Isteri Thiago Silva Buat U-Turn Dan Mula Memuji Timo Werner

Isteri Thiago Silva yang merupakan pemain pertahanan Chelsea telah membuat U-Turn dan berubah fikiran apabila telah memuji Timo Werner selepas Chelsea mara ke final Champions League.

Isabelle Silva nyata koyak dan mengkritik Timo Werner selepas pemain yang terkenal dengan kegagalan menjaringkan gol dengan peluang terbuka itu terus melakukan perkara sama di separuh akhir pertama.

Timo Werner meneruskan rutin beliau sebagai penyerang yang melepaskan peluang besar. Dengan jarak hanya enam ela untuk menewaskan Thibaut Courtois dengan pelbagai sudut kosong yang boleh dijadikan pilihan.

Namun Timo Werner tenang tenang mencuba terus kepada Courtois. Itulah yang menyebabkan isteri Thiago Silva kecewa dan mengecam.

Timo Werner telah membantu Chelsea mara ke perlawanan akhir Champions League buat pertama kali sejak tahun 2012 dengan satu gol juga melalui peluang terhidang luas.

Jaringan gol dan mara ke final menyebabkan kisah silam Werner terampun dan Belle Silva sekali lagi memuat naik video di media sosial dengan satu pujian.

“Werner, sangat bagus, itulah yang aku cakapkan. Kau tahu bagaimana untuk jaringkan gol.”

Sambil mengangkat ibu jari tangan Belle Silva meneruskan jeritan pujian:

“Kau memang terbaik Sobat, aku sayang kau.”

Minggu lalu video isteri Thiago Silva yang dianggap menyelar oleh media telah menjadi tular selepas kegagalan Timo Werner menyempurnakan peluang besar.

Jika bukan bergelar seorang penyerang rasanya prestasi Werner boleh dianggap cemerlang dan Isabelle Silva pasti tidak bising.

Isabelle Silva telah membuat video reaksi di Instagramnya bukan satu tetapi dua video terus.

Video pertamnya dimuat naik pada separuh masa pertama yang meluahkan kekecewaan beliau dalam bahasa tanah air beliau dan menganggap ini karma:

“Ini Karma. Setiap pasukan aku pergi, mesti ada pemain penyerang yang selalu bazirkan peluang… Werner ni. Apa nama dia?”

Menurut seorang pengguna Twitter bernama Vitimgava, Isabelle Silva juga telah memanggil Werner cacing.

Kemudian video kedua hadir dan kali ini dalam bahasa Inggeris serta lebih sopan serta lebih kepada kritikan membina.

“Kami perlukan gol, kami perlu menang perlawanan ini. Tapi penyerang aku tak nak jaringkan gol.”

“Aku tak tahu kenapa merekan tidak jaringkan gol.”

Reaksi daripada Isabelle Silva adalah normal bagi peminat bola sepak namun pemain yang dikutuknya itu adalah rakan sepasukan suaminya dan sudah pasti menjadi bualan.

Selepas Chelsea berjaya mara ke final, pusingan U telah dibuat dan kutukan bertukar menjadi sayang, nama Werner pun Isabelle Silva dah kenal sekarang.

Isabelle Silva mungkin telah menjadi peminat nombor satu Werner.

Separuh Akhir Pertama: Real Madrid 1-1 Chelsea

Kejohanan paling agung di Eropah. Champions League kembali bersambung di peringkat separuh akhir dan perlawanan pertama di mainkan adalah pertembungan antara Real Madrid menentang Chelsea.

Di peringkat suku akhir Champions League, Real Madrid berjaya menumbangkan penyandang juara yang lemah dan lembik, Liverpool dan bertemu Chelsea di peringkat separuh akhir.

Chelsea mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan buat kali kelapan, lebih banyak berbandng mana-mana pasukan Premier League selepas menewaskan FC Porto.

Thomas Tuchel terus cemerlang mengemudi Chelsea dalam perlawanan ini dengan persembahan cemerlang dan menjadi pasukan yang lebih menyerlah berbanding penyandang juara La Liga.

Agak malang buat Chelsea yang gagal mengambil kesempatan untuk membawa bekalan yang lebih selesa untuk perlawanan separuh akhir kedua.

Pada awal permainan Chelsea lebih dominan dan hampir sahaja berada dihadapan namun Timo Werner meneruskan rutin beliau sebagai penyerang yang melepaskan peluang besar.

Dengan jarak hanya enam ela untuk menewaskan Thibaut Courtois dengan pelbagai sudut kosong yang boleh dijadikan pilihan, Timo Werner tenang tenang mencuba terus kepada Courtois.

Timo Werner ni penyerang ke pertahanan?

Namun kesilapan awal Timo Werner itu segera ditebus Cristian Pulisic pada minit ke-14 dengan satu gerakan solo yang tenang berserta satu penyudah yang bijak.

Lambungan Antonio Ruediger tepat menemui Pulisic yang berjaya lolos dan memaksa Courtois keluar untuk menerpa namun digelecek Pulisic.

Mudah untuk Pulisic menjaringkan gol yang sudah ditinggalkan Courtois untuk menjadi rakyat Amerika Syarikat pertama menjaringkan gol di separuh akhir Champions League.

Karim Benzema menyamakan kedudukan 15 minit kemudian juga melalui satu goi yang sangat menarik, libasan padu depan muka.

Bermula dari sepakan penjuru dengan 5 kali hantaran dilakukan bola tiba kepada Benzema yang mengawal cantik bola dengan kepala sebelum melibas di depan muka Mendy.

Separuh masa kedua menyaksikan Real Madrid bermain dengan lebih baik dengan tenang menyerap asakan Chelsea namun melakukan serangan balas yang sangat berbisa.

Chelsea juga semakin baik namun gagal untuk menambah jaringan. N’Golo Kante yang mempunyai empat jantung terus cemerlang dalam perlawanan besar.

Tiada jaringan tambahan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat perlawanan dan berakhir dengan keputusan 1-1.

Chelsea membawa bekalan gol tempat lawan untuk perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Real Madrid: Courtois; Militao, Varane, Nacho; Carvajal, Modric, Casemiro, Kroos, Marcelo; Benzema, Vinicius Junior

Subs: Lunin, Altube, Asensio, Odriozola, Isco, Diaz, Rodrygo, Arribas, Blanco, Gutierrez

Chelsea:Mendy; Christensen, Silva, Rüdiger; Azpilicueta, Kanté, Jorginho, Chilwell; Pulisic, Werner, Mount

Subs: Kepa, Caballero, Alonso, Abraham, Zouma, Giroud, Hudson-Odio, Ziyech, Gilmour, James, Havertz, Emerson

Referee: D Makkelie (Ned)

Separuh Akhir kedua: Chelsea 2-0 Real Madrid

Manchester City mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke perlawanan akhir Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab selepas menewaskan PSG dengan agregat 4-1.

Maka lawan yang akan menjadi di perlawanan akhir adalah pemenang perlawanan antara satu lagi wakil Premier League, Chelsea yang berdepan dengan gergasi La Liga. Real Madrid.

Chelsea mencatatkan keputusan seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Alfredo Di Stefano dan membawa satu bekalan yang agak penting iaitu satu gol tempat lawan.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua ini, Real Madrid kembali menyenaraikan pertahanan tengah kebal dan juga ketua pasukan mereka, Sergio Ramos.

Sergio Ramos telah terlepas banyak perlawanan kerana mengalami kecederaan dan Real Madrid berjaya mara ke separuh akhir walaupun tanpa Ramos.

Permainan satu dua antara N’Golo Kante dan Timo Werner begitu indah sebelum Kante menghantar bola kepada Kai Havertz yang masuk ke kotak penalti dari sebelah kira.

Pada minit ke-11, Chelsea telah berada dihadapan melalui gol Timo Werner yang menyempurnakan umpanan Kai Havertz namun gol itu dibatalkan kerana offsaid.

Karim Benzema melakukan dua percubaan berbahaya dengan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti dan satu lagi menerusi sundulan tajam.

Kedua-dua pecubaan Benzema itu telah berjaya dinafikan oleh Mendy dengan aksi menyelamat bertaraf dunia.

Kai Harvertz berjaya mengumpan Thibaut Courtois untuk keluar lalu dengan jahatnya melakukan satu chip yang melemaskan dan melangkaui capaian Courtois.

Malangnya bola yang cantik itu telah hinggap ke palang lalu jatuh dihadapan gawang yang terbuka luas tetapi Timo Werner hadir untuk menanduk masuk.

Tiada kerinduan atau cik atau miss kali ini daripada Werner untuk menanduk masuk gol pembukaan Chelsea pada minit ke-28. Sangat gila kalau itu tidak masuk.

Kai haverts hampir menggandakan kedudukan untuk memberi keselesaan dan kelegaan kepada Chelsea tapi sayang percubaannya itu terkena palang disaat Curtois telah tertewas.

Gol kedua Chelsea juga hadir melalui rencana daripada pemain kecil molek yang pemalu, N’Golo Kante yang berjaya memenangi bola di kawasan Real Madrid.

Kante menolak bola kepada Christian Pulisic yang membawa bola rapat ke garisan gol ememaksa Courtois keluar, pada mulanya seperti mahu melakukan remabtan.

Namun Christian Pulisic telah menghantar bola ke tengah mencari Mason Mount yang melakukan rembatan jarak dekat ke gawang yang tiada pengawal.

Gol ini yang terhasil pada minit ke-85 terus membunuh perlawanan dan semangat perjuangan Real Madrid.

Kemenangan Chelsea menyaksikan sekali lagi dua pasukan Inggeris akan berentap di perlawanan akhir apabila bertemu Manchester City dan ini kali tiga dua pasukan Inggeris bertemu.

Musim 2018/19 merupakan kali terakhir dua pasukan Premier League bertemu di final yang menemukan Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Perlawanan akhir 2008 antara Manchester United dan Chelsea merupakan kali pertama final Champions League menemukan dua pasukan Inggeris.

Hanya Sepanyol yang pernah merekodkan finalis Champions League berasal dari negara yang sama sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2000, 2014 dan 2016.

Thomas Tuchel mencipta sejarah apabila menjadi pengurus pertama mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut dengan dua pasukan berbeza.

Gol Timo Werner

Gol Mason Mount

Chelsea: Mendy, Christensen, Thiago Silva, Rudiger, Azpilicueta, Kante, Jorginho, Chilwell, Mount, Werner, Havertz.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Abraham, Pulisic, Caballero, Zouma, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Gilmour, James, Emerson Palmieri.

Real Madrid: Courtois, Nacho, Eder Militao, Sergio Ramos, Mendy, Modric, Casemiro, Kroos, Hazard, Benzema, Vinicius Junior.

Subs: Asensio, Marcelo, Lunin, Valverde, Odriozola, Isco, Mariano, Rodrygo, Altube, Arribas, Blanco, Gutierrez.

Referee: Daniele Orsato (Italy).

BACA:  Reaksi Menakjubkan Van Der Vaart Ketika Werner Disamakan Dengan RVP