Jadual Perlawanan Malaysia Di Hoki Piala Dunia Lelaki 2023

Hoki Piala Dunia

Kejohanan FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela akan dilangsung di India selaku tuan rumah bermula 13 hingga 29 Januari 2023 bagi edisi ke-15.

Malaysia Speedy Tigers berjaya melayakkan diri buat kali ketiga secara berturut-turut dan ini merupakan penyertaan ke-9 Malaysia sejak Hoki Piala Dunia ini diperkenalkan pada tahun 1971.

Pada FIH Hoki Piala Dunia Lelaki 2018 yang lalu Malaysia sekadar menamatkan saingan di tangga ke-15 dan pencapaian terbaik adalah pada 1975 di edisi yang ketiga dengan meraih tempat ke-4 ketika menjadi tuan rumah.

Disepanjang 14 edisi sejak 1971 sehingga 2018 sebanyak 26 pasukan telah menyertai melibatkan 605 perlawanan telah berlangsung dengan 2433 jaringan telah dihasilakan di mana Malaysia telah menjaringkan 74 gol.

Dalam 15 edisi FIH Hoki Piala Dunia Lelaki Malaysia telah melayakkan diri sebanyak 9 kali dan telah dua kali menjadi tuan rumah pada tahun 1975 dan 2002.

1971 – Tidak Layak
1973 – Tempat ke-11
1975 – Tempat ke-4
1978 – Tempat ke-10
1982 – Tempat ke-10
1986 – Tidak Layak
1990 – Tidak Layak
1994 – Tidak Layak
1998 – Tempat ke-11
2002 – Tempat ke-8
2006 – Tidak Layak
2010 – Tidak Layak
2014 – Tempat ke-12
2018 – Tempat ke-15
2023 – TBD

Pool

Sebanyak empat pool atau kumpulan telah dibahagikan dan setiap pool pula dihuni oleh empat pasukan dan bagi FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela ini Malaysia berada di Pool C bersama Chile, New Zealand dan Belanda.

Pool A

1. Argentina (Ranking – 7)
2. Australia (Ranking – 1)
3. Perancis (Ranking – 12)
4. Afrika Selatan (Ranking – 14)

Pool B

1. Belgium (Ranking – 2)
2. Jerman (Ranking – 4)
3. Jepun (Ranking – 16)
4. Korea Selatan (Ranking – 10)

Pool C

1. Chile (Ranking – 22)
2. Malaysia (Ranking – 11)
3. Belanda (Ranking – 3)
4. New Zealand (Ranking – 9)

Pool D

1. England (Ranking – 5)
2. India (Ranking – 6)
3. Sepanyol (Ranking – 8)
4. Wales (Ranking – 15)

Jadual Perlawanan Malaysia

Berikut merupakan jadual perlawanan Speedy Tigers bagi aksi peringkat Kumpulan C FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela:

1. Sabtu, 14 Jan 2023 – Belanda vs Malaysia (5:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

2. Isnin, 16 Jan 2023 – Malaysia vs Chile (3:30 Petang), Stadium Hoki Birsa Munda – Rourkela

3. Khamis, 19 Jan 2023 – Malaysia vs New Zealand (3:30 Petang), Stadium Hoki Kalinga – Bhubaneswar

Senarai Juara Hoki Piala Dunia

Hoki Piala Dunia pertama kali diilhamkan oleh Marshal Udara dari Pakistan, Nur Khan. Dia mencadangkan ideanya kepada Perseketuan Hoki Antarabangsa (FIH) melalui Patrick Rowley, editor pertama majalah Hoki Dunia.

Idea mereka telah diluluskan pada 26 Oktober 1969 dan diterima pakai oleh Majlis FIH pada mesyuarat di Brussels pada 12 April 1970. FIH memutuskan bahawa Piala Dunia sulung diadakan pada Oktober 1971, di Pakistan.

Pergolakan politik telah menjadi batu penghalang untuk Pakistan menjadi tuan rumah pertama di mana FIH secara tidak sengaja telah menjadualkan Piala Dunia pertama dimainkan di Pakistan semasa Perang Pembebasan Bangladesh.

Tambahan pula, Pakistan dan India telah terlibat dalam peperangan hanya enam tahun sebelumnya. Apabila Pakistan menjemput India untuk bertanding dalam kejohanan itu, krisis timbul.

Warga Pakistan, yang diketuai oleh pemain kriket Abdul Hafeez Kardar telah membantah penyertaan India dalam Hoki Piala Dunia.

Pakistan telah menjadi pasukan yang paling berjaya dalam sejarah Hoki Piala Dunia, dengan meraih empat kejuaraan dari enam penampilan di perlawanan akhir. Belanda mengekori rapat dengan tiga gelaran daripada lima penampilan di perlawanan akhir.

Pasukan nombor satu dunia ketika ini Australia juga meraih kejuaraan sebanyak tiga kali dengan kemenangan berganda pada 2010 dan 2014, Jerman pula muncul juara sebanyak dua kali diikuti India dan juara bertahan Belgium masing-masing sekali.

Memandangkan iklim politik yang membara antara Pakistan dan India, FIH memutuskan untuk memindahkan kejohanan itu ke tempat lain dan FIH memutuskan untuk memindahkan Hoki Piala Dunia pertama ke padang Real Club de Polo di Barcelona, Sepanyol.

Senarai juara Hoki Piala Dunia 1971 sehingga 2023:

1971 – Pakistan
1973 – Belanda
1975 – India
1978 – Pakistan
1982 – Pakistan
1986 – Australia
1990 – Belanda
1994 – Pakistan
1998 – Belanda
2002 – Jerman
2006 – Jerman
2010 – Australia
2014 – Australia
2018 – Bergium
2023 – TBD

Trofi Hoki Piala Dunia

Trofi Hoki Piala Dunia direka oleh Bashir Moojid dan dicipta oleh Tentera Pakistan. Pada 27 Mac 1971, di Brussels, trofi itu secara rasmi diserahkan kepada Presiden FIH Rene Frank oleh Encik H.E Masood, Duta Besar Pakistan ke Belgium.

Trofi itu terdiri daripada cawan perak dengan reka bentuk bunga yang rumit, diatasnya adalah glob dunia dalam warna perak dan emas, diletakkan di atas tapak bilah tinggi bertatahkan gading. Di puncak trofi ialah kayu hoki dan bola.

Tanpa tapaknya, trofi itu setinggi 120.85 mm (4.758 in). Termasuk tapak, trofi berdiri setinggi 650 mm (26 in). Ia mempunyai berat 11,560 g (408 oz), termasuk 895 g (31.6 oz) emas, 6,815 g (240.4 oz) perak, 350 g (12 oz) gading dan 3,500 g (120 oz) jati.

Senarai 20 Pemain Malaysia

Skuad negara telah pun berlepas ke Bhubaneswar, India, pada Jumaat – 06 Januari 2023, jam 5.00 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dan inilah senarai 20 pemain Speedy Tigers yang bakal membawa cabaran di FIH Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela:

Penjaga Gol

1. Muhammad Hafizuddin Othman, 85 Caps
2. Adrian Andy Albert, 10 Caps

Pertahanan

3. Muhammad Razie Abd Rahim, 306 Caps
4. Muhammad Marhan Mohd Jalil, 278 Caps
5. Muhammad Najmi Farizal Jazlan, 102 Caps
6. Zulpidaus Mizun, 26 Caps
7. Muhammad Aminuddin Mohd Zain, 11 Caps
8. Muhammad Amirul Hamizan Azahar, 11 Caps

Tengah

9. Meor Muhammad Azuan Hassan, 174 Caps
10. Faiz Helmi Jali, 191 Caps
11. Muhammad Firhan Ashaari, 186 Caps
12. Mohamad Ashran Hamsani, 50 Caps
13. Muhammad Najib Abu Hassan, 51 Caps

Penyerang

14. Faizal Saari, 266 Caps
15. Muhammad Shahril Saabah, 148 Caps
16. Norsyafiq Sumantri, 86 Caps
17. Muhamad Ramadan Rosli, 92 Caps
18. Shello Silverius, 20 Caps
19. Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, 12 Caps (Pemain Simpanan)
20. Shahmie Irfan Suhaimi, 0 Caps (Pemain Simpanan)

BACA:  Hoki Piala Dunia 2023: Malaysia 3-2 Chile