan dunia bola sepak terutamanya gol keduanya melalui satu tendangan melepasi kepala.

Namun usah dilupa sumbangan tidak berbelah bahagi dari Isco yang patut diberi pujian. Minggu yang sempurna buat Isco minggu ini, bersama Sepanyol Isco menjaringkan hatrik ketika menewaskan Argentina 6-1.

Akso cemerlang Osco diteruskan bersama Real Madrid ketika menumpaskan Juventus 3-0. Dalam perlawanan ini Isco tidak menjaringkan gol namun menjadi watak penting apabila melakukan 100% ketepatan ketika melakukan hantaran.

Maknanya tiada hantaran Isco tersasar atau berjaya dipintas dan semua hantaran berjaya menemui rakan sepasukan.

Statistik Isco v Juventus:

100% pass accuracy
68 touches
54 passes
4 fouls suffered
1 dribble
1 assist

Sebelum ini Isco menyatakan bahawa beliau tidak diberi keyakinan ketika beraksi bersama Real Madrid dan gagal memenangi hati Zidane.

“Di Real Madrid, saya tidak mempunyai keyakinan yang sepatutnya pemain miliki. Perlawanan di peringkat antarabangsa memberikan saya ‘nyawa’. Saya mempunyai keyakinan jurulatih di sini.”

“Saya mahu menunjukkan kepada semua yang saya adalah pemain yang bagus. Lopetegui yakin atas kebolehan saya dan memberikan peluang untuk saya bermain dalam kesebelasan utama.”

Kadar Hantaran

“Mungkin juga saya adalah punca masalah di Real Madrid. Saya tidak tahu bagaimana untuk memenangi hati Zinedine Zidane.”

Walaubagaimanapun dalam sidang media Zidane menafikan semua dakwaan Isco terhadapnya, dan berkata beliau meletakkan kepercayaan penuh terhadap keupayaan Isco untuk membantu pasukan.

“Saya tidak rasa yang saya tidak berlaku adil terhadap Isco. Saya rasa kenyataan Isco mungkin telah disalah anggap sesetengah pihak.”

“Mungkin kerana dalam pasukan kebangsaan, beliau mempunyai peranan yang berbeza berbanding di sini. Tetapi beliau masih lagi pemain yang penting buat kami. Saya sentiasa menganggap beliau sebagai pemain penting dalam pasukan ini dan sudah menjadi lumrah buat mana-mana pemain untuk bermain lebih kerap.”

“Tugas saya adalah untuk memilih 11 pemain. Isco adalah pemain penting dan akan terus kekal menjadi komponen penting dalam skuad ini. Seperti yang saya cakap tadi, kenyataan Isco mungkin telah disalah ertikan tetapi saya tidak berasa kecewa terhadap Isco sama sekali.”

“Saya berasa gembira melihat persembahan beliau ketika menentang Argentina. Pasukan Sepanyol juga bermain dengan sangat baik. Isco adalah pemain Real Madrid dan akan terus kekal di sini. Itu sahaja.”

Isco mula menjadi pemain penting Real Madrid sejak musim lalu dan kecederaan Bale memberinya lebih peluang untuk bermain. Sejak itu walaupun Bale sudah kembali namun tempat Isco bersama skuad utama sukar digugat.

Siapakah Isco – Real Madrid dan Sepanyol

Francisco ‘Isco’ Román Alarcón Suárez betapa panjangnya nama di dalam kad pengenalan Sepanyol dan nama panggilan manjanya Isco. Sebelum menjadi pemain bintang dan power seperti hari ini, Isco telah dibandingkan dengan pemain bintang.

Pemain bintang yang dimaksudkan adalah pemain handalan Barcelona, Andres Iniesta. Perbandingan ini dibuat ketika Isco masih remaja ketika di Valencia. Ada pun begitu, Isco ketika itu tidaklah digelar sebagai Iniesta Valencia sebagaimana terjadi kepada Asensio yang digelar Safawi Spain.

Kawalan bola yang melekat, gelecekan yang kemas, mampu mencipta peluang dan mempunyai rekod jaringan yang baik telah menjadikan Isco sebagai salah seorang pemain tengah terbaik ketika ini. Namun hidup semestinya dipenuhi ranjau untuk nikmat di ranjang.

Ketika tiba di Santiago Bernabeu yang sentiasa dipenuhi pemain bintang pada tahun 2013, Isco terus bergelut untuk mencari tempat dalam pasukan. Isco terus diabaikan olehy pengurus ketika itu dari Carlo Ancelotti,m Rafa Benitez hinggalah ke Zinedine Zidane.

Pada mula Zidane mengambil alih, Isco masih terabai namun dengan suluhan kepalanya, Zidane terus memberi sinar kepada Isco dan kini telah menjadi salah satu pemain utama dan nadi penting pasukan gergasi Eropah itu.

Isco dilihat mempunyai pakej yang lengkap sebagai pemain nombor 10 dalam sejarah bola sepak seperti Zidane, Del Piero, Totti dan dilihat mampu menjadi lebih hebat dari lagenda ini dan telah menjadi pemain penting pasukan Sepanyol.

Isco dilihat bakal mengambil alih kerusi idolanya Lionel Messi dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kemunculan Isco telah lama diramal penyanyi dari Perancis, Alizee yang menyanyikan lagu ‘La Isco Bonita’ seperti dalam video di bawah.

Baca Juga

Baca Juga