James Milner Pemain Ke-11 Menang Premier League Dengan Dua Kelab Berbeza

Pemain bintang yang diremehkan(underrated), James Milner telah mencipta sejarah tersendiri usai menjulang trofi Premier League bersama pasukan Liverpool yang merupakan sesuatu yang baru bagi Milner.

Musim 2019/20 merupakan kali ketiga Milner menjulang trofi Premier League selepas dua kali menang bersama jiran Manchester United iaitu Manchester City pada musim 2011/12 dan 2013/14.

Milner telah menempatkan dirinya dalam senarai Kelab paling eksklusif bola sepak Inggeris sebagai pemain ke-11 yang meraih gelaran Premier League dengan dua kelab berbeza.

Untuk makluman semua Premier League bukan sahaja liga paling popular malah merupakan liga paling kompetitif dalam dunia ini.

Berikut merupakan 10 lagi pemain yang tersenarai:

1. Riyad Mahrez – Leicester City dan Manchester City

2. Ashley Cole – Arsenal dan Chelsea

3. Kolo Toure – Arsenal dan Manchester City

4. N’Golo Kante – Leicester City dan Chelsea

5. Gael Clichy – Arsenal dan Manchester City

6. Carlos Tevez – Manchester United dan Manchester City

7. Nicolas Anelka – Arsenal dan Chelsea

8. Henning Berg – Blackburn Rovers dan Manchester United

9. Mark Schwarzer – Chelsea dan Leicester City

10. Robert Huth – Chelsea dan Leicester City

11. James Milner – Manchester City dan Liverpool

James Milner merupakan pemain pelbagai guna dan boleh sahaja diletakkan di mana-mana posisi jika terdesak dan ajaibnya beliau tidak pernah mengecewakan.

Nilai tambah yang ada pada Milner amat susah dicari ganti dan komitmen Milner bersama Liverpool merupakan sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.

Buktinya Milner telah muncul sebagai pemain Liverpool paling cergas buat tahun kelima berturut-turut selepas sekembalinya dari cuti musim panas.

Musim 2019/20 tiada beza buat Milner sejak menyertai Liverpool apabila tenang melepas ujian tahunan ‘bleep test’ dan menjadi pemain paling cergas.

Milner bakal berusia 34 tahun Januari ini tiada masalah untuk mengatasi pemain jauh lebih muda seperti Joe Gomez, Alex Oxlade Chamberlain dan Fabinho.

Disiplin yang tinggi serta contoh yang baik ditunjukkan oleh Milner ini nyata disenangi oleh peminat.

BACA:  Klopp Bangga Aksi Seperti Raksasa Bintang Baharu Liverpool