Jadon Sancho Memberi Hint Akan Sertai Manchester United

Peminat setan merah yakin Jadon Sancho telah memberi tanda-tanda positive bahawa beliau akan menyertai United.

Ketika Sancho sedang membuat siaran langsung di laman Instagram miliknya, para penyokong setan merah cuba memujuk beliau untuk sertai United.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Sancho dikatakan menunjukkan tanda-tanda positive bahawa beliau bakal sertai pasukan itu musim hadapan.

Pemain sayap Borussia Dortmund itu merupakan sasaran utama pasukan setan merah untuk jendela perpindahan musim panas nanti.

United sanggup untuk melaburkan £100 juta bagi mendapatkan khidmat dari pemain muda itu.

Sancho membuat siaran langsung di laman Instagram beliau isnin lalu ketika sedang bermain permainan video bersama pemain muda Tottenham, Ryan Sessegnon.

Salah seorang peminat setan merah masuk meninggalkan komen bertulis:

“Abaikan saya sekiranya kamu bakal menyertai United”.

Sancho membaca komen itu sambil ketawa dan menjawab:

“Semua orang duduk rumah!”

Para peminat setan merah mula menjalankan siasatan dan mereka yakin bahawa Sancho akan sertai United musim hadapan.

Hasil siasatan dari peminat setan merah, mereka mendapati ada pemain dari pasukan United yang turut menonton siaran langsung itu.

Timothy Fosu Mensah dan Angle Gomes antara yang menonton siaran langsung dari Sancho itu.

Wira terulung United, Jesse Lingard turut dikaitkan dalam siasatan mereka apabila Sancho membuat panggilan video bersama rakan sepasukannya di England itu.

Setelah melihat kejadian itu, para peminat setan merah telah mengangkat darjat Lingard menjadi ejen rahsia mereka untuk memancing Sancho.

“Tambahkan Kontrak Lingard supaya boleh menarik Sancho “

“Segala dosa Lingard akan diampunkan sekiranya beliau berjaya meyakinkan Sancho.”

“Kamu sebenarnya hebat Lingard, kami sayang kamu”

“Jangan tinggalkan United Lingard, nanti Sancho sunyi”

Begitulah kata-kata semangat dari netizen United yang mahu Lingard menjalankan misi itu.

Sancho merupakan pemain yang menarik minat banyak pasukan terutama dari saingan premier league.

Beliau mempamerkan aksi cukup mantap sepanjang bersama Dortmund dan kerana itulah beliau menjadi rebutan ramai.

Beliau telah menjaringkan 14 gol dan 16 bantuan gol dari 23 perlawanan di Bundesliga musim ini.

Beliau antara tonggak utama membantu Dortmund memberi saingan sengit kepada Bayern untuk merebut kejuaraan Bundesliga.

BACA:  Maguire Dan Rashford Rayu Sancho Lupakan Ego Dan Minta Maaf Kepada Ten Hag