Islam Makhachev Cabar Dos Anjos Selepas Tewaskan Thiago Moises

Tugas paling berat untuk Islam Makhachev selepas ini adalah untuk mencari siapa yang sanggup untuk bertarung dengan beliau.

Makhachev berjaya mendominasi sepenuhnya pertarungan bertemu Thiago Moises di acara UFC Fight Night di Las Vegas sebentar tadi.

Moises boleh dikatakan benar-benar lumat kena lunyai dengan Makhachev sebelum petarung dari Rusia itu menghabiskan lawannya dengan gerakkan submission (rear-naked choke) pada minit ke 2:38 pusingan keempat perlawanan.

Perlawanan ini merupakan aksi main event pertama Makhachev di UFC dan ia juga pertama kali beliau beraksi sehingga lebih dari tiga pusingan dalam satu perlawanan.

Apa yang lebih menariknya lagi adalah ini merupakan kekalahan pertama Thiago Moises menerusi submission sepanjang kariernya.

ESPN telah meletakkan Islam Makhachev dikedudukan kelapan dunia dalam kategori Lightweight, namun sepertinya sukar untuk petarung dari Rusia itu mencari lawan yang sanggup untuk bertarung dengan beliau selepas ini.

Hal ini kerana Makhachev mempunyai kemampuan dan kelebihan yang begitu dominan ketika bertarung dengan kehandalannya bergusti, grappling, kickboxing dan pelbagai seni bela diri campuran yang lain.

Islam Makhachev selepas tamat perlawanan bertemu Thiago Moises, beliau telah mencabar Juara lightweight dunia UFC, Rafael dos Anjos untuk bertarung dengannya.

“Mengapa mereka semua ini melarikan diri?”

Jelas Makhachev ketika temu bual selepas tamat perlawanan beliau bertemu Thiago Moises.

“Tidak ada sesiapa yang mahu sahut cabaran saya. Tolong sesiapa sahut cabaran dari saya.”

Makhachev sememangnya sahabat karib dan juga rakan sepasukan Khabib Nurmagomedov dengan mereka berdua telah lama menjalani sesi latihan bersama-sama.

Legenda UFC yang juga merupakan petarung nombor satu dalam kedudukan pound-for-pound, Khabib Nurmagomedov ketika ini merupakan jurulatih kepada Islam Makhachev.

Makhachev sememangnya diharapkan oleh pasukannya di American Kickboxing Academy untuk menjadi pelapis kepada Nurmagomedov dalam kategori 155-pound.

Ia jelas merupakan perancangan asal arwah ayah Khabib, Abdul Manap Nurmagomedov yang meninggal dunia tahun lalu kerana kompilasi dari virus C0V-19.

Ketika aksi pusingan pertama, Makhachev berjaya mengajak Moises untuk bertarung stand up dengan beliau jelas mendominasi pertarungan tersebut.

Beliau kemudiannya berjaya merebahkan Moises lalu melepaskan beberapa das pukulan tepat ke muka lawannya itu.

Moises hampir untuk dikalahkan ketika di pusingan kedua perlawanan mereka, namun Makhachev mengubah serangan dengan beliau melakukan gerakan armbar sebelum loceng dibunyikan.

Makhachev sekali lagi berjaya menumbangkan Moises pada pusingan ketiga dengan beliau memanjat belakang lawannya itu dan mendominasi pertarungan dengan begitu dominan.

Pada pusingan keempat, beliau merebahkan Moises dengan pukulan yang kuat, sebelum mengunci lawannya itu untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Kamu boleh berlari, tapi kamu tak boleh bersembunyi.”

Jelas Makhachev seolah menujukan kepada Dos Anjos.

“Saya ada di sini.”

Makhachev (20-1) telah memenangi lapan perlawanan terakhirnya secara berturut-turut dan beliau langsung tidak pernah kalah sejak 2015, dengan kekalahan terakhirnya adalah tewas secara KO di tangan Adriano Martins.

Rekod kemenangan berturut-turut itu merupakan rekod keempat terhebat dalam sejarah lightweight UFC. Petarung dari Dagestan itu kini mempunyai rekod 9-1 di UFC.

Menurut kajian dan statistik dari ESPN, Satu-satunya petarung yang ada rekod lebih baik berbanding beliau dalam kategori Lightweight adalah Nurmagomedov.

Islam Makhachev kini berusia 29 tahun dan beliau merupakan bekas Juara dunia, combat sambo sebelum ini dan dikatakan beliau bakal menjadi Juara di UFC.

Moises (15-5) berjaya memenangi tiga perlawanan terakhir beliau sebelum ini secara berturut-turut sebelum dikejutkan dengan kekalahan di tangan Makhachev.

Islam Makhachev anak murid yang mendengar kata

Petarung dari Brazil itu berjaya menewaskan Alexander Hernandez pada Februari lalu menerusi keputusan sebulat suara.

Thiago Moises kini berusia 26 tahun dan beliau merupakan bekas Juara dunia kategori Lightweight dalam RFA.

Khabib Nurmagomedov merupakan individu paling gembira selepas Islam Makhachev berjaya menewaskan Thiago Moises sebentar tadi.

Adakah dos Anjos akan menerima cabaran dari Islam Makhachev? Adakah anak buah atau pelapis Khabib Nurmagomedov ini akan berjaya mencipta nama seperti mana Khabib? Bincangkan diruangan komen.

Tidak keterlaluan juga untuk katakan yang Islam Makhachev berpotensi untuk menjadi lebih hebat berbanding jurulatihnya andai beliau kekalkan tahap persembahan yang sama.

Sumber: ESPN

BACA:  Islam Makhachev Cabar Tony Ferguson Untuk Bertarung Dengannya