Jack Grealish Dihentam Kerana Mahu Bergaduh Dengan Ochoa Yang Sekadar Mahu Membantunya

Bintang Manchester City, Jack Grealish mencetus sensasi di internet selepas beliau dilihat mencari gaduh dengan penjaga gol legenda Mexico, Guillermo Ochoa ketika aksi perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Houston.

Bintang England itu dikritik teruk oleh para peminat kerana menunjukkan sikap panas baran yang tak kena tempat.

Manchester City melalui aksi babak pertama yang agak hambar dan para pemain juga dilihat tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Kevin De Bruyne membuka tirai jaringan dalam perlawanan yang dilangsungkan di NRG Stadium itu menerusi rembatan jarak jauh yang sungguh luar biasa dasyat.

Henry Martin menyamakan kedudukan untuk kelab Amerika itu pada minit ke-43 permainan, namun De Bruyne yang berjaya membantu Man City untuk memenangi gelaran Premier League keempat mereka dalam tempoh lima tahun.

Beliau pada musim lalu berjaya menjaringkan 15 gol dan mencatatkan lapan assists dan beliau turut menjaringkan gol kemenangan City ketika menewaskan kelab dari Amerika Syarikat itu.

Apa yang paling mencuri perhatian dari perlawanan ini adalah aksi yang mana Jack Grealish mencari gaduh dengan penjaga gol legenda Mexico, yang ketika itu hanya mahu menunjukkan semangat kesukanan dengan membantu beliau.

Niat baik Ochoa disalah ertikan oleh Jack Grealish yang kemudiannya mengamuk-ngamuk memarahi bintang Mexico itu.

Pada minit ke-27 permainan, Grealish berlaga teruk dengan Ochoa dan sebaik melihat bintang England itu jatuh, penjaga gol berusia 37 tahun itu kemudiannya mencuba untuk membangunkan bintang Man City itu.

Namun usaha Ochoa telah disalah ertikan dengan Grealish menganggap beliau sebenarnya mahu mencari gaduh dan bekas bintang Aston Villa itu menunjukkan tindak balas yang lebih aggresif.

Para peminat menghentam Grealish kerana tidak menghormati semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penjaga gol tersebut, dan menganggap beliau sebagai pemain yang biadap.

Grealish juga turut terlibat dengan satu lagi insiden pergaduhan pada aksi babak kedua permainan, dengan kali ini beliau bergaduh dengan pemain pertahanan, Bruno Valdez.

Pemain centre back dari Paraguay itu merempuh pemain midfield Man City itu dengan satu rempuhan yang sangat keras.

Jelas sekali Jack Grealish tidak gembira langsung dengan hal tersebut dan beliau turut menunjukkan reaksi panas mahu bergaduh dengan pemain pertahanan itu.

Selain dari isu-isu panas itu, para penyokong jelas sekali sangat gembira menyaksikan perlawanan yang memperlihatkan Man City mencatatkan kemenangan pertama mereka ketika sesi jelajah Amerika Syarikat.

Pep Guardiola juga turut berpuas hati dengan kemenangan pada malam Rabu itu dan selepas wisel penamat dibunyikan, beliau mendedahkan yang kebanjiran penyokong di Stadium jelas membuktikan yang City kini semakin diterima peminat.

“Ia satu kebanggaan.”

Jelas Pep Guardiola.

“Kami juga sangat bangga. Ketika kami sampai sini sekitar lima, enam tahun lalu dan kami kalah kepada United, memang ada beberapa orang sahaja penyokong yang memakai jersi biru di situ.”

“Kami sangat gembira untuk melihat mereka dan perlawanan itu berlangsung dengan sangat baik.”

Kenyataan dari Pep Guardiola itu sepertinya sangat masuk akal kerana jelas sekali ramai penyokong Man City yang hadir di stadium untuk menonton perlawanan tersebut.

Ia menunjukkan yang Man City kini sudah semakin diterima oleh peminat dan Pep Guardiola jelas sekali sangat berharap aura dan suasana yang sama boleh dilihat di Etihad nanti.

Para peminat turut berpuas hati melihat persembahan yang ditunjukkan oleh skuad Man City dan berharap agar mereka akan memenangi lebih banyak kejuaraan selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mourinho Mungkin Cantas City Untuk Dapatkan Alexis Sanchez