Jack Wilshere Kembali Sertai Pasukan Kebangsaan England Selepas 2 Tahun Dipinggirkan

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere akan kembali dipanggil untuk mengganggotai pasukan kebangsaan yang bakal menghadapi perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Itali.

Pemain berusia 26 tahun ini tidak pernah mendapat panggilan Gareth Southgate sejak kali terakhir bermain untuk England pada kejohanan Euro 2016, dimana perlawanan terkahirnya adalah ketika mereka tewas mengejut di tangan Iceland.

Jack Wilshere, bukan Jack Wheel-chair

Kecederaan menjadi punca utama mengapa Wilshere tidak dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan beberapa tahun kebelakangan ini. Walaubagaimanapun, keputusan beliau untuk menyertai Bournemouth musim lepas berjaya mengembalikan kecergasan beliau dan Wilshere berjaya mengekalkan tahap kecergasan yang sama ketika beraksi untuk Arsenal musim ini.

Wilshere hampir pasti akan mendapat panggilan Southgate memandangkan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane terpaksa diketepikan kerana kecederaan yang dialami beliau ketika perlawanan menentang Bournemouth hujung minggu lalu. Kane dilaporkan terpaksa berehat sekurang-kurangnya sebulan kerana kerosakan ligamen pada bahagian kaki kanan beliau.

Walaupun kecewa dengan kecederaan yang dialaminya itu, penyerang utama England ini menegaskan kecederaan ini tidak akan mengganggu persediaan beliau untuk beraksi di Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Russia.

“Kecewa kerana tidak akan dapat beraksi sehingga bulan hadapan tetapi kecederaan merupakan sebahagian daripada bolasepak. Saya akan melakukan segala-galanya untuk kembali beraksi secepat mungkin.” ujar Harry Kane melalui laman rasmi Twitter beliau.

Jangan risau, aku akan kembali. Takkan nak tengok Welbeck ganti tempat aku

Walaupun bakal turun menghadapi Itali dan Belanda tanpa khidmat Kane, Southgate mampu menarik nafas lega kerana masih mempunyai beberapa pilihan di barisan serangan seperti Marcus Rashford dan Jamie Vardy. Rashford misalnya kembali mendapat sentuhan selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu United menewaskan Liverpool tempoh hari.

Terdapat beberapa pemain yang bakal mendapat panggil antarabangsa buat pertama kali antaranya adalah Callum Wilson, Glenn Murray, dan Ashley Barnes. Memandangkan kelibat Joe Hart dalam kesebelasan utama semakin berkurang musim ini, terdapat desakan terhadap Southgate untuk memanggil penjaga gol Burnley, Nick Pope yang menunjukkan prestasi yang cemerlang musim ini.

Dalam perkembangan lain, pihak FA England menegaskan mereka kekal dengan pendirian untuk menyertai Piala Dunia Russia musim panas ini walaupun berlaku ketegangan hubungan politik di antara United Kingdom dan Russia. Ketegangan ini berlaku apabila bekas ejen Russia dan anaknya yang kini menetap di England didapati telah diracun dan kini dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital.

Mission Impossible in real life. Bekas ejen Russia dan anak perempuannya kini kritikal di hospital kerana diracun

Perdana Menteri United Kingdom, Therese May berkata barisan kepimpinan kerajaaan dan ahli keluarga diraja tidak akan menghadiri temasya bolasepak terbesar di dunia itu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap tindak balas daripada kerajaan Russia.

Walaubagaimanapun, Therese May tidak menghalang skuad kebangsaan England dari menyertai kejohanan tersebut dan segala keputusan terletak di tangan pihak FA.

BACA:  Croatia Tidak Akan Berlutut Sebelum Perlawanan Menentang England