Jake Paul Jatuh Miskin Kerana Cryptocurrency

Jake Paul kini jatuh miskin menurut abangnya, Logan selepas beliau menghabiskan duit untuk melabur dalam cryptocurrency.

YouTuber bermasalah yang berubah menjadi petarung tinju itu berjaya mengaut keuntungan bernilai $36 juta tahun lalu hasil dari pertarungan beliau bersama beberapa petarung lain.

$36 juta itu hanya dari pendapatan beliau bertarung sahaja dan ia tidak dicampur dengan pendapatan lain beliau.

Mungkin kerana mahu menambah lagi sumber pendapatannya, beliau memutuskan untuk melabur dalam mata wang digital.

Memandangkan pasaran mata wang digital jatuh teruk, dengan Bitcoin jatuh sebanyak 25 peratus dan ia merupakan nilai terendah sejak 18 bulan yang lalu.

Keadaan pasaran yang parah menyaksikan Bitcoin dan Clesius menghentikan seketika semua pengeluaran awal pada awal minggu baru-baru ini.

Coinbase juga turut mengumumkan yang mereka terpaksa memberhentikan 18 peratus pekerja yang ada atas alasan keadaan semasa pasaran crypto.

Terbaru, Logan Paul tampil mendedahkan yang adiknya Jake Paul ketika ini jatuh miskin dek kerana kebodohannya tidak pandai mengurus kewangan dengan baik.

Logan awalnya bercerita tentang karier tinju Jake dan beliau turut ditanya tentang duit yang dimenangi oleh Jake sejak beberapa tahun kebangsaan ini.

Logan Paul kemudiannya menjawab:

“Tiada apa-apa, dia letakkan semua sekali dalam crypto! Dia miskin!”

Jake baru-baru ini turut meluahkan kemarahan beliau terhadap kepimpinan pemimpin Amerika Syarikat, Joe Biden yang dianggap sebagai perosak ekonomi negaranya.

Antara hal yang beliau bangkitkan adalah hal berkait kejatuhan pasaran crypto, namun begitu hal itu sebenarnya tak ada kaitan sama sekali dengan Biden.

Cryptocurrency merupakan pasaran yang unregulated dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak terutama ahli politik.

Walau bagaimanapun juga, Jake Paul tidak memperdulikan hal itu dengan beliau terus menerus meluahkan kemarahannya kepada Presiden Amerika Syarikat itu.

Petinju berusia 25 tahun itu menyatakan bahawa:

“Pencapaian Biden. Nombor satu, harga gas yang tinggi. Nombor dua, inflasi paling teruk. Nombor tiga, harga crypto jatuh merundum. Nombor empat, kadar sewa naik mendadak dan tertinggi dalam sejarah. Nombor lima, mencipta satu bahasa baharu yang sukar untuk difahami.”

“Jika kamu membaca ini dan kamu pengundi Biden dan kamu masih belum menyesal tentang itu, maka kamulah masalah sebenar Amerika.”

Jake Paul dijangka akan kembali ke gelanggang pada bulan Ogos nanti dan lawan beliau selepas ini adalah seteru lamanya, Tommy Fury.

Ayah Fury, John baru-baru ini mengesahkan tentang penjadualan perlawanan itu perlu segera dimulakan.

Kedua-dua petarung itu sepatutnya dijadualkan akan bertarung pada Disember lalu, namun Fury terpaksa menarik diri kerana masalah kecederaan.

“Kita sedang melihat pada situasi Jake, tapi perjalanan masih jauh untuk diteruskan.”

Jelas Fury Sr kepada Free Bets.

“Segala hal masih sedang dalam rundingan dan peguam sedang berunding untuk menyelesaikan semuanya secepat mungkin.”

Walau bagaimanapun, Jake Paul mungkin tidak akan jadi papa kedana kerana beliau masih mempunyai asset dan masih mempunyai saluran Youtube yang memberinya pendapatan yang tinggi.

Jelas sekali memandangkan beliau sudah kehilangan banyak duit, maka tidak hairanlah andai Jake Paul akan menganjurkan lebih banyak pertandingan selepas ini.

Sasaran utama beliau jelas sekali petarung-petarung dari UFC kerana perlawanan bertemu mereka akan membantu beliau mendapatkan pulangan yang sangat lumayan.

Jake Paul sebelum ini sangat berminat mahu bertarung dengan Conor McGregor dan beberapa lagi juara dunia UFC yang lain.

Dengan keadaan beliau yang sedang jatuh miskin, para peminat berpotensi untuk menyaksikan Jake Paul akan bertarung sebulan sekali selepas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jake Paul Dedah Beliau Bersahabat Baik Dengan Salah Seorang Bintang Real Madrid