Kelantan menjadi negeri pertama yang menswastakan pengurusan pasukannya ketika zaman semi pro sekitar tahun 1993 melalui perlantikan Syarikat Ringgit Kreatif.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi hak kepada Ringgit Kreatif untuk menguruskan pasukan itu dengan perjanjian selama 5 tahun.
Tahun pertama menyaksikan Kelantan mencatat rekod pasukan mara ke separuh akhir Piala Malaysia melalui ketua jurulatih M.Karathu.
Setahun selepas itu KAFA berselihan faham dengan Ringgit Kreatif sehingga membawa kes ke Mahkamah dan ikatan tersebut terlerai. Kota Darulnaim Sdn Bhd sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (KDSB) menggantikan Ringgit Kreatif.
KDSB hanya bertahan selama 2 tahun dan pada tahun ke-2 Kelantan tersingkir dari Liga Utama dengan menduduki tempat tercorot liga. Koperasi kafa atau lebih dikenali sebagai Co-KAFA menguruskan pasukan pada 1996.
Pada 1997-1998 Nusa Wangsa yang dipengerusikan pengurus pasukan, Suhaidi Yusoff pula membiayai pasukan.
Kejatuhan bola sepak Kelantan yang berlaku pada tahun 2005 amat mengecewakan peminat negeri itu sebelum Tan Sri Annuar Musa menerajui KAFA pada tahun 2007. Serentak dengan kemunculan penyerang import Mamadou Mustapha menjadi pemain calon pemain import terbaik 2018, bola sepak Kelantan mendapat nafas baru.
Dibawah Tan Sri Annuar Musa pengurusan pasukan juga diswastakan melalui TRW Sdn Bhd sehingga tahun 2017 yang dipacu oleh Kevin Ramalingam.
Bibi Ramjani Ilias muncul sebagai Presiden KAFA baharu pada September 2017 dan KAFA menguruskan bola sepak tanpa pengswastaan di bahagian pengurusan.
Pada tahun ini iaitu tahun ke-2 dibawah kepimpinan baharu KAFA bergerak untuk menswastakan kembali pengurusan bola sepaknya.
Pada lewat petang semalam nama Syarikat Kelantan The Red Warrior dilaporkan menjalinkan usaha sama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi menswastakan pengurusan untuk meningkatkan tadbir urus dan meningkatkan bola sepak negeri itu.
Sesuatu yang tidak baru dan sudah difahami bagi seluruh peminat bola sepak di Kelantan berkaitan penswastaan pengurusan melalui satu syarikat. Beberapa orang board of Director akan diwujudkan melibatkan pihak KAFA, KRW Sdn Bhd dan penaja bagi menentukan halatuju perjalanan bola sepak Kelantan.
4 perkara yang harus difahami tentang jalinan usaha sama KAFA-KRW
Umum mengetahui pasukan Kelantan agak bergelut pada musim 2018 dengan pelbagai isu terutama kewangan pasukan sehingga pasukan ini tersingkir ke Liga Perdana. Kesediaan KAFA membuka pintu untuk menjalin usaha sama ini dilihat agak tepat untuk memacu perjalanan pasukan pada musim 2019 dengan labih lancar dan tersusun.
- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membentuk usaha sama dengan Kelantan Red Warrior Sdn Bhd (KRW) bagi mengangkat bola sepak Kelantan ke tahap lebih baik.
- Membangunkan dan membentuk pegurusan yang lebih profesional seperti pengurusan pasukan, pengurusan dana dan penajaan. Meliputi pengurusan pendapatan lain seperti tiket dan jersi.
- Syarikat KRW akan membantu KAFA dalam memastikan kesemua operasi pasukan berjalan dengan lancar.
- Sasaran jalinan usaha sama ini menyasarkan kestabilan kewangan pasukan dan melonjak kembali pasukan ke Liga Super.
Nota: Pandangan peribadi dari penulis