Piala AFF 2018 disingkatkan kepada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2018 telah memasuki edisi yang kedua belas merupakan sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada awal penganjurannya dikenali sebagai Piala Tiger dan kini dikenali sebagai Piala Suzuki kerana pertukaran penaja.
Syarikat Tiger Beer di Singapura merupakan penaja utama kejohanan ini sehinggalah 2005. Kejohanan ini kemudian dinamakan semula sebagai Kejohanan Bola Sepak ASEAN pada 2007.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos bagi Piala Suzuki AFF 2018 yang dijadualkan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember.

Ini pula Jadual yang membabitkan pasukan Malaysia.

Peringkat Kumpulan
8 November 2018 – Khamis : Kemboja vs Malaysia
12 November 2018 – Isnin : Malaysia vs Laos
16 November 2018 – Jumaat : Vietnam vs Malaysia
24 November 2018 – Sabtu : Malaysia vs Myanmar
Separuh akhir
Separuh akhir pertama – Sabtu dan Ahad : 1 dan 2 Disember 2018
Separuh akhir kedua – Rabu dan Khamis : 5 dan 6 Disember 2018
Akhir
Akhir pertama – Selasa : 11 Disember 2018
Akhir kedua – Sabtu : 15 Disember 2018
Pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2018 masih menampilkan 10 negara bertanding yang terdiri daripada dua kumpulan. Sebanyak sembilan negara yang layak secara automatik dan 2 lagi terpaksa bermain di kelayakan.
Piala Suzuki AFF 2018 tampil dengan format baharu saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama yang menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.
Siaran Langsung Di RTM
Radio dan Televisyen Malaysia(RTM) akan menyiarkan semua perlawanan secara langsung di kaca televisyen dan atas talian secara percuma kepada saudari-saudara sekalian makhluk.
Siaran langsung kemboja vs malaysia pada 8 november 2018 (khamis) bermula jam 7 malam di saluran tv2 – siaran ulangan pada 9 november 2018 (jumaat) bermula jam 2 pagi di saluran tv1.

Siaran langsung laos vs vietnam pada 8 november 2018 (khamis) bermula jam 8.30 malam di saluran rtm sports hd (my free view tv channel 111) – siaran ulangan pada 9 november 2018 (jumaat) bermula jam 12 tgh malam di saluran tv1.
Kiranya hari game kau tengok kat RTM jela.
Tiket Perlawanan
Selain jualan tiket secara online, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil inisiatif tambahan untuk bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports bagi membolehkan para penyokong Harimau Malaya membeli tiket perlawanan Piala Suzuki AFF 2018 lebih awal di 20 cawangan terpilih rangkaian gedung barangan sukan terkemuka berkenaan bermula, 25 Oktober 2018 lalu.
Harga Tiket
Harga tiket bagi setiap perlawanan tersebut adalah
1. Grandstand – RM30
2. Terbuka – RM20
3. Kanak-kanak – RM5
Kalau kau malas nak beli secara atas talian dan malas beli di stadium korang boleh beli dekat Al-Ikhsan.
Berikut adalah senarai 20 cawangan terpilih sekitar Lembah Klang yang akan memulakan penjualan tiket berkenaan (terhad kepada 5 tiket bagi setiap pembelian)
1. MyTOWN, Jalan Cochrane
2. Taman Dagang, Ampang
3. AEON Rawang
4. Batu Tiga, Shah Alam
5. NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan
6. Kuala Selangor
7. Jejantas Sungai Buloh
8. AEON Shah Alam
9. Plaza Alam Sentral, Shah Alam
10. Melawati Mall, Taman Melawati
11. Setapak Central
12. Sunway Putra Mall
13. Megastore Bangi, Bandar Baru Bangi
14. Alamanda, Putrajaya
15. IOI City Mall, Putrajaya
16. Sunway Pyramid
17. The Curve, Mutiara Damansara
18. AEON Bukit Tinggi, Klang
19. Selayang Mall
20. Football Republic, KLCC