Jaringan Hatrick Sancho Dikira Tidak Sempurna

Jadon Sancho kembali beraksi sebagai kesebelasan utama untuk pasukan Borussia Dortmund pada hari Ahad lalu.

Sancho cemerlang menjaringkan hatrick dalam perlawanan tersebut, namun peraturan yang aneh dalam bola sepak Jerman menganggap hatrick itu tidak patut dikira.

Pemain kebangsaan England itu kembali dalam kesebelasan utama pasukan sejak kembalinya saingan bola sepak dan cemerlang menjaringkan tiga gol membantu Dortmund menewaskan Paderborn 6-1.

Kesemua jaringannya muncul pada babak kedua perlawanan untuk mencipta hatrick yang sebenarnya sempurna dalam bola sepak Inggeris.

Walau bagaimanapun, ianya bukan hatrick yang sempurna untuk bola sepak Jerman.

Achraf Hakimi dan Marcel Schmelzer Kedua-duanya menjaringkan gol berselang seli dengan Sancho untuk jaringan kedua dan ketiga, ia bermaksud itu bukannya hatrict yang sempurna.

Ianya adalah hal yang sama berlaku kepada bintang muda sensasi, Erling Haaland yang menjaringkan hatrick untuk Dortmund ketika bertemu Ausburg.

Jaringan debut hatrick Haaland juga tidak dianggap sebagai hatrick yang sempurna mengikut peraturan aneh dalam saingan bola sepak Jerman.

Ekoran dari perlawanan itu pada Januari lalu, Journalis dari Jerman, Raphael Honingstein telah memberitahu BBC Radio Five Live:

“Di Jerman, untuk sebab-sebab tertentu, kami tidak menganggap jaringan hatrick itu sempurna.”

“Hatrick yang sempurna perlu dijaringkan pada babak yang sama, tetapi juga tiada pemain lain yang menjaringkan gol sebelum seorang pemain itu menjaringkan tiga gol.”

“Kami orang Jerman dan kami berpegang kepada itu, kami tidak menganggap ianya hatrick.”

Pemain masih boleh berbangga menjaringkan tiga gol dan mereka boleh merasakan diri mereka hebat dengan pencapaian mereka, namun ianya bukan hatrick yang sempurna di Jerman.

Perumpamaan yang lebih tepat dalam istilah hatrick sempurna untuk bola sepak Inggeris adalah, seorang pemain itu menjaringkan gol menggunakan kaki kiri, kaki kanan, dan kepala.

Namun peraturan itu sedikit pon tidak menjejaskan Sancho untuk terus mengejar targetnya menjaringkan 20 gol dan mencatatkan 20 assist untuk musim ini.

Beliau turut menarik perhatian ramai pihak apabila memberikan tribute kepada mendiang George Floyd ketika menjaringkan gol pertamanya.

Sancho menanggalkan jersinya untuk menyampaikan pesanan yang bertulis ‘Justice For George Floyd’, seorang lelaki berkulit hitam Amerika yang mati disebabkan oleh tindakan seorang pegawai polis pada minggu lalu.

Rakan sepasukannya dan penjaring gol dalam perlawanan tersebut, Hakimi turut melakukan hal yang sama seperti Sancho selepas tamat perlawanan.

Dalam satu kejadian yang lain, pemain pasukan Borussia Monchengladbach, Marcus Thurman melutut selepas menjaringkan gol ketika bertemu Union Berlin dan Weston Mckennie memakai armband kapten yang bertulis ‘Justice For George’ untuk pasukan Schalke.

Kemenangan pasukan Dortmund malam itu meletakkan mereka dikedudukan kedua dalam saingan liga, empat mata dihadapan Borussia Monchengladbach dan tujuh mata dibelakang Bayern Munich.

Kekalahan 1-0 mereka kepada Bayern Munich menyukarkan peluang mereka untuk menghalang Bayern menjulang kejuaraan Bundesliga untuk kali kelapan secara berturut-turut.

BACA:  Sancho Dan Tiga Lagi Pemain Bundesliga Disiasat DFB Ekoran Tribute Kepada George Floyd