Jack Grealish Dedah Keinginan Untuk Beraksi Dibawah Kendalian Jose Mourinho

Jack Grealish telah mendedahkan keinginan beliau untuk bermain dibawah kendalian Jose Mourinho, selepas pengurus Roma itu memberikan pujian yang menggunung ke atasnya.

Pengurus berasal Portugal itu telah menyamakan Jack Grealish dengan pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2000, Luis Figo.

Ketua pasukan Aston Villa, Jack Grealish telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi pemanas badan skuad England menjelang Euro 2020 sebelum ini.

Beliau telah berjaya mencuri tumpuan peminat atas aksi hebat yang dipamerkan ketika bertemu Austria dan Romania sebelum ini.

Ramai pihak yang sangat berharap agar Grealish akan diberikan peluang untuk beraksi sebagai kesebelasan utama England dalam saingan Euro kali ini.

Beliau bahkan turut dibandingkan dengan pemain seperti Paul Gascoigne, namun menjelang pembukaan kejohanan Euro 2020, pengurus baru AS Roma, Jose Mourinho telah menyamakan beliau dengan Luis Figo.

Figo merupakan salah seorang pemain terhebat ketika generasinya, beliau sepanjang kariernya telah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi seperti Barcelona, Real Madrid dan Inter Milan.

“Saya tak suka untuk buat perbandingan, terutama sekali dengan pemenang Golden Ball, tapi Grealish mengingatkan saya kepada Figo.”

Jelas Mourinho kepada talkSPORT.

“Figo, saya pernah miliki dia beberapa kali sepanjang karier saya, tapi saya berjaya dapatkan dia sebagai pemain saya ketika musim terakhir dia bersama Inter Milan dan walaupun itu merupakan musim terakhir dia, tapi dis seperti, ‘berikan saya bola dan saya akan selesaikan masalah kamu’.

“Cara bagaimana Grealish mendapat bola dan menyerang, dikasari, memenangi penalti, dia sangat kuat, saya sangat suka dia.”

Grealish mengetahui tentang komen dari Mourinho itu dan beliau sangat berbangga dan bersyukur atas pujian yang diberikan.

Beliau turut memuji karier pengurusan yang mengagumkan pengurus berusia 58 tahun itu dan turut mendedahkan keinginannya untuk beraksi dibawah kendalian the special one.

“Saya dengar apa yang Mourinho katakan, ramai orang hantarkan itu kepada saya.”

Jelas Grealish kepada talkSPORT ketika berbicara tentang Mourinho.

“Saya selalu cuba untuk tidak mendengarkan sesuatu hal seperti itu, tidak kira ia baik atau tidak. Ia sentiasa menjadi satu hal yang baik ketika orang bercakap tentang kamu, terutama seseorang seperti Jose Mourinho.”

“Dia telah melakukan yang terbaik dalam dunia bola sepak, dia merupakan individu yang terkenal dalam dunia sukan ini dan dia tidak kurang ilmu bola sepaknya.”

“Luis Figo merupakan seseorang yang selalu saya puja ketika saya kanak-kanak. Dia seorang pemain yang menakjubkan, namun hal terpenting adalah ia keluar dari Mourinho, seorang pengurus yang menakjubkan.”

“Dia memang sudah melakukan pelbagai hal yang menarik dalam sukan ini. Semoga saja satu hari nanti saya boleh bermain di bawah kendalian dia.”

Walaupun beliau tidak diturunkan ketika aksi kemenangan 1-0 menewaskan Croatia sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu mengintai peluang untuk lakukan sesuatu ketika aksi bertemu Scotland di Wembley minggu ini.

“Saya sangat terdesak untuk masuk ke padang dan buktikan kepada semua orang betapa bagusnya saya.”

Jelas Grealish kepada talkSPORT.

“Ini merupakan perlawanan yang saya Impikan.”

“Bukan hanya dalam pertandingan ini, saya juga telah mencipta nama saya sendiri dalam perlawanan besar lain sepanjang karier saya. Saya sangat terdesak untuk terlibat.”

“Namun hal terpenting adalah pasukan saya dapat tiga mata dan teruskan permulaan baik yang kami dah cipta.”

BACA:  Jose Mourinho Masuk ke Padang Minta Pengadil Layangkan Kad Merah Dalam Perlawanan Persahabatan