Peminat Pukki dari Finland dan juga di Norwich tak senang duduk memikirkan soal Pukki yang dilihat kurang bermaya berhadapan dengan lelaki lelaki lain di Euro 2020 kali ini.
Malah peminat Norwich terutama sekali pengurus pasukan iaitu Farke pastinya risau kalau Pukki yang mereka harapkan mengalami kecederaan serius yang akan membantutkan prestasi pasukan menjelang musim baharu.
Dalam aksi berdepan dengan Rusia, Pukki sekali lagi dikeluarkan awal. Finland kalah lagi dalam perlawanan tersebut.
Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini hanya bermain 30 minit dalam aksi pemanas badan sejak kembali daripada kecederaan di kakinya ketika membantu Norwich menang 4-1 ke atas Reading dalam perebutan kejuaraan Championship.
Pukki meminta semua peminatnya jangan risau. Kerana dia baik baik sahaja. Pukki hanya letih dan bukannya cedera. Ini kerana terlalu banyak aksi bola sepak dalam beberapa bulan ini sejak covid dengan jadual yang sangat padat.
Oleh itu Pukki menyatakan dia sedia untuk beraksi menentang sekumpulan lelaki dari Belgium pula dalam perlawanan terkahir peringkat kumpulan.
Finland kini tiga mata, berkongsi degan Rusia. Hanya kemenangan yang mampu menjamin tempat mereka di pusingan kalah mati.
Teemu Pukki with the rest of his Finland team mates wearing a get well shirt for Christian Eriksen, such a classy bunch of players👏 #FIN #ncfc pic.twitter.com/ls8BNQQnMT
— Canary Cast (@CastCanary) June 16, 2021
Pukki berkata: “Pergelangan kaki saya dalam keadaan baik. Ianya berbalut, tetapi itu sama sekali tidak mengganggu saya.”
“Prestasi semasa saya tidak begitu bagus. Pada perlawanan pertama, saya merasakan rehat yang saya lalui tidah begitu membantu. Saya terpaksa meminta pengganti. ‘Minyak’ saya dah habis [keletihan].”
“Pada perlawanan kedua, saya mempunyai lebih banyak tenaga dan setelah rehat, rasanya untuk pertama kalinya dalam kejohanan seolah-olah saya benar-benar berada dalam pertandingan.”
“Saya menyentuh lebih banyak bola dan mencipta beberapa peluang, tetapi kemudian saya diganti.”
“Tetapi rasanya seperti saya lebih dekat dengan apa yang ingin saya capai dan saya berharap peluang itu ada ketika menentang Belgium.”
“Tentu saja kami tahu bahawa kami adalah pasukan anjing bawahan [translate terus dari google] dalam setiap perlawanan.”
Teemu Pukki ger lugnande besked från Ryssland – vristen stör inte, nu söker han bara matchformen: "Andra halvlek mot Ryssland första gången jag verkligen var inne i det" https://t.co/Pbu9NPl9D6
— Svenska Yle Nyheter (@svenska_yle) June 19, 2021
“Kami adalah pencabar (dalam kejohanan ini) dan tujuan utama kami adalah mengelak bolos. Kita mungkin harus bermain dengan pertahanan yang ramai dan kemudian mungkin akan menjadi masalag ketika kita harus menyerang balas.”
“Tetapi itu adalah sesuatu yang harus diperbaiki jika ingin membawa lebih banyak hasil.”
Pukki sentiasa yakin akan membuat penampilan pertama untuk negaranya di pentas akhir kejohanan setelah mendapat jaminan dari fisio Finland, Jari-Pekka Keurulainen.
Jari yang sudah menilai keadaan Pukki yakin bahawa pemain itu sudah bersedia untuk bermain.
Pukki menegaskan: “Jari telah mengimbas keadaan saya dan dia berkata saya dalam keadaan baik baik saya. Itu telah memberikan saya semangat.”
“Bermain di Euro adalah impian terbesar dalam karier saya. Sekiranya saya tersisih kerana kecederaan, ia akan menjengkelkan untuk masa yang sangat lama.”
“Pertandingan dan suasana Kejuaraan Eropah pertama itu, untuk pertama kalinya dalam setahun bersama penonton di stadium, itu adalah perasaan yang tak dapat digambarkan ketika pertandingan (menentang Denmark) dimulakan.”
Di kem Belgium, Roberto Martinez tidak akan terlalu memikirkan soal Pukki semata mata. Kerana ada ramai lagi pemain lain yang mampu memberikan ancaman.