Jaguh olimpik dan perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps telahpun memenangi pingat emas ke-19 buat dirinya sendiri! Kagum! Pagi tadi Phelps telah membantu pasukan renang Amerika Syarikat memenangi pingat emas dalam acara 4x100m kuak bebas, mengatasi saingan Perancis dan Australia masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Lebih manis lagi, pingat emas ini adalah yang pertama buat Phelps,31 tahun, setelah mendapat anak.
Apa rahsia Phelps dan rakan-rakan?
Tentunya latihan dan kerja keras tanpa henti menjadi rahsia utama buat mereka. Tetapi, kalau perasan nampak tak tompokan merah di belakang Phelps dan rakan-rakan?
Ya, Phelps berbekam.

Tak dapat dipastikan siapa guru bekam Phelps, sama ada melayu atau mat saleh, namun bagi mereka, berbekam akan melancarkan perjalanan darah dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka di arena.
Selain Phelps, beberapa atlet lain juga turut berbekam. Salah seorang darinya ialah :
Natalie Coughlin – Perenang Amerika
Dengan bocornya rahsia ini, diharapkan para penggiat sukan tanah air akan lebih memandang serius rawatan bekam ini, tambahan pula di Malaysia agak mudah untuk mendapatkan khidmat tersebut.
Selamat maju jaya.
Sumber berita : Business Insider