Jamie Carragher Anggap Arsenal Terlalu Lemah Dan Lembik

Arsenal telah berkunjung ke Brentford Community Stadium untuk beraksi bertemu pasukan dari Championship itu dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim 2021/22.

Pasukan yang baru saja dinaikkan untuk beraksi dalam saingan Premier League dari saingan Championship, Brentford berjaya mengejutkan pasukan pelawat dengan kemenangan 2-0.

The Bees turun beraksi buat pertama kalinya dalam kancah saingan liga utama Inggeris sejak 74 tahun lalu dan lebih manis lagi mereka memenangi perlawanan tersebut.

Brentford terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-22 permainan menerusi Sergi Canos.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu berjaya membawa bola masuk ke kotak penalti, sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Bernd Leno.

Brentford kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-73 permainan dek kerana kedunguan barisan pertahanan Arsenal yang terlalu longgar.

Hasil dari lontaran ke dalam dari jarak jauh, Christian Norgaard berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang gol Arsenal.

Jamie Carragher menghentam teruk barisan pertahanan Arsenal dengan menyatakan:

“Bagaimana kamu menilai Arsenal di sana? Ia tetap Arsenal. Lemah, senang dibuli, umpama remaja berlawan dengan budak-budak.”

“Musim baru, kisah yang lama, tidak mampu kawal gol pertama, biarkan bola melantun dengan dua pemain Brentford ada di situ. 2-0.”

Arsenal terpaksa akur dengan kekalahan bertemu Brentford

“Norgaard masuk dari far post, Ben White, Calum Chambers, hilang, saya tak nampak mereka.”

Arsenal awalnya merasakan yang Bernd Leno telah dikasari dan kerana itulah mereka seolah-olah membiarkan Norgaard bergerak bebas di dalam kotak penalti.

Walau bagaimanapun, mereka seharusnya mengawal situasi di dalam kotak penalti dan mengikut isyarat dari pengadil perlawanan, namun para pemain Gunners tidak melakukan itu.

Carragher sebelum ini turut menghentam pimpinan Arsenal kerana menandatangani David Luiz dan bintang Brazil itu juga turut telah membidas kenyataan dari legenda Liverpool itu.

Bercakap di studio Sky Sports, The Overlap, Carragher telah menghentam sporting director Arsenal, Edu kerana menandatangani Luiz.

Beliau mendedahkan bahawa:

“Ketika kamu bercakap tentang Edu sebagai sporting director, dia membawa masuk David Luiz dan Willian, dua pemain buangan dari Chelsea. Saya memang tak boleh fikir, saya tak faham apa dia fikir, keputusan dia salah, ia tak berkesan.”

“Sudah tentu kamu boleh dibenarkan untuk buat silap, tapi buatlah kesilapan yang betul.”

“Kenapa kamu beli pemain buangan Chelsea yang sudah berusia 30 tahun? Dan kemudian kamu berikan tawaran lumayan dan kamu tak dapat apa-apa dari mereka. Itu merupakan kesilapan yang sudah berlaku sebelum kamu putuskan untuk buat. Ia memang bodoh.”

Luiz kemudiannya telah ditanya tentang kritikan dari Carragher dalam satu temu bual bersama Daily Mail.

Dan pemain berusia 34 tahun itu membidas kritikan dari Carragher dengan menyatakan:

“Sangat kelakar bila seseorang ajar tentang cara-cara memenangi Premier League tapi dia sendiri tak pernah menang.”

Luah David Luiz.

Beliau jelas menujukan ke Jamie Carragher kerana legenda Liverpool itu tidak pernah memenangi gelaran Premier League sepanjang kariernya.

“Mereka hanya bersembang dan kata, ‘pemain ini tak sesuai dengan liga ini’, tapi mereka semua lupa yang saya pernah menang liga ini.”

Sambung Luiz lagi.

“Kamu tak boleh kata, ‘David merupakan pemain yang tak pernah menang, kamu tak akan pernah menang apa-apa jika bersama David’. Itu semua tak betul! Kamu perlu luahkan pendapat kamu atas fakta yang betul, bukan sesuatu yang palsu.”

“Saya anggap mereka hanya cetuskan persepsi. Saya tak akan lawan untuk ubah persepsi itu, mereka yang memutuskan untuk ada pandangan seperti itu ke atas saya, itu kehendak mereka.”

“Mereka tak menilai saya dengan betul. Saya tak akan buang masa saya untuk itu.”

“Tapi saya akan selalu kata, saya akan terus berlatih atau bermain, saya sudah melakukan yang terbaik. Saya bermain dengan hati saya. Saya tak pernah cuba lari dari apa-apa. Saya selalu tunjuk muka saya.”

“Saya tiba di England, saya berusia 23 tahun dan saya merupakan pertahanan pertama yang bermain dari belakang, sebelum itu tak ada sesiapa lakukan itu. Saya berbeza dari yang lain. Sesetengah orang tak suka itu. Sekarang, 11 tahun sudah berlalu, semua orang buat.”

Sumber: GMS

BACA:  Oxlade Balas Balik Kritikan Pedas Gary Neville & Thierry Henry Terhadapnya