Jamie Carragher Dan Liam Gallagher Bergaduh Sakan Di Laman Twitter

Liam Gallagher dan Jamie Carragher terlibat dengan pergaduhan hangat di media sosial selepas kejayaan Manchester City menjuarai saingan Premier League musim ini.

Manchester City sah dinobatkan sebagai juara saingan Premier League musim ini pada hari terakhir sebelum tamat saingan musim 2021/22.

Walaupun mereka sudah ketinggalan 2-0 di tangan skuad kendalian Steven Gerrard, namun Man City tetap berjaya comeback menjaringkan tiga gol dalam rempoh enam minit.

Tiga gol itu sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan kepada Manchester City selepas mengatasi Liverpool dengan kelebihan satu mata.

Kemenangan itu juga sudah cukup untuk mengesahkan kejayaan Man City menjulang gelaran Premier League keempat mereka dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

10 tahun selepas Sergio Aguero menjaringkan gol penuh bersejarah yang membantu City menjuarai saingan Premier League pada hari terakhir, mereka kali ini sekali lagi melakukan hal yang hampir sama.

Para penyokong Man City walau ada 10 orang, namun mereka tetap meraikan kejayaan kelab menjuarai saingan Premier League itu dengan sangat meriah.

Ada segelintir penyokong yang berlari masuk ke padang meraikan kejayaan mereka itu, dan peminat di media sosial tak kurang hebatnya turut terlebih beremosi meraikan kejayaan mereka itu.

Pemuzik legenda, Liam Gallagher merupakan antara penyokong Man City yang terlebih beremosi di media sosial hingga menyebabkan beliau bergaduh dengan Jamie Carragher.

Bekas nadi utama Oasis itu merupakan penyokong tegar Manchester City dan kerana itulah beliau bersungguh-sungguh menganjing pasukan lawan di laman twitter.

Tidak dinafikan yang ciapan-ciapan yang dimuat naik olehnya agak keterlaluan dan mengundang kemarahan ramai.

Walau bagaimanapun, selepas puas menyerang Gerrard dan Liverpool, beliau kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada seorang lagi legenda Anfield.

“Apa kata kamu Carra (Jamie Carragher) berserta emoji loceng.”

Jelas sekali penyampai Sky Sports itu tidak gembira dengan hal tersebut dengan beliau kemudiannya segera membalas:

“Saya kata yang kamu tak pernah menang Champions League dan Oasis lebih sampah dibandingkan dengan The Beatles. Boleh macam itu?”

Kedua-dua mereka kemudiannya terus menerus bergaduh di laman twitter dengan saling menghina antara satu sama lain.

Seluruh kem Manchester City jelas sekali sangat gembira dengan kejayaan mereka itu dengan Pep Guardiola turut sempat mengajak penyokong Man Utd meraikan kejayaan mereka itu bersama-sama.

Pep Guardiola ajak penyokong Man Utd turun ke jalan meraikan kejuaraan Man City

Pep Guardiola telah menjemput para penyokong Manchester United untuk meraikan kejayaan Manchester City menjuarai saingan Premier League musim ini.

Manchester City berjaya memenangi gelaran Premier League musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Aston Villa malam semalam di Etihad.

Mereka berjaya melakukan comeback yang sungguh luar biasa dasyat untuk memastikan gelaran Premier League keempat mereka dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

Apa yang penting untuk penyokong Man Utd, mereka gembira melihat harapan Liverpool untuk memenangi gelaran quadruple terkubur pada musim ini.

Maka dengan itu, kejayaan mereka memenangi gelaran treble pada musim 1998/99 tidak tercabar dan mereka tak perlu mengelak dari bertemu penyokong Liverpool.

Sebelum ini, Pep Guardiola sendiri pernah mengeluarkan dakwaan yang lebih ramai orang sebenarnya mahu melihat Liverpool yang menjuarai saingan Premier League berbanding Man City.

Namun ketika beliau diberitahu yang penyokong United lebih sanggup melihat City juara berbanding Liverpool, Pep menunjukkan reaksi terkejut dan telah mengajak penyokong setan merah untuk meraikan kejayaan City bersama-sama.

“Adakah kamu pasti? Betul? Jadi United lebih suka City berbanding Liverpool? Ya tuhan ku, saya tak tahu itu!”

Jelas Guardiola sambil menunjukkan reaksi terkejut dan terhibur.

“Adakah ia betul?”

Soal Guardiola lagi mahukan kepastian.

“Jadi saya salah ketika saya kata semua orang mahu Liverpool menjuarai gelaran liga di negara ini! Saya salah. Ya, selamat datang (penyokong United). Selamat datang. Jika mereka mahu sertai kami di jalanan silakan. Tapi mereka perlu memakai jersi berwarna biru. Ya. Mereka perlu pakai.”

Jelas sekali tidak mungkin penyokong United akan sanggup gadai maruah hingga menyarung jersi biru itu di bandar Manchester.

Walau bagaimanapun, sudah jelas mereka kini lebih gembira kerana Man City yang menjuarai saingan liga dan bukannya Liverpool.

Manchester United sendiri pada musim ini telah melalui musim yang sangat mendukacitakan dengan mereka turut terlepas slot untuk beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Man Utd tamatkan musim ini dengan kegagalan yang gemilang

Pasukan Premier League paling kelakar musim ini, Manchester United menamatkan musim 2021/22 dengan kegagalan yang penuh gemilang apabila terus mencatatkan kekalahan walaupun pada hari terakhir liga.

Crystal Palace memberikan Manchester United kekalahan terakhir yang merupakan kekalahan yang ke-12 musim ini selepas mencatatkan prestasi buruk sejak bulan April.

Dalam 9 perlawanan terakhir Manchester United hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 9 perlawanan dengan 5 kekalahan dan 2 seri yang terus memadamkan impian Champions League mereka.

Musim lalu, Manchester United merupakan pasukan naib juara dibelakang Manchester City dengan meraih 74 mata dari 21 kemenangan, 11 seri dan 6 tewas. 57 gol 57 bolos.

Musim ini Manchester United menamatkan liga di tangga ke-6 dengan mengumpul 58 mata dari 16 kemenangan, 10 seri dan 12 tewas. 73 gol 44 bolos.

Kemerosotan yang amat parah dan teruk dipamerkan selepas melakukan penambahan pemain bintang di dalam pasukan seperti Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho.

Penambahbaikan yang diperlukan oleh Manchester United di awal musim ini adalah seorang pemain tengah bertahan namun pemain posisi lain pula dibawa masuk.

Di awal musim juga, Manchester United dilihat sebagai pencabar apabila memegang gelaran naib juara dan dijangka memberi saingan sehingga penghujung musim.

Manchester United juga diramal tidak berdepan masalah untuk menamatkan musim sekurang-kurang dikedudukan slot empat teratas.

Namun sebaliknya terjadi apabila hampir saja beraksi di liga persidangan pada musim hadapan namun terselamat dan menjadi pasukan pelengkap jadi serta badut yang menghiburkan di liga.

Perlawanan terakhir Manchester United menentang Crystal Palace sepatutnya berakhir dengan kemenangan bagi memberi sedikit keceriaan kepada peminat dan mara ke Europa League dengan penuh bergaya.

Pengurus baharu Manchester United untuk musim hadapan, Erik Ten Hag yang tidak bercuti bagi membina semula pasukan hadir menyaksikan perlawanan.

Ralf Rangnick menurunkan Edison Cavani untuk perlawanan terakhir bersama kelab dan memberi peluang kepada Hannibal Mejbri bermula dari kesebelasan utama.

Manchester United hanya mampu menguasai perlawanan dengan lebih 60 peratus tetapi kurang menghasilkan sebarang ancaman dengan hanya satu percubaan tepat di separuh masa pertama.

Crystal Palace meraih gol kemenangan melalui jaringan tunggal Wilfred Zaha yang merupakan pemain yang digilap Setan Merah pada minit ke-37.

Babak kedua Manchester United tampak sedikit garang namun tidak berbisa untuk memadamkan gol Wilfred Zaha dengan permainan longlai.

Pemain Manchester United beraksi seperti langsung tidak kisahkan slot Europa League mereka musim hadapan dan bernasib baik dengan kekalahan West Ham United kepada Brighton.

Musim yang buruk Manchester United menyaksikan pengurus kesayangan dunia bola sepak, Ole Gunnar Solskjaer telah dipecat selepas beberapa kali diberikan peluang.

Michael Carrick sempat mengendalikan beberapa perlawanan sebelum meletakkan jawatan sementara menanti kehadiran Ralf Rangnick yang dalam proses mendapatkan permit kerja.

Dengan status bapa bola sepak Jerman, Ralf Rangnick gagal untuk sekurang-kurangnya membawa Manchester United ke Champions League selepas menjadi lubuk mata pasukan lain.

Namun Ralf Rangnick menjalankan tugasnya selaku perunding dengan begitu kemas sekali apabila melakukan forensik audit dengan mendedahkan kepincangan di dalam pasukan.

Ralf Rangnick tanpa berselindung melabel pemainnya sebagai angkuh dan mengesahkan 6 pemain dan mungkin 10 pemain akan digugurkan.

Melihat pemainnya gagal bermain gegenpressing, Rangnick telah melakukan pressing ke pasukan sendiri dengan melondehkan segala kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki dan diubati.

CRYSTAL PALACE (4-3-3): Guaita 6; Clyne 7, Andersen 6, Ward 7.5, Mitchell 7; Gallagher 7, Hughes 7 (McArthur 83), Schlupp 6.5; Rak-Sakyi 6.5 (Kouyate 67, 6), Zaha 8, Edouard 5 (Eze 78).

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 6; Dalot 6.5 (Garnacho 79), Lindelof 6, Maguire 6, Telles 6; McTominay 6, Fred 6 (Shoretire 75, 6); Elanga 5.5, Fernandes 4, Mejbri 6 (Mata 62, 6); Cavani 5.

Referee: Martin Atkinson 7

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sanchez Semakin Hampir Sertai United, Gaji Lebih Tinggi Dorongan Utama Tolak City