Jamie Carragher mendakwa yang Michael Carrick sebenarnya ‘terpaksa’ singkirkan Ronaldo dari kesebelasan utama United bertemu Chelsea awal pagi tadi.
Carragher menegaskan yang keputusan itu perlu diambil oleh Carrick untuk buktikan beliau bukan Ole Gunnar Solskjaer.
Agak mengejutkan untuk melihat senarai kesebelasan utama United bertemu Chelsea awal pagi tadi, dengan Michael Carrick turun buat pertama kali sebagai pengurus sementara United dalam aksi saingan Premier League.
"I think he had to do that, to be honest" https://t.co/BnbuTx4bHt
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 28, 2021
Michael Carrick telah meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan dan ramai yang terkejut melihat keputusan beliau mengetepikan penjaring utama kelab itu.
Ia merupakan satu hal yang sangat janggal untuk melihat pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama Manchester United.
Ole Gunnar Solskjaer pernah dikritik teruk oleh pelbagai pihak, termasuk Sir Alex Ferguson kerana melakukan hal yang sama ketika aksi bertemu Everton pada awal musim baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, bercakap di studio Sky Sports, legenda Liverpool, Jamie Carragher percaya yang pengurus sementara kelab itu sebenarnya ‘terpaksa’ melakukan hal tersebut.
🗣 "He put his own stamp on it and he had to do that."@Carra23 reaction to the big decisions that Michael Carrick has made which includes Cristiano Ronaldo being benched pic.twitter.com/Vbt4fpHNV3@footballdaily #CHEMUN
— InfoPlay (@InfoPlay18) November 28, 2021
Beliau menegaskan yang Carrick memutuskan untuk ketepikan Ronaldo hanya untuk buktikan yang beliau bukan Ole Gunnar Solskjaer.
“Sejujurnya saya rasa dia terpaksa melakukan hal itu.”
Jelas bekas pemain pertahanan England ketika bercakap sebelum sepak mula perlawanan.
“Bahkan ketika kamu sebahagian dari barisan kejurulatihan, semua orang ada sudut pandangan berbeza tentang skuad atau tentang bagaimana skuad perlu disiapkan.”
“Ia sangat menakjubkan untuk melihat apa dia buat dengan Bruno Fernandes, membawa masuk Anthony Martial, apa dia buat dengan Martial dan Ronaldo bertukar posisi di waktu berbeza.”
Jamie Carragher backs Michael Carrick's decision to drop Cristiano Ronaldohttps://t.co/BnbuTwMAPV pic.twitter.com/UPp9AtSraF
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 28, 2021
“Dia letakkan cop rasmi dia sendiri untuk itu. Saya fikir dia perlu lakukan itu kerana tak mahu dianggap sama seperti Ole (Gunnar Solskjaer).”
“Semua hal tak sentiasa berjalan dengan lancar, kita tahu itu. Dia akan dipuji selepas melihat bagaimana aksi ketika bertemu Villarreal.”
Ketika Carragher percaya yang Carrick ketepikan Ronaldo kerana mahu buktikan sesuatu, rakan penyampainya, Gary Neville menolak untuk menyokong kenyataan tersebut.
Legenda Manchester United itu tidak bertugas sebagai penyampai ketika aksi pertemuan Chelsea bertemu setan merah, namun beliau mendedahkan pandangannya tentang kesebelasan utama United menerusi akaun media sosial miliknya.
Gary Neville percaya yang kesebelasan utama United dalam perlawanan ini sebenarnya merupakan pilihan Ralf Rangnick bukan Michael Carrick.
Did Rangnick have an influence on the United team today? #mufc https://t.co/I7phOy7TwB
— Man United News (@ManUtdMEN) November 28, 2021
“Ramai orang telah mempersoalkan Michael Carrick kerana menggugurkan Ronaldo dan memilih MDF. Saya merasakan pengurus yang akan datang telah memilih pasukan itu kerana ia adalah perbezaan yang besar dari pertengahan minggu lalu dengan perkara yang mereka lakukan ini.”
Dengan menggugurkan Ronaldo sama seperti yang dilakukan Ole Gunnar Solskjaer ketika menentang Everton, Michael Carrick telah memilih untuk menggunakan tiga pemain tengah.
Scott McTominay, Fred dan Nemanja Matic yang merupakan pemain tengah bertahan bermula dari kesebelasan utama menyaksikan Setan Merah akan bermain bertahan gila-gila.
Menguatkan lagi teori Neville bahawa Rangnick yang merancang apabila dapat dilihat Manchester United menekan pertahanan Chelsea dengan barisan pemain penyerang mereka.
Gary Neville thinks incoming interim Man Utd manager Ralph Rangnick picked team for Chelsea clash that had Ronaldo benchedhttps://t.co/VGO2qO9apo
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) November 28, 2021
Sesuatu yang jarang-jarang dapat dilihat ketika dibawah Ole yang disukai ramai.
“Seminit tengok perlawanan aku dah yakin apa yang mempengaruhi gaya dan permainan pasukan!”
Gary Neville juga bersetuju dengan pandangan seorang pengguna Twitter bahawa pemain Manchester United telah disuruh untuk pressing dan agresif tetapi tidak diajar atau dilatih bagaimana untuk melakukannya dengan efektif.
They've been told to press high and aggressive, but not taught how to or coached into doing it effectively yet.
— Bruce Ball (@Bruce_Ball27) November 28, 2021
Walaupun siapa yang membuat keputusan untuk pemilihan pemain dan mempengaruhi cara permainan, Manchester United boleh dikatakan telah mendapat keputusan positif.
Seri dengan pendahulu Premier League dan mencuri mata dari Chelsea menyebabkan Manchester City yang satu mata dibelakang dan Liverpool kurang dua mata dibelakang Chelsea tersenyum lebar.
Sumber: SPORTbible