Jangka Hayat Ole Kini Dijangka Kurang Daripada 48 Jam

Jangka hayat jodoh Ole Gunnar Solskjaer bersama Manchester United kini dijangka kurang daripada 48 jam selepas ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat tergempar bersama keluarga Glazers.

Menurut laporan akhbar sukan daripada seluruh dunia, 48 jam tempoh masa maksimun Ole Gunnar Solskjaer ada sebelum dipecat dan paling cepat mungkin pada petang ini.

Entah apa yang dimakan oleh hiraki Manchester United ini sehingga begitu bengap kerana mereka boleh memecat Ole selepas gagal menjayakan tiga peluang talian hayat yang diberi.

Selepas itu liga berehat untuk tempoh dua minggu, tempoh yang agak panjang untuk mencari pengurus baru atau melantik pengurus interim membentuk pasukan untuk pelan jangka pendek.

Masa agak suntuk buat Manchester United yang akan menentang Villareal dalam tempoh 3-4 hari lagi. Kerja bodoh yang penuh berisiko dari pihak atasan.

Entah ilmu apa yang dipakai Ole sehingga mampu bertahan sehingga kini walaupun mempamerkan prestasi yang sangat buruk.

Namun kini segalanya jelas dan tidak mungkin lagi Ole akan terselamat selepas kekalahan memalukan kepada Watford dengan permainan yang sangat buruk dan taktikal yang ke laut.

Berikut kronologi ringkas yang membawa kepada proses pemecatan Ole.

1. Selepas tewas mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan masa depan Ole, sebahagian ahli lembaga pengarah mahu Ole dipecat, Joel Glazer akan membuat keputusan.

“Perbincangan dalaman sedang berlangsung antara pegawai Man United pada malam Sabtu. Jawatan Solskjaer masih dalam ‘risiko serius’ – sebahagian daripada lembaga pengarah mahu memecatnya.

“Joel Glazer adalah orang yang akan membuat keputusan tidak lama lagi. Calon untuk menggantikan masa Ole + [Villarreal dalam tempoh 48j] akan menjadi kunci.”

2. Perbincangan mengambil masa 5 jam dan telah mendapat keputusan bahawa Ole sah akan dipecat melalui persetujuan bersama dan menanti persetujuan Joel Glazer.

“Lembaga pengarah Manchester United telah memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas perbincangan dalaman selama 5 jam, disahkan. Persetujuan bersama untuk berpisah kini dipertimbangkan.

“Sebaik sahaja Joel Glazer meluluskan keputusan itu, ia akan disahkan dan diumumkan oleh Man United.”

3. Manchester United sedang mengira pampasan dan menulis perjanjian melalui persetujuan bersama dan Ole sah dipecat dan hanya menunggu pengumuman rasmi dalam tempoh beberapa jam menanti kertas kerja siap.

“Manchester United mengusahakan pampasan dan perjanjian bertulis dengan Ole Gunnar Solskjaer. Ia akan menjadi ‘persetujuan bersama’ untuk berpisah, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Solskjaer akan pergi, ia sudah berakhir.

“Kenyataan rasmi dijangka dibuat dalam tempoh beberapa jam akan datang, sebaik kertas kerja akan disiapkan.”

4. Untuk penyelesaian jangka pendek, Michael Carrick dan Darren Fletcher kini berada dalam senarai bersedia selaku pengurus interim dan hanya menanti keputusan akhir kelab. Tempoh beberapa jam lagi pengumuman rasmi akan dibuat.

“Fletcher dan Carrick bersedia sebagai penyelesaian sementara sebagai pengurus Manchester United, disahkan – mereka sedang menunggu keputusan akhir kelab.

“Pengumuman dilakukan untuk Solskjaer yang akan dipecat secara rasmi dalam tempoh beberapa jam berikutnya. Ia akan menjadi kenyataan secara ‘baik dan hormat’.”

5. Berdasarkan laporan daripada Fabrizio Romano ini, secara tidak rasminya Ole Gunnar Solskjaer telah pun dipecat selepas keputusan ahli lembaga pengarah diperkenankan oleh Joel Glazer.

Ketika ini semua orang hanya menunggu pengumuman rasmi yang mungkin dilakukan seawal petang ini daripada Manchester United yang kini dalam proses menyiapkan dokumentasi yang berkaitan. Paling lama pun 24 jam.

Kepada pencinta Ole rasanya sudah boleh mula menangis dan meratapi pemergian Ole Gunnar Solskjaer yang berwajah bayi itu.

Separuh hayat uranium-238 adalah kira-kira 4.5 bilion tahun, uranium-235 kira-kira 700 juta tahun, dan uranium-234 kira-kira 25 ribu tahun.

Jangka hayat Olenium-41 adalah kurang 48 jam.

BACA:  Budak Ini Hijack MUTV Untuk Sebut 'Ole Out'