Jack Grealish Diharam Memandu 9 Bulan Dan Rakaman Langgar Dua Kereta Tersebar

Jack Grealish telah dijatuhi hukuman pengharaman memandu kenderaan selama 9 bulan selepas didapati bersalah kerana melanggar dua buah kenderaan yang tidak bersalah sedang di parkir ditepi jalan.

Pemain bintang Aston Villa itu juga turut didenda sebanyak £82,499 dan menjadi denda paling tinggi yang pernah dikenakan kepada seorang pemain bola sepak. Rekod.

Pemain tengah yang menjadi idaman banyak kelab besar itu menerima hukuman selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan dihadapan Magistrate Makhamah Birmingham.

Selepas hukuman dan denda dikenakan kepada Jack Grealish dimuktamadkan polis West Midlands telah berkongsi rakaman Kamera Litar Tertutup(CCTV) kejadian tersebut.

Dalam rakaman tersebut telah dipaparkan, Jack Grealish sedang berlari-lari kecil menuju ke kenderaannya yang berjenama Range Rover yang berada di kawasan tempat letak kereta.

Selepas memasuki kereta, Grealish telah mengundurkan kenderaannya dan terlanggar van yang berada dibelakang sebelum berlalu pergi.

Namun Grealish kembali ke tempat kejadian secara mengundur namun malang terus menimpa apabila Grealish terlanggar sebuat lagi kenderaan. Baler Baler.

Pemain antarbangsa England cuba berlalu pergi tetapi telah berhenti di tepi jalan memanjat kaki jalan sebelum melanggar dinding.

Seorang pengawal keselamatan telah mendekati Grealish namun Grealish telah memaki hamun dan berbau alkohol.

Grealish telah bertukar kontek dengan tuan empunya kenderaan dan telah pergi selepas polis tiba dan ujian pernafasan untuk mengetahui kandungan alkohol tidak dilakukan.

Dalam video ini juga memaparkan Grealish mempamerkan pemanduan berbahaya melebihi had kelajuan dilebuhraya dan telah menyucuk rapat kereta di depan supaya memberi laluan.

Ketika kejadian yang berlaku pada penghujung Mac itu Grealish bukan sahaja melanggar dua kereta malah telah melanggar perintah kawalan pergerakan yang telah diwartakan di seluruh England.

Grealish keluar dan melanggar dua buah kenderaan itu kerana mahu pergi lepak di rumah rakannya dan perkara itu diakui sendiri oleh Grealish.

Pemain 25 tahun itu telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Daerah, Judge John Bristow yang telah berkata:

“Pertuduhan pada 29 mac itu dilakukan enam hari selepas kerajaan mengumumkan perintah berkurung. Kau patut berada di rumah dan tidak ada alasan kukuh untuk keluar.”

“Kau sepatutnya tidak memandu pada 29 Mac, ini satu ciri yang buruk.”

“Dua pertuduhan itu dilakukan kurang daripada 7 bulan, kau telah menyebabkan kerosakan dengan pemanduan kau dan kau telah memandu denga cara menakutkan dan melebihi had laju di lebuhraya.”

Ini bukan kali pertama pemain midfield England itu melanggar peraturan dan menjadi topik hangat yang disiarkan di dada media.

Pada musim panas tahun 2015 lalu, tersebar gambar beliau sedang bercuti sambil mabuk teruk di tepi jalan.

Grealish turut pernah dikecam teruk di Ireland selepas menukar kewarganegaraannya kepada England. Sedangkan ketika kanak-kanak beliau adalah pemain kebangsaan untuk Ireland.

BACA:  Rangkuman Aksi Grealish Bertemu Spurs Membuktikan Beliau Masih Ada Kualiti Tersendiri