Jadual Pasukan Bola Sepak Malaysia Di Sukan SEA 2019

Senarai akhir 20 pemain yang akan menggalas cabaran pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun untuk saingan Sukan SEA 2019 Filipina telah diumumkan oleh jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee.

Pemain berdarah Malaysia sensasi, Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi dengan Kelab Major League Soccer (MLS) Amerika Syarikat, Sporting Kansas City tidak tersenarai kerana masalah dokumentasi tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.

Pemain paling bernilai, Safawi Rasid juga tidak disenaraikan kerana status Safawi Rasid yang terbukti sebagai pemain senior tambahan pula Safawi telah melalui perlawanan yang terlalu banyak musim ini dan kepenatan.

Ada juga yang tidak faham dengan situasi Safawi yang bukan satu isu pun tidak dibawa.

Kumpulan A dan B

Seperti biasa, semua pasukan yang bertanding di Sukan SEA akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan A bersama Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.

Kumpulan A : Myanmar, Filipina, Timor Leste dan Kemboja.
Kumpulan B : Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Jadual perlawanan Malaysia yang semuanya berlangsung di di Stadium Memorial Rizal, Manila :

Isnin, 25 November 2019 – Malaysia vs Myanmar

Jumaat, 29 November 2019 – Malaysia vs Filipina

Isnin, 2 Disember 2019 – Malaysia vs Timor Leste

Rabu, 4 Disember 2019 – Malaysia vs Kemboja

Ini merupakan temasya Sukan SEA kelima berturut skuad Malaysia dibimbing oleh Kim Swee, 49, selepas edisi 2011 di Indonesia, 2013 di Myanmar, 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan kali ini 2019 di Filipina.

Senarai Akhir 20 Pemain Malaysia ke Sukan SEA 2019

Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 20 pemain yang terpilih selepas hadir ke kem latihan pusat skuad B-22 kebangsaan di Kelana jaya yang dikendalikan Datuk Ong Kim Swee.

Kem latihan pusat membabitkan pasukan Malaysia B-22 dibuat bagi memilih pemain untuk menghadapi Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.fam

Daripada 32 pemain yang dipanggil hanya 20 pemain sahaja akan dipilih bagi menggalas tanggungjawab negara dalam misi membawa pulang ibu segala pingat di Sukan SEA sebelum terbang ke Manila pada Sabtu (23 November 2019).

Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain terpilih.

Senarai 20 pemain Malaysia ke Sukan SEA 2019

Tujuh daripada pemain di atas adalah dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur iaitu :

1. Haziq Nadzli – Johor Darul Ta’zim (JDT)
2. Syamer Kutty Abba – Johor Darul Ta’zim (JDT)
3. Akhyar Rashid – Johor Darul Ta’zim (JDT)
4. Adam Nor Azlin – Johor Darul Ta’zim (JDT)
5. Danial Amier Norhisham – Felda United FC
6. Irfan Zakaria – Kuala Lumpur
7. Syahmi Safari – Selangor

Ong Kim Swee turut menyenaraikan dua pemain yang melebihi umur untuk Sukan SEA dibawah kuota lebih umur iaitu :

1. Irfan Zakaria, 24 – Kuala Lumpur
2. Adam Nor Azlin, 23 – Johor Darul Ta’zim (JDT)

Apa yang menarik dalam senarai ini adalah 3 pemain daripada skuad Akademi Mokhtar Dahari(AMD) turut tersenarai dan mereka bertiga berumur 17 tahun.

1. Luqman Hakim Shamsudin – AMD B-17
2. Harith Haiqal Adam Afkar – AMD B-17
3. Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan – AMD B-17

Baca Juga

Baca Juga