Istanbul Derby Berakhir Dengan 5 Kad Merah dan 11 Kad Kuning Serta Pepe Tidak Mengutip Kad

Dua pasukan gergasi dalam liga Turki bertembung di Istanbul Derby, Fenerbahche menentang Besiktas menyaksikan Fenerbahche berjaya menewaskan Besiktas 2-1 hasil jaringan Giuliano dan Janssen, manakala gol saguhati Besiktas dijaringkan oleh Ryan Babel.

Semestinya satu perlawanan yang cukup panas dan ini terbukti dengan 5 kad merah, 11 kad kuning dan dua sepakan penalti dan paling ajaib dalam perlawanan ini, Pepe tidak mengutip sebarang kad walaupun bermain selama 90 minit.

Dua kad merah menjari milik pemain Besiktas iaitu Koybasi dan Luis Neto. Manakala tiga kad merah diraih pemain Fenerbahche, masing-masing menjadi milik Ricardo Quaresma, Atiba Hutchinson dan Ali Palabiyik.

Permainan yang keras disajikan kedua pasukan di mana para pemain saling merembat dan menerjah kaki antara satu sama lain disamping bermain bola seperti biasa. Seperti tidak percaya tiada kad untuk Pepe.

Adakah Pepe sudah insaf?

Baca Juga

Baca Juga