Jadon Sancho Dikatakan Sudah Tidak Ada Hati Untuk Bersama Dortmund

Jadon Sancho dilaporkan bakal diketepikan dalam perlawanan saingan Bundesliga untuk Borussia Dortmund musim ini kerana merasakan beliau sudah tidak ada hati untuk bersama pasukan.

Dortmund bertemu RB Leipzig pada Sabtu petang dan Jadon Sancho cuma duduk dibangku simpanan memerhatikan anak-anak buah Lucien Favre beraksi di atas padang.

Salah seorang journalist dari Jerman, Heiko Wasser mendedahkan bahawa pemain kebangsaan England itu mungkin sudah tidak mempunyai hati untuk kekal di Dortmund dan mahu keluar bersama Manchester United.

Ciapan tersebut menyatakan:

“Jadon Sancho yang duduk di bangku simpanan itu pada awalnya sangat ok, kepalanya sudah memikirkan tentang Manchester United.”

Wasser kemudian memuat naik beberapa lagi status di laman twitter selepas tamat perlawanan dan menjelaskan bahawa dirinya juga merupakan salah seorang peminat pasukan Borussia Dortmund yang berhadap bintang berusia 20 tahun itu tidak keluar.

Keputusan pengurus meletakkan Sancho dibangku simpanan agak mengejutkan dengan beliau telah terlepas tiga perlawanan awal sejak saingan Bundesliga bermula semula.

Ketika beliau kembali sebagai pemain utama untuk pasukan, Jadon Sancho berjaya menjaringkan Hat-Trick sewaktu pasukannya menewaskan Paderborn 6-1.

Perlawanan pada hari Sabtu itu menjadi milik Erling Haaland, dengan pemain kebangsaan Norway itu berjaya menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

Manchester United sering dikaitkan dengan perpindahan Sancho ke Old Trafford dan pemain kebangsaan England itu juga menunjukkan minat untuk menyertai setan merah pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Setakat ini hanya Chelsea sahaja yang sudah membuat dua penandatanganan besar yang melibatkan Timo Werner dan Hakim Ziyech, pasukan lain di premier league masih belum menandatangani mana-mana pemain untuk jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United selain memburu Jadon Sancho, mereka turut merisik Ansu Fati dari Barcelona dan Kai Havertz dari Bayern Leverkusen.

Namun sepertinya hanya Jadon Sancho sahaja yang mempunyai potensi untuk menandatangani perjanjian bersama setan merah memandangkan dua pemain lagi tidak menunjukkan minat untuk ke Old Trafford.

Borussia Dortmund secara terang-terangan menyatakan bahawa mereka tidak mahu melepaskan Sancho tetapi sekiranya pemain itu mahu keluar mereka akan mengizinkan.

Namun sehingga kini masih belum ada mana-mana pasukan yang tampil mahu berunding secara serius berkaitan perpindahan Jadon Sancho.

BACA:  Maguire Dan Rashford Rayu Sancho Lupakan Ego Dan Minta Maaf Kepada Ten Hag