Jangan “Boo” Pique : Sergio Ramos

Kapten Real Madrid merayu kepada penyokong Real Madrid supaya berhenti mencemuh pemain pertahanan Sepanyol dan Barcelona, Gerard Pique, menjelang pertemuan antara Sepanyol dan Itali dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2108, menurut Sportkeeda.

Kedua-dua pasukan berkongsi 16 mata dalam kumpulan G namun Sepanyol muncul pendahulu dengan perbezaan jaringan yang jauh lebih banyak berbanding Itali.

Memandangkan perlawanan akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu, pastinya ramai penyokong Real Madrid akan membanjiri stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan Sepanyol.

Pique yang cukup dikenali sebagai pemain yang bermulut lancang sering dicemuh oleh penyokong, terutamanya Real Madrid, dan kali ini Ramos tidak mahu perkara ini berlaku.

“Penyokong perlu menghormati setiap pemain, tak kiralah kepada Pique atau pemain lain,” ujar Ramos kepada wartawan.

“Aku mohon kepada penyokong untuk memberikan sokongan memandangkan perlawanan ini ada satu perlawanan yang tegang dan susah.

“Kami cuma nak beraksi dan bermain dengan baik,” katanya lagi.

Perlawanan pada hari Sabtu ini juga akan menyaksikan kembalinya penjaring terbanyak Sepanyol, David Villa kembali barisan skuad bekas juara Piala Dunia ini.

Villa – telah menjaringkan 59 gol buat negaranya, di samping memenangi  Kejohanan Eropah pada 2008 dan Piala Dunia 2010 – dipanggil secara mengejut memandangkan kali terakhir dia mewakili Sepanyol adalah pada tahun 2014.

Pemain berusia 35 tahun ini telah menjaringkan 19 gol buat New York City FC pada musim ini.

Ramos juga akui dia turut terkejut dengan berita ini.

“Aku rasa semua orang terkejut, tapi semua gembira,” katanya lagi.

“Dia masih lagi mempunyai semangat orang muda dan selalu mahu menjaringkan gol.”

Baca Juga

Baca Juga