Jamie Carragher Menganjing Rio Ferdinand Tanpa Belas

Pemain pertahanan legenda Liverpool, Jamie Carragher telah menganjing pemain pertahanan legenda Manchester United, Rio Ferdinand selepas Michael Carrick lulus ujian pertama sebagai pengendali sementara.

Manchester United kini masih lagi dalam proses mencari pengurus interim yang akan berkhidmat sehingga tamat musim sementara pencarian pengurus tetap berkaliber ditemui.

Bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde merupakan nama baru yang telah dihubungi secara terus oleh Manchester United dari lima calon lain sebagai persediaan jika Mauricio Pochettino tidak dilepaskan oleh PSG.

Manchester United telah berjaya menewaskan Villarreal 2-0 dalam perlawanan yang agak hambar namun dua gol hadir dalam tempoh 15 minit terakhir melalui Jadon Sancho dan Cristiano Ronaldo.

Kemenangan ini telah melayakkan Manchester United kepusingan kalah mati iaitu pusingan 16 terbaik. Ini bermakna Manchester United boleh melupakan Champions League sehingga bulan februari.

Dengan satu lagi perlawanan berbaki hanya untuk menentukan juara kumpulan dan Champions League akan bersambung pada bulan februari untuk pusingan kalah mati.

Dengan situasi kini tidak mungkin Michael Carrick akan menjadi pengganti Ole Gunnar Solskjaer kerana Manchester United kini giat mencari pengganti.

Sudah pasti Manchester United tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah mereka lakukan dengan melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap yang awalnya hadir sebagai pengurus interim.

Mungkin Carragher juga tidak mahu Ferdinand mengulangi kesilapan yang sama dengan keterujaan yang berlebihan.

Jamie Carragher dengan kejamnya telah membuat ciapan di Twitter selepas Manchester United menewaskan Villarreal dengan menganjing Rio Ferdinand tanpa belas.

“Man Utd mungkin tidak berterima kasih kepada saya, tetapi dapatkan kontrak itu, letakkan di atas meja & biarkan dia menandatanganinya, biarkan dia menulis nombor yang dia mahu, biarkan dia menandatangani kontrak. Carrick berada di roda kereta! (Carrick’s at the wheel!).” Jamie Carragher 2021.

Ciapan tak berhati perut Carragher ini merupakan kata-kata keramat Rio Ferdinand yang penuh bersemangat dan ceria mahukan Ole Gunnar Solskjaer diberikan kontrak tetap selepas berjaya menyingkirkan Paris Saint Germain di saingan Champions League.

“Man Utd mungkin tidak berterima kasih kepada saya, tetapi dapatkan kontrak itu, letakkan di atas meja & biarkan dia menandatanganinya, biarkan dia menulis nombor yang dia mahu, biarkan dia menandatangani kontrak. Ole berada di roda kereta! (Ole’s at the wheel!).” Rio Ferdinand 2019.

Kekalahan pertama Ole selaku pengurus adalah kepada PSG disaingan Champions League, tewas 2-0 di Old Trafford, Ole mencatatkan kebangkitan sensasi di Paris dengan kemenangan 3-1.

Ole telah membawa Manchester United menjadi pasukan pertama dalam sejarah Piala Eropah mara ke pusingan seterusnya selepas tewas ditempat sendiri dengan jaringan dua gol atau lebih pada perlawanan pertama.

Tangkap layar dari rakaman video Rio Ferdinand bersama Michael Owen mengemukakan istilah yang popular Ole at the wheel itu telah menjadi bangan mengejek Manchester United dan mula bertebaran di media sosial.

Cuma kali ini warga maya telah menukar Ole kepada Carrick at the wheel. Sudah tentu semua ini tidak akan dilupakan apatah lagi jika mempunyai rakaman video.

Sebelum Ole Gunnar Solskjaer dipecat secara rasmi, Rio Ferdinand antara bekas pemain yang agak lantang mahukan Ole mengundurkan diri.

“Saya tidak mengatakan saya suka dan gembira untuk mengatakan bawah seorang pengurus akan kehilangan pekerjaannya.”

“Perkara tidak berjalan lancar jadi mungkin perlu ada perubahan untuk memperbaiki keadaan.”

Rio Ferdinand tanpa berselindung dan mengakui bahawa beliau tidak gembira untuk melihat pengurus kehilangan kerja tetapi keadaan tidak bagus dan perlukan perubahan.

Carrick Bermula Langkah Kanan

Perlawanan yang penting buat Manchester United menentang Villarreal dan kemenangan dicari bagi mengesahkan tempat untuk terus bersaing di Champions League dan tidak ke Europa League lagi.

Agak pelik sebenarnya Ole Gunnar Solskjaer dipecat selepas cuti panjang selama dua minggu untuk aksi perlawanan antarabangsa.

Dengan persediaan dalam tempoh masa yang singkat tiada apa yang boleh dilakukan oleh Michael Carrick namun dengan meletakkan Donny Van De Beek bermula di kesebelasan adalah perkara rare dan berani.

Bruno Fernandes telah direhatkan bagi memberi peluang kepada Donny Van De Beek mengepalai jentera tengah. Gandingan gandar berganda Scott McTominay dan Fred dikekalkan.

Anthonya Martial bermula di sayap sebelah kiri dan Alex Telles turun menggantikan Luke Shaw yang mengalami kecederaan ketika tewas kepada Watford.

Terdapat beberapa perubahan ketara dan positif dalam perlawanan ini apabila para pemain Manchester United kelihatan bermain dengan penuh yakin walaupun masih huru-hara seperti sebelum ini.

Kualiti pemain Setan Merah kembali kelihatan dan tiada kurang sedikit kedunguannya. Segalanya kesilapan diselamatkan oleh aksi kelas dunia dari David De Gea.

Tempoh 45 minit pertama menjadi milik Villarreal, Donny Van De Beek gagal mempamerkan kecemerlangan ketika menentang Watford kerana kurang sokongan daripada McFred yang berterabur permainan mereka.

Anthony Martial pula tidak berfungsi seperti biasa kelihatan seperti seorang pengurus yang sangat istimewa kerana mengendalikan permainan dari dalam padang.

Alex Telles agak bergelut namun tidak terhukum dan mampu menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0. Maguire pula tidak kelakar seperti biasa.

Ketika permainan hampir memasuki minit ke-60, David De Gea sekali lagi melakukan aksi menyelamat yang meknifisen dengan menipis keluar pecubaan Manuel Trigueros.

Permainan separuh masa kedua menyaksikan, Villarreal bertubi-tubi menekan dan melakukan serangan ke kubu Manchester United walaupun kurang mengancam.

Pada minit ke-66, Michael Carrick membuat dua pertukaran serentak mengeluarkan Donny Van De Beek dan Anthony Martial dengan memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Kemasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merancakkan kembali nafsu Setan Merah untuk kembali menyerang. Fred dengan tiba-tiba pandai bermain bola. McTominay juga sama.

Dengan keluarnya Martial dan Rashford masuk mengganti, Manchester United kembali bermain dengan 11 orang.

Pada minit ke-71, Jadon Sancho mendapat peluang terbaik Manchester United dalam perlawanan ini, apabila gelekkan melepasi pertahanan Villarreal namun percubaanya berjaya dihadang penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli.

Pemain Manchester United mula berkampung di depan kotak Villarreal dan pada minit ke-78, Cristiano Ronaldo meneruskan rutin di Champions League dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Gol berpunca dari kesilapan penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli yang menghantar bola kepada Etienne Capoue yang segera ditekan oleh Fred.

Cubaan Etienne Capoue membuat hantaran ke belekang tidak kesampaian apabila sampai kepada Ronaldo yang melihat Geronimo Rulli keluar jauh dari gawang.

Lalu satu lambungan terus dilakukan Ronaldo ke gawang terbuka tanpa pengawal.

Ronaldo berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas menerima hantaran yang tidak sampai dari Aaron Wan Bissaka namun lambungan Ronaldo kali ini sedikit tersasar.

Selang beberapa minit kemudian, Marcus Rashford pula mencuba namun tiada gol terhasil tetapi cukup membuatkan penjaga gol Villarreal menggelupur.

Jadon Sancho akhirnya membuka akaun gol bersama Manchester United dan pentas Eropah menjadi pilihan yang terus mematikan perlawanan dan peluang Villarreal.

Gol berpunca dari hantaran Ronaldo kepada Marcus Rashford yang menghantar terus kepada Bruno Fernandes.

Namun Bruno Fernandes telah terlepas bola atau disengajakan mujur ada Jadon Sancho yang terus melepaskan rembatan padu yang terus menghentam tiang sebelum bola terkulai layu di dalam gawang.

Kemenangan ini telah mengesahkan tempat Manchester United ke pusingan kalah mati dengan satu perlawanan berbaki kerana secara head to head Villarreal tidak berpeluang untuk memotong Manchester United.

Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Torres, Estupinan, Capoue, Trigueros, Parejo, Moi Gomez, Pino, Danjuma.

Pemain Simpanan: Sergio Asenjo, Mario, Alcacer, Iborra, Chukwueze, Dia, Raba, Moreno, Pena, Mandi, Pedraza, Iker.

Man Utd: De Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Alex Telles, Fred, McTominay, Sancho, van de Beek, Martial, Ronaldo.

Pemain Simpanan: Bailly, Mata, Rashford, Lingard, Diallo, Bruno Fernandes, Dalot, Heaton, Henderson, Matic.

Pengadil Perlawanan: Felix Brych (Munich)

BACA:  "Rasa Terhina"- Carragher Tampil Tibai Tweet Dari BT Sport