Itali Mempunyai Peluang 60 Peratus Berbanding England Untuk Muncul Juara EURO 2020

Laman sesawang The Analyst melalui ramalan AI EURO 2020 Stats Perform telah mengeluarkan keputusan analisis yang menunjukkan bahawa pasukan Itali mempunyai peluang hampir 60 peratus untuk muncul juara EURO 2020 berbanding England.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate pula mempunyai peluang 40 peratus untuk membawa Piala pulang ke rumah, namun ini semua hanya ramalan berdasarkan beberapa kriteria.

Ramalan AI EURO 2020 Stats Perform dilakukan dengan menganggarkan kebarangkalian setiap keputusan perlawanan (menang, seri atau kalah) dengan menggunakan peluang pasaran pertaruhan dan kedudukan pasukan dalam Stats Perform. Peluang dan kedudukan berdasarkan prestasi pasukan dan sejarah terkini.

Model ini mempertimbangkan kekuatan lawan dan kesukaran ‘jalan ke final’ dengan menggunakan kebarangkalian hasil perlawanan dengan komposisi kumpulan dan pilihan ke peringkat kalah mati.

Model Stats Perform Euros mensimulasikan jumlah perlawanan sebanyak lebih 40,000 kali. Dengan menganalisis hasil setiap simulasi ini, model mengembalikan kemungkinan kemajuan bagi setiap pasukan di setiap peringkat kejohanan untuk membuat ramalan akhir.

Diatas kertas dan jika dinilai secara logik akal pun tidak pelik jika ramai memilih Itali sebagai juara kerana prestasi, konsistensi dan semangat yang mereka tunjukkan sejak dari perlawanan petama lagi.

England pula diramalkan berada di dalam laluan sukar dipusingan 16 terbaik apabila bakal berhadapan juara dunia Perancis, Jjuara bertahan Portugal dan Jerman.

Jerman menjadi lawan England yang dianggap sukar oleh sesetengah pihak, namun Jerman dengan mudah sahaja dijinakkan dan ditundukkan England lalu ditunjukkan jalan keluar.

Menurut perkiraan yang dilakukan oleh Supercomputer, England hanya mempunyai peluang 5.2 peratus sehaja untuk bergelar juara EURO 2020 sebelum kejohanan berlangsung pilihan kelsembilan untuk bergelar juara.

Manakala Itali pula diramalkan berpeluang hanya 7.6 peratus peluang sahaja untuk bergelar juara sebagai pilihan keenam daripada 24 pasukan yang bertanding.

Namun semua itu hanya ramalan berdasarkan analisis dengan data yang sebelum ini dan akhirnya Itali dan England akan berentap di final untuk penentuan juara.

Perancis yang merupakan juara dunia merupakan calon pilihan juara supercomputer yang memberikan peluang kejuaraan sebanyak 20.5 peratus diikuti oleh Belgium dengan 15.7 peratus.

Sepanyol yang pada mata kasar peminat bola sepak mempunyai pasukan yang tidak meyakinkan telah dikira mempunyai 11.3 peratus peluang kemenangan di tempat ketiga.

Negara yang tidak asing lagi seperti Jerman (9.8 peratus), Portugal (9.6 peratus), Itali (7.6 peratus) dan Belanda (5.6 peratus) untuk berada dalam kedudukan tujuh teratas.

Denmark menyusul ditangga kelapan dengan peluang kejuaraan yang lebih besar berbanding England yang diberi peratusan sebanyak 5.4 peratus.

Namun itulah keindahan bola sepak, kadang kala apa yang berlaku di padang sangat berlainan dengan apa yang diramal di atas kertas. Diatas kertas peluang Perancis paling besar.

Elemen nasib kadang kala menjadi faktor penentu dan contoh terbaik adalah ketika Liverpool muncul juara Champions League dan Premier League. Semua itu nasib je. Tak setuju takpe itu kan contoh.

Ketika para Avenger menewaskan Thanos, Doctor Strange meramalkan hanya satu kemenangan dalam 14,000,605 peluang dan jika diikutkan peluang England jauh lebih besar berbanding Avenger yang menang jua akhirnya.

England hadir ke EURO 2020 seperti biasa sebagai pasukan paling popular di muka bumi dan juga semi finalis Piala Dunia 2018. England popular dikalangan media namun aksi di padang kerap menghampakan.

Kini England membuktikan bahawa mereka bukan sekadar popular dan mara ke separuh akhir sebenarnya satu pencapain yang sudah terbaik bagi mereka dan ke final adalah bonus yang tidak boleh ditolak.

Itali pula kembali bangkit selepas sendu teruk apabila tidak layak ke Piala Dunia 2018 dan hadir ke EURO 2020 dengan label dark horse, namun selepas beberapa perlawanan kini Itali adalah calon kegemaran untuk muncul juara.

BACA:  Aksi Dungu Van Dijk Lawan Itali Dicemuh Warganet