Jadon Sancho Kembali Berlatih Bersama Manchester United

Jadon Sancho kini telah kembali berlatih bersama pasukan utama Manchester United selepas lama menyepikan diri dari sebarang aksi dan latihan di Carrington atas alasan peribadi.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak bermain untuk Manchester United sejak masuk sebagai pemain gantian ketika seri 1-1 menentang Chelsea pada Oktober 2022.

Dia kembali ke Carrington minggu lalu sebagai sebahagian daripada rancangan latihan peribadinya yang telah dipersetujui dengan kelabnya pada November.

Pengurus Manchester United Erik ten Hag dan Sancho berpendapat adalah lebih baik untuk menetapkan semula daripada persekitaran latihan sehari-hari di tempat latihan United, Carrington.

Ketika rakan sepasukan mewakili negara masing-masing di Piala Dunia Qatar 2022, Sancho telah berangkat pergi ke Belanda dan menjalani program latihan individu dengan jurulatih yang pernah bekerja dengan Ten Hag sebelum ini.

Sancho tidak dibuang atau digugurkan daripada skuad, tetapi pengurus United bertindak setelah melihat prestasinya semakin menurun. Ten Hag telah menggugurkan beberapa pemain musim ini dan hampir semua keputusan dilakukan tepat.

Menjelaskan kehilangan Sacho pada awal Disember lalu, Ten Hag berkata:

“Mula-mula kami tidak melihatnya dalam perlawanan terakhir untuk United, jadi dia tidak berada dalam status yang betul, tidak dalam keadaan kecergasan yang betul, jadi sekarang dia ikuti program individu dan kami mahu dia menamatkan program itu dan semoga, kami berjumpa dengannya kembali tidak lama lagi.”

Ditanya mengapa Sancho tidak berada di kem latihan United di Sepanyol pada bulan Disember, Ten Hag berkata:

“Dia tidak cukup cergas. Kadang-kadang ada keadaan dengan kecergasan dan mood. Sekarang dia dalam program fizikal dan matlamat kami adalah untuk mendapatkannya kembali secepat mungkin.”

“Dia bagus (pramusim) tetapi juga ketika liga bermula dia bermain beberapa perlawanan yang bagus seperti Liverpool, Leicester dan Arsenal.” kata Ten Hag.

“Selepas itu kami mendapati terjadi penurunan tahap prestasi dan apa yang berlaku kadangkala anda tidak tahu mengapa atau apa yang menyebabkannya. Itulah yang kami lakukan sekarang, cuba menyelidik dan kini kami cuba membawanya kembali ke sana. Ia adalah gabungan fizikal tetapi juga mental.”

Dalam jelajah Sepanyol itu juga, Ten Hag ditanya bila dia menyedari terdapat masalah dengan keadaan Sancho.

“Kebanyakan masa ia datang perlahan-lahan. Dalam jelajah dia bermain dengan sangat baik, permulaan liga dia bermain dengan sangat baik, selepas rehat prestasinya lebih rendah.”

“Mula-mula anda memerhati tetapi kemudian juga statistik menyokongnya dan pada permulaan musim dia mempunyai gol dan bantuan serta detik-detik penting dan aksi pentingnya dan ia semakin berkurangan.”

Pada bulan Disember, Ten Hag menyimpulkan pemikirannya tentang Sancho dengan berkata:

“Kami mahu membawanya kembali secepat mungkin, tetapi saya tidak dapat memberikan ramalan bila itu akan berlaku.”

Jadon Sancho telah hilang secara misteri tanpa sebarang kecederaan fizikal dan lebih lama dari jangkaan ramai walaupun Erik Ten Hag berharap dia akan kembali secepat mungkin.

Kini Sancho sudah kembali berlatih dan tiada waktu yang pasti bila dia akan kembali bermain dan kehadiran Sancho pasti sangat diharapkan Ten Hag yang akan dapat memiliki kekuatan tambahan.

Sejak menyertai Manchester United, Jadon Sancho bukan lagi Jadon Sacho seperti dunia kenali ketika di Borussia Dortmund di mana prestasinya merosot teruk walaupun ada detik-detik yang padu.

Konsistensinya hilang dan tempat di skuad England juga telah hilang. Adakah Sancho akan kembali padu ketika rakan-rakan yang lain sudah meningkatkan keupayaan masing-masing?

BACA:  Jadon Sancho Dikatakan Sudah Tidak Ada Hati Untuk Bersama Dortmund