Jaringan Melemaskan Yang Cukup Menggoda Dari Joshua Kimmich

Joshua Kimmich muncul wira pasukan Bayern Munich selepas berjaya menjaringkan gol lob yang sangat cantik dan padu.

Bayern Munich bertandang ke Signal Iduna Park bertemu pasukan Borussia Dortmund untuk perlawanan pusingan ke-28 saingan Bundesliga.

Perlawanan berlangsung dalam keadaan stadium tertutup namun kemeriahan untuk derby ini tetap dirasai oleh peminat.

Joshua Kimmich cemerlang dalam perlawanan ini, selain berjaya menjaringkan gol yang cantik beliau turut memecahkan rekod Bayern Munich dengan menguasai lebih 13.73km dalam perlawanan ini.

Perlawanan dimulakan dengan Borussia Dortmund dilihat lebih menguasai perlawanan dan Erling Haaland hampir menjaringkan gol awal seawal minit pertama perlawanan.

Sepuluh minit pertama nyata menjadi milik pasukan Borussia Dortmund yang terus menerus melancarkan serangan kearah gawang Bayern.

Selepas 15 minit perlawanan berlangsung, Bayern Munich mendapat beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Gnabry hampir saja menjaringkan gol untuk pasukan Bayern namun sayangnya percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh Akanji.

Beberapa minit selepas itu, giliran Kingsley Coman pula hampir untuk menjaringkan gol buat pasukan Bayern namun rembatan padunya berjaya diselamatkan oleh Roman Burki.

Pada minit ke-42 perlawanan, Joshua Kimmich berjaya menjaringkan gol pembukaan serta gol kemenangan untuk pasukan Bayern Munich.

Bermula dengan keadaan kucar kacir dihadapan kotak penalti pasukan Dortmund, Joshua Kimmich berjaya melambungkan bola yang cukup cantik dan kemas serta mempunyai kepaduan dan ketepatan yang luar biasa menerjah jaring gawang Dortmund.

Rokan Burki banyak menyelamatkan percubaan dari pemain Bayern untuk melindungi gawang golnya namun, beliau tidak mampu untuk menepis bola cip jahat yang dilepaskan oleh Kimmich.

Kimmich melihat Burki sudah meninggalkan gawang dan beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan rembatan bola lop yang tepat masuk ke gawang gol Dortmund.

Gol yang sungguh luar biasa cantik dari Joshua Kimmich. Ketepatan dan kelajuan bola yang sempurna untuk menghasilkan gol yang sangat cantik.

Jaringannya mendapat pujian dari ramai peminat yang teruja melihat gol secantik itu dari Joshua Kimmich.

Masuk babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan berjaya melepaskan beberapa siri percubaan yang hampir memberi jaringan buat pasukan masing-masing namun tiada yang berhasil.

Perlawanan tamat dengan keputusan Bayern Munich berjaya menewaskan Borussia Dortmund dengan keputusan 1-0.

Dengan Keputusan ini, Bayern Munich berjaya untuk mendahului saingan Bundesliga dengan kelebihan tujuh mata meninggalkan Borussia Dortmund.

Bayern Munich juga menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan clean sheets di Signal Iduna Park musim ini.

BACA:  Kesan Tangguh Vaksin- Kimmich Terpaksa Diketepikan Sehingga Awal Tahun Hadapan