Arsenal berada dalam keadaan baik pada 2020. Di bawah bimbingan Mikel Arteta, Arsenal tidak pernah kalah dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.
Mereka adalah salah satu daripada dua pasukan di lima liga teratas di Eropah yang masih belum terkalahkan tahun ini.
Mereka mahu memenangi perlawanan ini untuk mencapai 10 kemenangan tanpa kalah mereka pada tahun 2020. Sasaran mereka kali ini adalah pasukan Everton dan perlawanan ini telah berlangsung di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Dominic Calvert Lewin's goal was the fastest goal Arsenal have ever conceded at home in the Premier League.
50 seconds. 😳 pic.twitter.com/Pqkf2jYawN
— Squawka Football (@Squawka) February 23, 2020
Tetapi mereka terlebih dahulu di kejutkan selepas hanya satu minit perlawanan bermula hasil jaringan memukau dan teramat padu oleh Dominic Calvert-Lewin.
Hasil dari satu hantaran lintang ke dalam kotak penalti Arsenal, penyerang muda Inggeris itu melakukan aksi akrobatik untuk menyumbat bola ke dalam gawang gol pasukan Arsenal. Satu jaringan yang cukup cantik.
Itu bukan aksi terbaik David Luiz. Pemain pertahanan Brazil itu gagal memperkemaskan kawalannya dan beliau dihukum dengan gol yang sebegitu padu.
Namun jaringan itu mungkin dibatalkan kerana Lewin mengangkat kaki terlalu tinggi, tetapi pegawai memutuskan bahawa semuanya baik-baik saja. Dan jaringan itu diterima dengan penuh kegembiraan oleh penyokong Everton.
Tetapi apa yang lebih memeritkan Arsenal selain dari melihat gawang mereka dibolosi dengan aksi akrobatik yang menawan begitu adalah. Ini adalah gol terpantas yang dibolosi oleh mereka di halaman sendiri sepanjang sejarah Liga Perdana.
🅰️ 18-year-old Bukayo Saka
⬇️
⚽️ 20-year-old Eddie Nketiah pic.twitter.com/4DD1R9l3AK
— Squawka Football (@Squawka) February 23, 2020
Tetapi Arsenal bertindak balas dengan baik, sebab itu lah mereka dikenali sebagai Come Back King. Mereka kembali menemui rentak permainan sebenar selepas aksi buruk pada awal permainan.
Bukayo Saka telah Menunjukkan persembahan cemerlang dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dia adalah arkitek yang cukup bijak untuk Arsenal.
Cristiano Ronaldo has recorded two assists across all competitions this season.
Bukayo Saka has recorded three assists across all competitions in the last eight days. pic.twitter.com/6vkoksPscf
— Squawka Football (@Squawka) February 23, 2020
Pemain muda Inggeris itu membawa bola dengan pantas dari sudut sebelah kiri Everton lalu menghantar bola ke dalam kotak penalti mereka.
Edward Nketiah dengan tenang menyambut hantaran itu dan menyumbat gol penyamaan untuk pasukan Arsenal pada minit ke 27.
David luiz yang melakukan kesilapan untuk jaringan pertama Everton menebus semula kesilapannya dengan membuat satu assist kepada jaringan Aubamayeng pada minit ke 33 perlawanan.
Ketika waktu sebenar untuk babak pertama berakhir hasil satu tendangan sudut.
Sedikit kucar kacir di barisan pertahanan Arsenal membuka ruang untuk Richarlison menjaringkan gol ke dua Everton dan mengikat Arsenal dengan keputusan seri 2-2 untuk tamat separuh masa pertama.
Pierre-Emerick Aubameyang's last three shots in the Premier League:
⚽️⚽️⚽️
Give him the ball and he will score. ⚡️ pic.twitter.com/ebjTmVMoMy
— Squawka Football (@Squawka) February 23, 2020
Kembali ke perlawanan di babak kedua.
Aubamayeng sekali lagi menjadi pemusnah untuk pasukan Everton apabila menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketiga untuk Arsenal dan mencatat kemenangan tipis mereka 3-2 menewaskan Everton.
The Gunners kini bergerak ke tangga kesembilan Liga dan hanya empat mata di belakang Manchester United yang kini menjadi penghuni kedudukan kelima dalam Liga Perdana.
ARSENAL (4-2-3-1): Leno, Bellerin, Mustafi, Luiz, Kolasinac (Saka 19mins), Ceballos (Torreria 76mins), Xhaka, Pepe, Ozil (Guendouzi 82mins), Aubameyang, Nketiah
Subs not used: Martinez (GK), Sokratis, Nelson, Lacazette
EVERTON (4-4-2): Pickford, Sidibe, Mina, Holgate, Baines, Iwobi 6.5 (Bernard 60mins), Schneiderlin 6 (Gomes 59mins), Delph (Kean 81mins), Sigurdsson, Richarlison, Calvert-Lewin
Subs not used: Stekelenburg (GK), Keane, Coleman, Davies