Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher telah menganjing perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al Nassr dengan perjanjian bernilai £350 juta untuk tempoh dua tahun itu.
Perjanjian init telah dimeterai secara rasmi dan disahkan pada petang Jumaat bahawa pemenang lima kali Ballon d’Or Ronaldo telah menandatangani kontrak untuk pasukan Arab Saudi Al Nassr dengan perjanjian sehingga 2025.
Ronaldo, 37, dibebaskan oleh Manchester United pada November berikutan temu bual kontroversi dengan Piers Morgan di mana dia mengecam kelab Liga Perdana Inggeris itu dan berkata dia tidak menghormati bos Red Devils, Erik ten Hag.
Penyerang Portugal itu dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, pernah menikmati karier gemilang di Real Madrid dan Juventus.
#MaxSports🎄 |
Liverpool legend, Jamie Carragher 🗣️
"It's a sad end for him isn't it, Ronaldo has finished his career with an interview with Piers Morgan and Messi has won the World Cup."#MaxTV #MaxFM #MaxOnline #MaxPL #CHAN2023 pic.twitter.com/GDYotMLQlh
— Max TV (@maxtvgh) December 31, 2022
Jamie Carragher percaya dengan menyertai Al Nassr adalah ‘pengakhiran yang menyedihkan’ bagi Ronaldo dan menyerlahkan perbezaan nasib antara dia dan pesaing lamanya Lionel Messi, yang menjulang Piala Dunia bersama Argentina.
“Dalam beberapa cara ia adalah pengakhiran yang menyedihkan untuknya,’ kata Carragher bersama Sky Sports.
“Dua pemain terhebat sepanjang zaman dalam Messi dan Ronaldo. Perdebatan itu sentiasa ada.”
“Ronaldo telah menamatkan kariernya dengan wawancara dengan Piers Morgan dan Messi telah memenangi Piala Dunia.”
“Ia bukan cara terbaik untuk keluar bukan?”
Liverpool legend Jamie Carragher has claimed that Cristiano Ronaldo finished his career with an interview with Piers Morgan while his rival Lionel Messi won the FIFA World Cup. https://t.co/4iLMc71NDk
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) December 31, 2022
Cristiano Ronaldo dilaporkan akan menerima gaji bola sepak terbesar dalam sejarah dunia dengan lebih daripada £177 juta setahun jauh mengatasi Kylian Mbappe.
Bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Neville juga telah membincangkan langkah yang menguntungkan itu, memberitahu Sky Sports:
“Lihat, kita akan melihat lebih sedikit daripadanya, jelas.”
“Ia memberitahu kita beberapa perkara, ia menunjukkan betapa seriusnya Arab Saudi tentang bola sepak. Mereka telah melabur £350 juta untuk seorang pemain dan akan menyertai Piala Dunia pada 2030 (sebagai tuan rumah).”
“Saya fikir dia mahu kekal di salah satu liga besar di Eropah, sekurang-kurangnya sepanjang musim ini.”
Transfer: We’ve seen your sad end – Gary Neville reveals real reason Ronaldo joined Al Nassr https://t.co/FRLqytGYFM
— Daily Post Nigeria (@DailyPostNGR) December 31, 2022
Bagi Gary Neville, ini adalah satu pengakhiran yang menyedihkan buat karier Cristiano Ronaldo yang sepatutnya mengakhiri karier di peringkat teratas dan ketika ini wang sudah tidak membawa erti.
“Ia memberitahu anda bahawa tawaran itu benar-benar mengejutkan dan mungkin satu lagi kelab Eropah yang dia mahu sertai tidak benar-benar datang untuknya.”
“Ada unsur kesedihan untuk saya kerana kita mungkin melihat penghujung Cristiano Ronaldo bermain di peringkat teratas.”
“Saya fikir kita masih boleh melakukannya di Old Trafford sekiranya ia dikendalikan secara berbeza oleh kedua-dua pihak. Tetapi ia jelas harus berakhir dan dia akan melihat kerjayanya di Saudi.”
Arab Saudi berusaha mendapatkan Ronaldo kerana mahu menggunakan pengaruh pemain itu untuk mendapatkan hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 dan sebenarnya perpindahan ini satu pengakhiran sedih buat Ronaldo.