Jack Grealish Didenda Kerana Tindakan Kurang Pandainya

Jack Grealish telah mengesahkan dakwaan bahawa beliau keluar dari rumah semasa perintah berkurung untuk lepak di rumah rakannya.

Beliau memuat naik video penjelasan tentang tindakan kurang pandainya yang melanggar peraturan pengawalan pergerakkan itu.

Gambar pemain midfield Aston Villa itu tular di laman sosial pada hari minggu lalu. Beliau terlihat sedang berdiri dihadapan kawasan perumahan rakannya di pagi hari minggu lalu.

Gambar itu turut memaparkan bahawa beliau baru sahaja terlibat dengan kemalangan yang melibatkan Land Rover miliknya.

Jack kelihatan seperti mengalami kemalangan dengan kereta yang sedang parking di pinggir jalan barat Midlands.

Menurut satu kenyataannya di Twitter, pemain berusia 24 tahun itu mengaku bahawa rakannya ada mengajaknya untuk melepak bersama pada malam sabtu lalu.

Tanpa berfikir bahawa negaranya sedang menggesa rakyat untuk menjaga penjarakan sosial, beliau akui tindakannya menerima pelawaan itu sangat kurang pandai.

Pasukan beliau yang sering dikaitkan akan melepaskan pemain bintang sensasi itu, Aston Villa telah mengeluarkan satu kenyataan dengan mengatakan:

“Pihak Aston Villa berasa teramat sangat kecewa dengan tindakan salah seorang pemain kami yang ingkar arahan pihak kerajaan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian krisis jangkitan Covid-19.”

“Ketua pasukan, Jack Grealish telah menerima dan mengakui bahawa tindakan beliau untuk keluar dari rumah adalah salah dan sangat tidak patut.”

“Beliau melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bahawa dengan jelasnya kerajaan meminta untuk semua orang berada dirumah masing-masing dan menjaga penjarakan sosial.”

“pemain itu akan dikenakan tindakan disiplin dan akan didenda. Hasil denda itu akan disumbangkan kepada University Hospitals Charity di Birmingham.”

UK kini sedang dalam proses mengamalkan penjarakan sosial akibat dari penyakit pandemic Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia.

Semua orang harus duduk dirumah masing-masing dan hanya dibenarkan untuk keluar sekiranya mempunyai urusan penting sahaja.

Hanya untuk mereka yang mahu membeli bekalan makanan, mencari bekalan perubatan, mencari keperluan harian penting, pergi mendapatkan rawatan dan keluar bekerja untuk mereka yang terlibat sahaja dibenarkan untuk keluar.

Dengan premier league sedang digantung dan tiada latihan untuk pasukan, jadi tiada keperluan untuk Grealish keluar.

Dengan alasan untuk berjumpa kawan Grealish sememangnya jelas ingkar arahan dari pihak kerajaan UK.

Ini bukan kali pertama pemain midfield England itu melanggar peraturan dan disiarkan di akhbar tempatan.

Pada musim panas tahun 2015 lalu, tersebar gambar beliau sedang bercuti sambil mabuk teruk di tepi jalan.

Beliau turut pernah dikecam teruk di Ireland selepas menukar kewarganegaraannya kepada England. Sedangkan ketika kanak-kanak beliau adalah pemain kebangsaan untuk Ireland.

Sehingga kini, ketua pasukan Aston Villa itu masih tidak mendapat panggilan untuk bersama pasukan kebangsaan England.

Tetapi memandangkan kepada aksi mantap yang dipamerkan musim ini, terdapat ura-ura bahawa Gareth Southgate’s akan memasukkan beliau kedalam senarai utama skuad kebangsaan England.

BACA:  Jack Grealish Lebih Berminat Sertai City Berbanding Man Utd